CHAPTER 8

718 38 2
                                    


AWAK SUKA SAYA KE?

Chapter 8

Selepas 4 hari di hospital, Yoona akhirnya dibenarkan pulang. Jin ingin membawa Yoona balik kerumah ibu bapa Yoona supaya ada orang menjaganya tetapi Yoona menolak menyatakan dia sudah cukup kuat dan tidak mahu menyusahkan ibunya. Akhirnya mereka pulang ke rumah mereka sendiri.

"Hmm..." Jin memandang Yoona dan kemudian memandang anak tangga untuk kebilik. Yoona merasa pelik apabila Jin menahan dirinya dari naik ke atas.

"Kenapa tengok saya macam tu?"

Tanpa berkata apa-apa Jin mencempung Yoona menyebabkan Yoona menjerit kecil.

"Tak payahlah nak angkat saya, saya beratlah," Yoona cuba untuk turun.

"Boleh tak sayang jangan bergerak, abang rasa tangga ini tinggi sangat dan sayang masih belum cukup sihat untuk naik. Lagi pun mana ada berat, kalau berat tak adanya abang boleh angkat. Tengok ni macam senang je nak angkat. And biarlah abang angkat, tak adalah abang risau." Yoona akhirnya memaut tengkuk Jin dan melentokkan kepalanya di bahu Jin.
Jin membaringkan Yoona di atas katil, menarikkan selimut sehingga ke aras dada Yoona.

"Sayang jangan gerak kemana-mana, abang nak kedapur buat kan sesuatu untuk sayang makan." Jin mencium ubun-ubun di kepala Yoona sebelum berlalu keluar dari bilik.

'Takkan nak duduk dalam bilik je kot' Yoona bangun dari pembaringan dan duduk dengan menyandarkan dirinya dikepala katil. Dia memandang sekeliling dan ternampak beberapa buah novel diletakkan bertingkat-tingkat di atas meja sisi katil. Yoona mengambil semua buku tersebut dan membaca tajuk-tajuk pada buku tersebut.

'Macam buku baru, Jin beli buku ini untuk aku bacake?' Yoona tersenyum sambil membuka satu buku dan membacanya.
Yoona terlalu ralit membaca sehingga dia tidak sedar masa telah lama berlalu. Dan dia juga tidak perasan apabila Jin masuk kedalam bilik dengan membawa makanan yang diletak di dalam talam.

"Kenapa? Sakit ke?" Jin memandang Yoona dengan penuh kerisauan apabila melihat Yoona teresak kecil sambil mengelap air mata yang berlinang dimatanya.

"Tak."

"Habis tu kenapa menangis ni?"

"Cerita ini buat saya rasa terharu," Yoona menunjukkan buku yang dibacanya menyebabkan Jin tersenyum.

"Ala...ala... ciannya, baca buku pun menangis. Dah..dah.. kasiannya sayang abang ini, tak apa, jap lagi kita sambung nangis okay, tapi sekarang kita makan dulu." Jin tersenyum menyakat isterinya.

"Abang ini kalau tak nyakat saya tak boleh ke? Tahulah saya ni macam apa-apa kan baca buku pun nak nangis tapi tak payah lah nak perli-perli."

"Sorry, abang tak kata apa-apa dah. Marilah rasa masakan abang ini, manalah tahu kalau rasa masakan abang ini lagi terharu sayang dibuatnya." Jin gelak melihat muka Yoona dah memuncung panjang. Dia menyuapkan bubur ayam yang dimasaknya ke mulut Yoona. Yoona tersenyum dan membuka mulutnya.

"Biar saya suap sendirilah." Yoona cuba mengambil sudu ditangan Jin tetapi Jin mengelak dan mengelengkan kepalanya.

"Tak apalah, biarlah abang yang suap, bukan selalu pun."

"Sedap tak?"

Yoona menganggukkan kepalanya, "Sedap."

"Minumlah sup ini sekali, tapi yang ini bukan abang yang masak. Mak yang hantar tadi, dia kata ianya boleh bagi tenaga pada sayang untuk cepat sembuh."

Yoona mengambil mangkuk sup dan menghirup sup. Mukanya sedikit berkerut.

"Kenapa tak sedap ke?"

AWAK SUKA SAYA KE?Where stories live. Discover now