Chapter 24

690 30 0
                                    

Jin tidak pasti macam mana ingin menceritakan pada Yoona yang dia sudah pun mendapat kembali ingatannya yang hilang. Dia ingin memberitahu Yoona terus tetapi dalam masa yang sama dia berkira-kira untuk memberikan kejutan pada isterinya. Akhirnya dia membuat keputusan ingin membuat kejutan pada isterinya.

Dia mendapatkan Yoona yang sedang berusaha belajar menyusukan anak mereka, Dae Hwan. Perbuatan itu menyentuh hati Jin. Dia merasa sangat bertuah kerana ditakdirkan menjadi suami kepada Yoona yang memberikan makna cinta dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi padanya. Selama dia koma, dia tahu Yoona tidak meninggalkannya dan terus setia disampingnya. Dia tidak boleh bayangkan kalau dia terus sebegitu hidup di dalam koma bertahun lamanya. Dia percaya isterinya pasti akan setia menantinya dan dia merasa sedih jika itu yang berlaku.

"Sayang..,"

"Abang..., saya rasa saya dah berjaya menyusukan Dae Hwan. Cuma mula-mula ni rasa macam tak berapa selesa."

Jin tersenyum, "Sayang...," panggil Jin lagi. Yoona memandang Jin dengan perasaan yang pelik kerana suaminya memanggil dirinya tapi tidak berkata apa-apa.

Jin menghampiri Yoona dan dengan perlahan dia tunduk sedikit dan memberikan ciuman di atas ubun-ubun kepala Yoona.

"I love you so much."

Yoona tersenyum, "I love you too."

Jin melihat anaknya yang menyusu, "Dae Hwan macam muka sayang, comel sangat."

"Hmm.. ye ke? Saya rasa dia macam muka abang. Nanti dah besar mesti handsome sangat," balas Yoona.

"Alamak susah lah nanti, kalau besar handsome macam abang." Seloroh Jin menyambut Dae Hwan dari Yoona dengan kekok. Yoona tersenyum melihat suaminya yang tidak menolak untuk memegang Dae Hwan walaupun posisi cara pegangnya masih tidak betul.

"Saya tahulah abang handsome sangat sampai tak tertepis perempuan nak kat abang."

"Tapi abang nak kat sayang sorang je. Dari hari pertama abang setuju terima sayang jadi isteri abang sampai sekarang." Jin menuturkan kata-kata itu sambil meletakkan anaknya yang tertidur di dalam katil bayi yang disediakan.

Yoona memandang suaminya, adakah suaminya sudah ingat?
Tapi di tolaknya ketepi perasaannya yang penuh harapan. Mungkin suaminya hanya berkata begitu sebagai simbolik yang suaminya sayangkan dirinya.

"Tadi abang pergi mana?" Yoona menukar tajuk supaya hatinya berhenti mengharap.

"Hari ini abang siapkan bilik Dae Hwan dengan bantuan budak-budak tu."

Yoona ketawa, suaminya memang suka memanggil ahli kumpulannya 'budak-budak itu'.

"Cantik?"

"Nanti sayang tengoklah sendiri.. pada abang dah cantik sangatlah," kata Jin dengan senyuman.

"Tak sabar rasanya." Yoona kemudian cuba bangun dari katil.

"Nak pergi mana?"

"Saya nak mandi sekejap, nak bersihkan diri."

"Nak abang temankan ke?"

Yoona tersenyum, dan mengelengkan kepalanya. "Abang tolong tengokkan Dae Hwan." Jin menganggukkan kepalanya.

Yoona keluar dari bilik mandi dan masih memegang tuala kecil untuk mengeringkan kepalanya. Jin tersenyum dan bergerak kearah Yoona. Dia mengambil tuala kecil dari tangan Yoona dan memimpin tangan isterinya itu untuk duduk di atas katil.

"Abang rasa satu perkara yang abang suka buat untuk sayang adalah mengeringkan rambut sayang. Abang rasa apabila abang buat macam ini. Kita menjadi sangat rapat sangat."

AWAK SUKA SAYA KE?Where stories live. Discover now