Bab 9

890 18 0
                                    

"KENAPA tak beritahu nak buka syarikat sendiri?" soalnya seraya menghulurkan minuman kepada aku. Kami ke kafe berdekatan untuk berbual. Rina, Zali dan Effa tersengih nakal sambil melambai semasa kami meninggalkan mereka.

"Bukan berita penting pun," jawab aku perlahan.

"Apa yang tak pentingnya? Saya ingat awak dah hilang entah ke mana," rungutnya.

"Kenapa awak cari saya?"

"Tak bolehkah?" Dia seperti merajuk.

"Bukan macam tu. Ada hal penting ke sampai awak beria-ia cari saya?"

"Sebab saya rindu awak," katanya sambil tersengih.

Aku tersenyum kembali, terjangkit sifat cerianya. "Ada-ada sajalah awak ni."

"Lagi satu, nah! Terlupa pula." Dia menghulurkan bungkusan kecil kepada aku. Ada fridge magnet tertera perkataan Barcelona berlatarkan bangunan dan matador.

"Thanks!" Aku tersenyum.

"Don't mention it! Saya dah janji, kan?" Dia turut tersenyum.

"Siapa beritahu awak saya di sini?"

"Bekas pengurus awak yang muda tu la."

"Lutfi?"

"Agaknya. Saya tak berapa kenal dia. Dia yang beritahu awak letak jawatan dan buka syarikat sendiri. Hebat juga awak ni, kan?"

"Mana ada ada hebatnya. Syarikat pun kecil saja."

"Bukan semua orang boleh berniaga sendiri. Bukan semua orang boleh menjadi usahawan. Sebab tu la saya rasa awak hebat."

"Macam saya rasa awak hebat sebab pandai bawa kapal terbang," selorohku.

Adam tergelak. "Saya memang hebat, bukan setakat bijak dan tampan."

"Perasan tak habis-habis!" desisku.

"Boleh bagi saya nombor telefon awak? Senang saya nak cari awak kalau awak hilang lagi," katanya.

Aku tergelak kecil lalu mengeluarkan kad perniagaan untuk diserahkan kepadanya.

"Ada nombor telefon bimbit, ofis dan e-mel. Facebook, Instagram dan Twitter pun ada."

"Oh, perli ya?!"

Dia mencebik. "Awak tunggu, saya akan contact awak sampai awak bosan dan tak mahu dah tengok telefon."

"Cubalah! Nanti saya explode handphone awak pula!"

"Uh, ngerinya cik CEO!"

"Jangan panggil macam tu la!"

Adam tersengih seraya meneliti kad perniagaan itu. "Matahari. Kenapa Matahari?"

Aku menceritakan tujuan aku memilih nama itu semasa aku kecil. Adam tergelak.

"Apa yang kelakarnya?" Aku mencebik.

"Tak kelakar tapi kagum. Untuk budak berumur sepuluh tahun, pada masa itu awak memang matang."

"Saya memang matang sejak dulu," kataku dengan wajah separa serius.

Adam yang masih tersenyum berpaling memandang ke arah Matahari. "Tak nak bantu mereka?"

"Awak nak tolong?" Aku terkejut.

"Tak bolehkah?" Matanya membulat.

"Boleh tapi saya tak bagi gaji," jawab aku berseloroh.

Dia diam seperti berfikir sesuatu sebelum ketawa sendiri. Apa kena dengan dia? Dia yang perasan aku memerhatikan dia dengan pandangan ganjil, cepat-cepat bercakap.

"Saya tak perlu gaji, saya memang nak tolong awak. Jom!" Dia bangun dan terus menonong saja berjalan ke arah Matahari.

Aku mengikutnya dari belakang. Mereka bertiga menyambut baik niat Adam untuk membantu walaupun aku pasti dalam hati masing-masing seperti menyusun strategi untuk mengusik aku nanti. Kehadiran Adam pula membawa perubahan besar. Walaupun orang ramai yang lalu-lalang berkurangan, sebaik sahaja Adam berdiri di hadapan Matahari, orang ramai mula berkunjung kembali. Majoritinya ialah perempuan dan tak kira usia. Tapi mereka cuma menghampiri Adam.

