Bab 4

4.6K 147 0
                                    

"Anak sial, kau bangun sekarang! Jangan kacau mak kau nak kerja! Bangun aku kata!" Dush, satu tumbukan diberikan kepada Aliyah. Lantas, dia terjelopok di atas ibunya.

"Allah!" Aliyah menjerit.

"Hoi, dik. Kau mimpi ni, siot. Dah, istighfar. Berpeluh sampai." Khai memandang adiknya sekilas. Dari tadi memang dia sudah sedar bahawa Aliyah sedang bermimpi buruk, namun niat untuk mengejutkan Aliyah terhenti apabila seorang lelaki tua datang meminta derma ketika mereka berhenti di lampu isyarat sebentar tadi.

"Astaghfirullah." Aliyah beristighfar. Bukan yang ini. Taknak yang ini. Hatinya menjerit, batinnya merintih. Mimpi itu.....

"Yay, sampai dah! Pat pat turun." Lamunannya terhenti dek jeritan tak diundang si Khairil. Pintu kereta dibuka, lantas segera Aliyah mengekori abangnya itu ke wad pesakit mental.

Rindu.

"Assalamualaikum, incik doktor. Mahu beli tak ini herba? Baru saya petik dari hutan Amazon tadi." Fasih si pakcik tua itu berkata, sambil tangannya menghulurkan dedaun hijau yang baru dipetiknya di luar tadi.

"Gadis cantik ini siapa, dong? Bisa kenalin? Mana tahu anakku tertarik dengannya. Eh eh, anak? Aku tinggal dia kat rumah. Habis! Mampus kalau tentera Jepun datang. Sudir! Lari, Sudir! Lari!!" Pakcik berpakaian serba biru itu terus berlari ke arah sofa. Kepalanya ditelengkupkan. Dalam beberapa saat sahaja, lelaki tua itu sudah ditenangkan oleh doktor yang kemudian menyuapkannya antipsychotic. Jururawat yang membantu doktor tadi, terus membawa pakcik itu ke atas katilnya. Seram sejuk juga rasanya di wad itu, tetapi segera Aliyah menangkas perasaan itu.

"Schizophrenia; often characterized by abnormal social behaviour and failure to recognize what is real. Dalam kes pakcik ni, dia rasa yang dia masih hidup di zaman Jepun, sebab tu pakcik ni selalu request nak ubi kentang. Katanya beras mahal dan taknak guna duit pisang."

"Kenapa macam tu?" Tanya Aliyah.

"Major depression. His whole family died in front of him. Kena tembak dengan ah long. Dan paling sedih, ah long tu salah orang. Sebab ada orang fitnah dia. Mula-mula, pak Halim isolate diri dia je. Kerja taknak, dengan adik beradik pun dia takmau. Lepastu, ada abang pak Halim beritahu pak Halim dengar suara isteri dia suruh dia ikut sekali ke syurga. Lepas suicide attempt yang pak Halim buat, terus adik beradik dia hantar kat sini." Panjang lebar Khairil bercerita. Sambil sambil, dia tersenyum kepada para jururawat yang menyapanya.

Sampai di katil paling hujung, Khairil memberi salam sambil bertanya khabar kepada pesakit yang membelakangi mereka itu. Pesakit itu kemudiannya memaling ke belakang, tanpa sedar, dia menerpa ke arah Aliyah.

"Melur! Melur! Kenapa tinggalkan Qhalif?" Terus si pesakit mengoncang bahu Aliyah. Aliyah bagaikan terpukau, tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Kakinya kaku, bagai ada besi yang menarik. Abangnya menenangkan pesakit, lantas memanggil jururawat berdekatan.

"Qhalif, ni bukan Melur. Ni adik saya, Aliyah." Khairil memperkenalkan adiknya apabila kliennya sudah kembali tenang.

"Aliyah? Muka sama macam Melur lah, abang Khai. Nak panggil awak Melur, boleh?"

"Err, tapi saya Aliyah."

"Kenapa muka macam Melur? Ke awak memang Melur?"

"Ish, Qhalif ni. Melur lagi cantiklah. Aliyah ni buruk aja." Khairil mencelah. Dia ketawa kuat, suka mengenakan adiknya.

Adik menjeling abangnya sekilas. Dia memberanikan diri untuk berbual dengan kawan barunya itu. Macam macam ditanya, banyak juga menyimpang. Akhirnya, Aliyah layan aja gelagat si Qhalif itu.

"Umur Qhalif berapa?"

"24, Melur?"

"20. Qhalif suka makan apa?"

"Kain pelikat yang Melur bagi haritu Qhalif simpan lagi. Tapi tak basuh lagi, busuk. Hehe." Qhalif senyum, menampakkan barisan giginya yang putih dan lurus itu. Mata hitam bundarnya jelas mempamerkan kesedihan walau senyuman dam ketawa tak lekang dari bibirnya. Aliyah nampak, itulah yang dirasakannya dulu.

"Melur, Melur ingat tak waktu Qhalif kata Qhalif tak sabar nak belajar kitab? Waktu tu Melur kata, tunggu ajelah. Kahwin dulu, tapi Qhalif nak, sebab ilmu kan. Ingat?"

Kitab? Budak pondok?

"Melur tak ingatlah Qhalif. Dia memang selalu lupa ingatan pun. Haaaaa, tu dah sampai makanan Qhalif. Qhalif makan dulu, esok Abang Khai datang balik ya?" Nampak gayanya Khairil sudah selesa mengubah identiti adiknya.

"Abang tapi... Hm, tak apalah. Bawa Melur sekali ok? Janji?" Jari kelingkingnya dihulur kepada Khai. Khai menyambut, sambil menghulurkan salam dan beredar bersama sama Aliyah.

Anugerah Tuhan [completed]Where stories live. Discover now