Chapter 19

578 25 0
                                    


Berita mengenai perkahwinan Yoona menjadi topik yang paling hangat diperkata. Walaupun Yoona tidak menyatakan siapa Mr X tetapi pihak wartawan seolah-olah dapat meneka siapa Mr X yang dirahsiakan. Yang menjadi tandatanya siapakah yang membocorkan rahsia. Adakah ianya datang dari mulut tetamu yang hadir yang Yoona percaya akan merahsiakannya atau memang ada informat yang mengenali Yoona atau Jin yang menceritakan hubungan mereka berdua yang bukan dari kalangan artis. Yoona ingin meyakinkan dirinya biarlah rahsia itu terdedah bukan kerana kawan-kawan artis yang dipercayainya.

"Sayang, kenapa ini?" tanya Jin yang baru sahaja keluar dari bilik mandi selepas mandi melihat Yoona termenung di atas katil.

"Hmm?"

Jin melihat pada ipad ditangan Yoona dan dia sudah tahu apa yang menjadi punca Yoona termenung.

"Sayang janganlah fikirkan sangat pada tulisan-tulisan itu," pujuk Jin.

Yoona memandang wajah suaminya yang nampak tenang, dia tersenyum, "Saya tak risau, cuma saya harap wartawan dapat tahu yang Mr X itu abang bukan dari kalangan kawan-kawan saya yang hadir ke majlis kita tu."

"Hmm... kalau yang itu abang rasa sayang tak perlu risau, abang yakin kawan-kawan sayang semuanya jujur dan boleh dipercayai."

"Habis tu macam mana dia orang tahu abang adalah Mr X?"

"Mereka itukan wartawan. Mungkin mereka ada cara tersendiri... Lagi pun janganlah risau, abang dah uruskan. Lepas ini tak ada dah cerita kita," kata Jin mengambil tempat disebelah Yoona di atas katil. Dia bersandar di kepala katil.

"Hari ini sayang buat apa je?" Jin bertanya cuba mengubah topic.

"Abang, saya dah fikirkan dah. Kalau saya berhenti jadi artis saya ingat nak buka kedai... Cuma saya tak tahu nak buka kedai makan ke kedai pakaian... hmm... kalau nak buka kedai pakaian... saya ingat nak buka kedai pakaian kanak-kanak. Mesti comelkan." Yoona memandang wajah Jin dengan senyuman.

Jin tersenyum memandang wajah Yoona, "Sayang nak dengar pendapat abang ke?" Yoona menganggukkan kepalanya.

"Kalau ikutkan abang, abang nak sayang duduk rumah je. Tapi abang tahu sayang mesti bosan duduk sorang-sorang dirumah... so abang rasa antara kedai makan dengan kedai pakaian kanak-kanak ... abang pilih kedai pakaian kanak-kanak." Jin menganggukkan kepala menunjukkan kesungguhan pilihannya.

"Kenapa?"

Jin tersenyum, "Sebab kalau kedai makanan, mesti yang datang itu ramai lelaki... tapi kalau kedai pakaian kanak-kanak.. yang datang tu mestilah emak-emak, atau pun ayah-ayah bersama anak-anak dia orang. So tak adalah yang nak mengorat sayang."

"Abang... tak ada siapa yang nak mengorat saya. Saya ini dah jadi isteri orang."

"Sayang, kalau lelaki... dia kadang-kadang bukan nak kira isteri orang ke bukan... lebih-lebih lagi perempuan cantik macam sayang ini."

"Hmm... kalau macam itu, saya buka kedai pakaian kanak-kanaklah." Jin menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan keputusan Yoona.

"So bolehlah saya nak buka kedai ni kan?" Yoona memegang lengan Jin dengan pandangan manja.

"Sayang nak buka dalam shopping mall ke nak buka pada satu bangunan kedai."

"Hmm?"

"Abang rasa kalau sayang bersungguh elok kalau sayang bukakan pada satu bangunan kedai... buatkan dia dalam bentuk satu butik pakaian kanak-kanak."

Yoona seperti berfikir, "Hmm... saya boleh bayangkan, kalau buka butik lagi nampak exclusive kan?"

Jin menganggukkan kepalanya, "Abang rasa abang ada beberapa bangunan kedai yang sesuai. Apa kata esok abang temankan sayang memilih kedai-kedai itu. Lepas itu untuk mencari supplier kepada butik sayang itu nanti kita bincang dengan MinSook. Abang rasa sayang boleh buat tempahan atas nama sayang untuk koleksi baju-baju budak itu. Kita boleh upah pereka pakaian untuk hasilkan rekaan koleksi pakaian kanak-kanak itu sendiri."

AWAK SUKA SAYA KE?Where stories live. Discover now