Adam sempat mengangkat kening dengan tersenyum lebar kepada aku.

Aku mendengus. Selepas ini, pasti sikap perasan dia tu akan menjadi lebih teruk. Aku menjeling sesetengah pengunjung yang cuba bertanyakan nombor telefon Adam.

Hmmmp!

Eh, biarlah! Buat apa aku nak kesah?!

Tak ada kaitan dengan aku.

Aku cepat-cepat menarik senyum, menghulurkan flyers kepada beberapa orang yang lalu-lalang. Beberapa orang lelaki yang baru keluar dari kedai alat tulis di sebelah menghampiriku.

"Ada promosilah," kata salah seorang daripada mereka seraya mengambil lembaran flyers yang aku hulurkan.

"Selamat datang. Syarikat kami sedang mengadakan promosi untuk banners, flyers dan beberapa produk lagi. Tuan-tuan boleh semak di sini," kataku, cuba tersenyum semanis mungkin. "Kami juga menyediakan sedikit jamuan. Silalah!"

Dua daripada lelaki itu mendekati meja makanan dan mengambil beberapa bungkusan makanan manakala seorang lagi cuma berdiri dan meneliti flyers itu.

"Menarik juga harga ni! Kalau saya berminat, saya boleh contact awaklah?" katanya, tersenyum penuh makna.

"Ya, encik boleh hubungi nombor di bawah," jelasku, menunjukkan nombor telefon pejabat yang tertera.

"Nombor telefon awak tak ada? Mana tahu saya berminat tapi di luar waktu pejabat, saya boleh contact awak terus," soalnya masih belum berputus asa.

"Ada, encik boleh ambil nombor saya. Kami berdua kerja sama-sama." Tiba-tiba Adam berdiri di sebelahku.

"Tak apa, saya contact ofis awak sajalah!" Lelaki itu terkulat-kulat dan pergi mengikut kawan-kawannya. Aku terus merenung Adam.

"Sejak bila kita kerja sama-sama?"

"Sejak tadi," jawabnya selamba lalu kembali ke tempat asalnya.

Aku berpaling melihat Rina dan Effa yang tergelak-gelak kecil. Zali tersengih nakal. Geram, aku menjegil mata kepada mereka. Cepat-cepat masing-masing kembali bekerja.

Selepas itu, kami masih lagi 'bertengkar' begitu. Setiap kali ada lelaki menghampiriku, Adam akan datang mengganggu. Geram, aku membalas balik apabila situasi berlawanan berlaku kepada Adam. Pada penghujung hari, kami saling menjegil mata. Tiga orang penonton dari tadi ketawa terbahak-bahak dengan perangai kami. Tak tahan, kami juga turut ketawa akhirnya.

"Terima kasih atas pertolongan awak," kataku setelah tawa kami reda.

"Sama-sama," jawabnya dengan senyum terukir di bibir.

Adam menolong kami mengemas sebelum meminta diri.

"Saya ada hal lepas ni. Minta diri dulu. Assalamualaikum."

Kami menjawab salamnya dan menghantar dia dengan pandangan mata. Effa yang tidak habis tersengih menghampiriku.

"Boyfriend kakak ke?"

Aku menjeling dia. "Bukanlah, kawan saja."

"Kawan saja?" kata Zali seperti tidak percaya. "Rapat juga dia dengan kakak."

"Ya ke? Sama saja," kataku cuba menangkis usikan mereka.

"Teman tapi mesra!" kata Rina.

Aku hanya tersenyum, letih nak melayan usikan mereka. Promosi pertama siap dilancar. Harap-harap dapat keputusan yang menarik. Aku melihat tiga orang yang bertungkus-lumus membantuku hari ini.

"Jom, makan! My treat!"

Jawapan dengan nada yang sangat teruja daripada mereka bertiga membuatkan aku tersengih lebar.

Sehangat MatahariWhere stories live. Discover now