Bab 13

901 22 0
                                    

"Thanks, Albert!" kataku, bersyukur apabila kotak-kotak stok siap diisi ke dalam kereta. Bolehlah aku teruskan mencetak dengan segera apabila pulang nanti. Kami sudah mengambil masa yang lama semasa sampai tadi untuk mencari rumah Albert.

"You are most welcome!" Albert tersenyum. Dia menyerahkan resit bayaran dan kami bertolak pulang selepas itu.

Perjalanan pulang tidak ada banyak bezanya dengan datang. Hanis masih tidur dan kami berbual tentang topik remeh-temeh. Kami berhenti rehat di Perhentian Rehat Sungai Perak ketika Razif menelefonku. Lewatnya! Dia masih belum tidur? Sebelum sempat aku bertanya, Razif sudah mula menengking.

"Kenapa awak boleh pergi dengan dia?!" Suara Razif meninggi.

"Saya datang dengan dia bukan suka-suka. Lagipun kami bukan berdua. Adik perempuan dia ikut sekali," jelasku sambil memandang ke arah Adam yang sedang berbual dengan Hanis. Gadis sunti itu bangun sejurus kami berhenti.

"Itu bukan masalahnya. Masalahnya sekarang ni, awak pergi dengan lelaki lain, yang awak tak berapa kenal."

"Saya kenal dia, biarpun tak rapat. Saya kenal awak, saya ajak awak, tapi awak sibuk. Awak nak saya drive seorang diri malam-malam macam ni?"

"Jadi awak ikut lelaki pertama yang awak kenal dan nampak? Apa yang awak fikir?"

Giliran aku pula meninggikan suara. "Awak menghina saya!"

"Saya tak menghina awak tapi itulah kenyataan!"

"Razif Firman, awak ingat saya ni perempuan jenis apa?! Saya bukannya berkhalwat atau buat perkara tak senonoh. Saya datang sini atas urusan kerja dan sekarang kami berkejar balik semula supaya saya boleh sambung kerja."

"Awak dah tak ada alasan lain? Kerja saja alasan awak!"

"Memang saya bekerja! Ingat awak seorang yang bekerja?!" tengkingku, tidak lagi menghiraukan pandangan orang sekeliling. "Sudahlah, saya tak mahu cakap dengan awak lagi!"

Terasa air mata mengalir. Aku cepat-cepat ke tandas. Nasib baik tidak ada orang pada masa ini. Tidak lama selepas itu, Hanis masuk. Dia seperti serba salah untuk menegurku.

"Sorry kak, abang paksa saya datang tengok kakak okey ke tak," kata gadis itu setelah sekian lama berdiri berdekatan aku.

"Kakak okey, janganlah risau," kataku, mencuci wajah yang masih terasa panas dengan air mata. Hanis menghulurkan tisu untuk aku mengelap wajah. Aku mengambil masa untuk bertenang sebelum kembali ke kereta. Memang aku masih terasa marah dan sakit hati tetapi aku tidak boleh membazirkan masa di sini sedangkan aku perlu cepat-cepat kembali untuk meneruskan kerja.

Adam yang menunggu kami di kereta membukakan pintu untukku sebelum berlari masuk ke bahagian pemandu. Adam dan Hanis tidak bertanya dan memilih untuk berbual sesama mereka biarpun aku pasti banyak persoalan yang bermain dalam minda mereka. Mungkin mereka cuba memberikan aku ruang untuk berfikir dan bertenang. Selepas kami meneruskan perjalanan, Hanis terus kembali ke alam mimpi, seolah-olah dia tidak pernah bangun tadi. Jam di dashboard menunjukkan pukul dua setengah pagi.

"Awak tak mengantuk?" soal aku kepada Adam.

"Mengantuk juga tapi dah biasa," jawabnya.

"Macam mana pula?"

"Saya bawa kapal terbang, biasalah kalau kena berjaga. Karang menjunam kapal tu nanti."

Lupa pula dia ni pilot.

"Best tak kerja pilot?"

"Best juga, dapat terbang satu dunia."

"Seronoklah awak, saya ni overseas pun tak pernah sampai," kataku. Dulu aku teringin untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara tapi apakan daya, keputusan peperiksaan SPM tak cukup baik untuk pergi ke sana.

Sehangat MatahariWhere stories live. Discover now