Bab 4

1.4K 30 0
                                    

Rutin harianku berubah sedikit. Kerja seperti biasa – kena tengking dengan bos, sibuk dengan kerja bertimbun dan berkejar ke sana dan ke sini untuk pastikan tempahan dapat disiapkan. Lunch date dengan Rina. Kadang-kadang dinner dan keluar bersiar-siar dengan Razif bila dia tidak sibuk. Menguruskan dokumen dan perkara berkaitan dengan bakal syarikat aku.

Perubahan?

Asyik bertembung dengan Adam. Selepas makan bersama hari itu, Adam menghilangkan diri beberapa hari sebelum muncul semula hampir seminggu dua. Rutin yang sama diteruskan. Ke mana agaknya dia? Tetapi sebelum aku sempat berfikir kebarangkalian jawapannya, aku cepat-cepat menghentikannya. Buat apa aku mesti peduli ke mana dia pergi? Baik aku fikirkan Razif. Dia lebih penting. Sudah seminggu kami tidak bertemu kerana dia berada di Kuching atas urusan kerja. Katanya dia akan pulang hari ini. Aku sudah menghantar sms untuk bertemu dengannya malam nanti. Ah, dia balas!

Sorry, tak boleh!

Eh, kenapa? Cepat-cepat aku menelefonnya.

"Kenapa?" soal aku.

"Saya kena ke luar negara. Flight malam ni."

"Malam ni? Awak nak ke mana?"

"Jumpa ibu di London, dia sakit. Kemudian, saya terpaksa balik untuk uruskan kes di Kuching. Tak settle lagi. Jadi saya akan sibuk dua, tiga minggu ni."

"Jumpa sekejap pun tak boleh?" Suaraku seperti tertekan tetapi kami memang sudah lama tidak bersua.

"Sorry Wirda, can't help it! Awak pun tahu kerja saya macam mana."

Aku mengeluh. "Saya faham. Awak di mana sekarang?"

"Ada di ofis, settlekan beberapa hal dulu."

"Kita lunch sama-sama?" Aku bertanya, berharap dia akan setuju.

"Sorry, saya dah janji nak jumpa klien untuk lunch hari ni."

"Klien awak tak boleh datang ke pejabat? Saya betul-betul nak jumpa awak." Nadaku semakin terdesak tetapi aku tidak peduli.

"Tak bolehlah, awak tak faham ke? Lagipun ini klien penting, takkan saya nak suruh dia tukar pelan sesuka-hati?!" Suara dia juga makin meninggi.

"Habis, saya tak penting?" Aku juga semakin meradang.

"Kita jumpa lain kali, okey? Saya sibuk ni, banyak kerja nak buat!"

Terus dia memutuskan talian. Aku mengetap bibir, geram. Terasa nak menghempas telefon tetapi apa salah telefon ni? Aku terus meneruskan kerja dalam keadaan tertekan. Walaupun dalam hati aku berasa aku sepatutnya memahami keadaan Razif, perasaan marah dan tidak puas hati tetap ada. Perasaan itu jugalah yang menghalang aku menghubungi dia untuk memohon maaf. Tidak cukup dengan itu, Tuan Haji Soffian pula muncul dan terus mengadakan mesyuarat seperti selalu. Aku pulang dengan keadaan yang lebih tertekan.

"Kau marah dia nak jumpa ibu dia?" soal Rina. Aku menelefon dia setelah perasaan tertekan itu makin memuncak.

"Bukan sebab nak jumpa ibu dia." Aku mengeluh. "Aku cuma rasa aku dah tak penting bagi dia. Aku cuma nak jumpa dia. Sekejap pun tak apa. Ini tak, dia langsung tak mahu jumpa aku."

"Kau tahu ke dia bertolak pukul berapa?"

"Flight pukul sepuluh setengah malam nanti. Dia ada hantar sms minta maaf tadi."

Rina diam, menyusun kata-kata. "Wirda, aku rasa baik kau pergi jumpa dia sebelum dia pergi. Kau akan rasa bersalah nanti."

"Bukan aku tak nak, cuma..."

Sehangat MatahariOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz