Chapter 17

486 27 0
                                    

"Hi, saya Kim Seok Jin, ahli kumpulan BTS," Jin memperkenalkan dirinya.

Semua yang ada disitu ternganga melihat Jin. Jin hanya tersenyum dan menarik kerusi dan duduk disebelah Yoona.

"Err .. Hi ... Kim Seok Jin BTS? yang mana satu erk?" tanya Junghyun.

"I need you girl..., kumpulan itulah.." Eunhyuk menjelaskan kepada Junghyun. Janganlah merasa pelik, Junghyun memang macam itu. Dia tidak pernah peduli untuk mengenali kumpulan idol lebih-lebih lagi kumpulan idol yang baru.

"Hah... baru aku ingat. Dia ke?" Donghae bertanya pada Yoona sambil menunjukkan dengan jari kearah Jin. Yoona menganggukkan kepalanya.

"Seriously?" Kyuhyun melihat Yoona.

"Iyelah, takkan nak main-main pulak." Yoona menjawab.

Jin memegang tangan Yoona dan tersenyum, "Sayang dah cakap ke pasal abang?" tanya Jin pada Yoona di depan semua orang. Yoona tersenyum melihat suaminya yang begitu bersahaja, 'betullah kata suaminya sebelum ini, dia tak ada masalah nak jumpa siapa-siapa."

"Saya cuma cakap yang saya nak kahwin, tak sempat nak cakap siapa... tapi abang dah sampai." Yoona memberi penerangan pada Jin. Jin menganggukkan kepalanya.

"Kau nak kahwin dengan Yoona?" tanya Heechul, "Seriously?" tambah Heechul apabila Jin menganggukkan kepalanya.

"So kau lah MR X tu? Betul ke kau pergi ke sana masa dia terjatuh tu?" Eunhyuk bertanya.

Jin menganggukkan kepalanya, "Waktu itu saya dah tak boleh fikir apa lagi dah, terkejut sangat dan saya rasa bagai nak tercabut jantung saya waktu tu. So saya tak tunggu dan tinggalkan semua. Waktu tu saya tengah merekodkan lagu tapi saya memang terkejut sangat so saya tinggalkan semua terus je naik flight pergi ke sana."

"Ada pula tiket waktu tu?" Taecyeon bertanya.

"Oh saya naik personal jet." Jin menjawab dengan selamba menyebabkan yang ada disitu melompong.

"Kau naik personal jet?" Heechul terkejut mendengar penyataan Jin.

"Biar betul? Kau anak orang kaya ke? Ke kau yang kaya?" Kyuhyun bertanya.

"Err..." baru Jin perasan yang dia terberitahu status kehidupannya yang kaya.

"Ish... Abang Kyuhyun ini, sama ada dia kaya ke, family dia kaya ke... mana ada kena mengena kita orang nak kahwin." Yoona menyelamatkan Jin. Dia tahu Jin tidak suka dirinya dikaitkan dengan kekayaan dirinya dan keluarganya.

"Tak adalah, tak kan tak boleh tanya... kalau dia kaya, eloklah. Senanglah hidup kau nanti," Kyuhyun membela diri kerana ditegur Yoona.

"Ha ah... mestilah nak tahu, sebab kalau setakat duit jadi idol berapalah sangat. Dahlah dia baru nak naik. Macammana nak tanggung kau bila korang kahwin nanti, kita orang bukan apa, tak naklah kau hidup susah," kata Taecyeon.

Yoona ketawa, abang-abang ini kalau bercakap mengalahkan ayah dia. Nasib baiklah dia orang ini bukan abang kandung Yoona. Kalau tak .... memang susahlah ... agak-agaknya nak bercinta pun tak boleh.

"Hmm... tapi tak terlalu terburu-buru ke korang nak kahwin ini?" Junghyun menanya. Dia merasakan Seok Jin terlalu muda untuk berkahwin.

"Saya dah agak dah soalan ini akan keluar. Saya tahu saya masih muda lagi tapi saya tak rasa ianya satu masalah. Di luar sana ramai yang kahwin muda, dan mereka berjaya untuk bahagia. Saya yakin saya dan Yoona pun pasti akan menemui kebahagian bersama."

Yoona tersenyum mendengar kata-kata Jin kerana dia memang bahagia sekarang menjadi isteri kepada Jin. Dan sukar untuk dilafazkan dengan kata-kata bagaimana perasaan cintanya yang mendalam pada Jin. Dan dia tahu Jin juga mencintainya.

AWAK SUKA SAYA KE?Where stories live. Discover now