Bab 10

976 21 0
                                    

Bosan! Satu perkataan yang perasaannya sedang dirasai oleh semua orang di Matahari. Hari kelima bekerja, tidak ada seorang pun pelanggan lagi biarpun promosi telah diadakan secara besar-besaran. Setiap kali loceng pintu berdering, semua orang terus bangun untuk melihat jika ada pelanggan datang. Setakat ini yang muncul cuma penghantar barang, peminta sedekah, jurujual langsung dan orang yang ingin bertanyakan arah.

Masalah aku dan Razif masih belum selesai. Biarpun dia sudah pulang ke Semenanjung, kami sukar untuk bertemu. Selepas kejayaan kesnya di Kuching dan beberapa kes sebelum itu, Razif semakin sibuk menempa nama. Aku gembira dengan kejayaannya, malah aku menyokong dia untuk terus berjaya lagi. Cuma aku berharap agar ada sedetik masa yang dapat diluangkan untukku.

Adam pula, selepas menemui aku di sini tempoh hari, dia mula berkunjung hampir setiap hari persis situasi yang sama seperti aku bekerja di S & S Advertising. Sikap cerianya semasa datang dapat mengubat perasaan sedihku apabila terkenangkan Razif. Bukan setakat aku, Zali dan Effa turut teruja dengan kehadirannya. Sekarang dia kembali bertugas. Katanya akan terbang ke Amsterdam.

Terdengar bunyi loceng pintu lagi. Aku biarkan Effa melayan entah siapa yang datang itu. Barangkali ada orang tersesat lagi. Tidak lama selepas itu, Effa masuk ke dalam pejabat.

"Kak!" Dia tersengih lebar, menahan gembira dan cuba bersuara perlahan mungkin. "Pelanggan!"

Aku segera bangun, juga berbisik. "Pelanggan?"

Dia mengangguk segera. Aku cepat-cepat keluar. Pelanggan pertama syarikat kami akhirnya muncul! Zali yang macam tersedar dengan mood syarikat yang berubah, menjenguk dari bilik cetak. Dia sendiri tersengih tapi cepat-cepat masuk ke dalam supaya pelanggan tidak tersedar dengan perangai pelik kami.

"Perkahwinan kami dalam tempoh tiga bulan lagi. Sempat siapkah?" tanya Hanisah, bakal pengantin perempuan. Rizwan, pasangannya cuma mendengar dari tadi tanpa banyak soal.

"Boleh. Insya-Allah tak ada masalah. Kami boleh siapkan tempahan ni dalam tempoh dua minggu atau lebih awal. Pakej yang cik minta ni berserta banner dan gift bag. Bila cik dan encik boleh datang untuk ambil gambar untuk banner?"

"Bila photographer datang?"

"Kami boleh call dia bila-bila masa untuk tetapkan tarikh. Kalau boleh secepat mungkin untuk mempercepatkan proses design."

Hanisah memandang Rizwan. "Saya kena fly esok. Minggu depan macam mana? Abang cuti tak?"

"Boleh, abang dah balik masa tu. Kalau tak pun, abang boleh apply leave," kata Rizwan. Itulah ayat paling panjang daripada dia sejak dia datang.

"Kalau macam tu, minggu depanlah," kata Hanisah.

Aku mengisi borang tempahan dengan maklumat-maklumat penting dan mengeluarkan brosur untuk diberikan kepada mereka. "Ini pakej lain yang kami sediakan. Ia meliputi venue, katering, pakaian dan mekap pengantin. Kalau cik dan encik berminat, sila hubungi kami untuk menempah."

"Syarikat cetak pun ada pakej untuk perkahwinan?" soal Hanisah. Rizwan meneliti brosur yang aku berikan.

"Kami ada deal dengan syarikat lain yang uruskan pakej-pakej ni. Mereka pula promosi pakej daripada syarikat kami. Jadi bolehlah perniagaan kami sama-sama berkembang," jelasku. Hanisah dan Rizwan mengangguk. Mereka nampak berminat tetapi tidak menempah. Tak apa, sekurang-kurangnya aku dah dapat satu tempahan.

Selesai berurusan, pasangan itu keluar. Aku menunggu mereka hilang daripada pandangan sebelum menjerit kegembiraan dengan Effa. Zali cepat-cepat keluar dari bilik cetak, terkejut.

"Kenapa?" tanya Zali.

"First customer!" kataku.

Effa menunjukkan satu jari kepada Zali.

Sehangat MatahariWhere stories live. Discover now