CHAPTER 5 dan 6

1K 36 0
                                    


AWAK SUKA SAYA KE? (Maaf saya tertinggal chapter 5)

CHAPTER 5.

Apabila Yoona keluar dari bilik mandi dengan lengkap memakai pakaian tidur setelah membersihkan diri, dia melihat Jin sedang duduk di birai katil bermain dengan handphonenya. Yoona cuba sedaya upaya berkelakuan seperti biasa tetapi degup di jantung hanya tuhan yang tahu. Dia masih lagi kekok duduk di dalam bilik berdua dengan Jin. Jin memandang Yoona yang sedang mengeringkan rambutnya dengan tuala kecil. Jin meletakkan handphonenya di atas katil dan menghampiri Yoona. Yoona yang perasan Jin menghampirinya terhenti mengeringkan rambut.

"Biar aku yang buat," kata Jin mengambil tuala ditangan Yoona dan menarik Yoona supaya duduk di atas katil. Yoona yang terkejut hanya mampu mengikut sahaja.

"Hmm... aku memang teringin nak buat macam ni," kata Jin berdiri didepan Yoona dan mula mengeringkan rambut Yoona dengan tuala. Yoona hanya mendiamkan diri.

"Yoona, kau tahu tak, dalam hidup aku, aku tak pernah ada girlfriend pun. Bukan sebab tak ada yang minat kat aku, yelahkan, tak kan lah orang yang handsome macam aku ni tak ada siapa yang minat nampak sangat menipunya, cuma, aku tak tahu kenapa dia orang sukakan aku. Kalau dia orang sukakan aku sebab muka aku, aku rasa tak berbaloi untuk aku suka kat dia orang balik, atau kalau dia orang sukakan aku sebab aku kaya, lagilah tak berbaloi, dan sekarang ini kalau dia orang sukakan aku sebab aku ni artis lagilah tak berbaloikan," kata Jin.

"Habis tu awak nak dia orang sukakan awak sebab apa? Dah semua itu awak,"

"Entah, aku pun tak tahu, sebab tu aku setuju kita kahwin," kata Jin.

"Sebenarnya saya dah lama nak tahu kenapa awak setuju nak kahwin dengan saya?" tanya Yoona.

"Nanti aku ceritalah, tapi bukan sekarang. Lagipun tak seronoklah kalau kau tahu kenapa, nanti dah tak ada rahsia," kata Jin.

"Kau pulak kenapa setuju nak kahwin dengan aku?" tanya Jin sambil mengelap lembut rambut Yoona.

Yoona melihat tangannya, "Saya hanya mengikut kehendak keluarga, saya tak ada hak untuk membantah," kata Yoona.

Jin menganggukkan kepalanya, "Kau mesti rasa kecewakan sebab dipaksa buat sesuatu yang kau tak suka," kata Jin perlahan.

"Tapi saya percaya yang keluarga saya tak akan buat sesuatu yang akan menyeksakan saya, keluarga saya sangat sayangkan saya, dan sudah pasti mereka nak saya bahagia. Sebab itu saya berjanji akan dapatkan kebahagiaan itu," kata Yoona.

Jin berhenti mengeringkan rambut Yoona dan perlahan dia duduk mencangkung di depan Yoona yang sedang tunduk. Dia memegang tangan Yoona dan mencari mata Yoona. Apabila mata mereka bertentangan, Jin berkata, "Yoon, aku tak tahu macammana dan bagaimana tapi aku janji aku akan cuba sedaya upaya aku untuk berikan kau kebahagian itu. Aku bukanlah lelaki yang sempurna tapi aku harap kau akan beri aku kesempatan untuk tunjukkan yang aku mampu untuk jadi seorang suami yang akan membahagiakan kau. Hmm... aku percaya yang perkahwinan kita ini akan kekal selamanya."

Yoona terharu mendengar janji Jin dan terasa ada air mata yang berlinang di matanya. Yoona cuba menahan air matanya dari terjatuh tetapi ia jatuh juga. Jin mengelap air mata Yoona dengan jarinya. Dia kemudian tersenyum dan bangkit dari duduk mencangkung, dan mengusap kepala Yoona sebelum berlalu pergi menuju ke bilik air meninggalkan Yoona.

'Kenapa dia baik sangat, dan kenapalah aku nak menangis bagai ini. Dia cuma janji macam tu je. Itu pun nak terharu. Tapi dia buat hati aku tersentuh, dia janji nak bahagiakan aku, dia nak hidup dengan aku selamanya, macammana dia boleh cakap macam tu, dia bukan kenal aku sangat, kalau nanti kita orang tak serasi, orang bercinta bagai nak rak pun boleh berpisah, yelah aku pun pernah bercinta, itupun boleh berpisah, ini aku dengan dia yang tak kenal pun antara satu dengan lain, macam mana dia boleh yakin sangat kita orang akan kekal selamanya. Tapi aku pun harap sangat perkahwinan ini akan kekal selamanya,' kata hati Yoona. Dia kemudian bangkit dari duduknya dan pergi ke meja solek untuk menyikatkan rambutnya.

AWAK SUKA SAYA KE?Where stories live. Discover now