Bab 16

2.4K 91 2
                                    

Ps: before you proceed, jgn lupa baca bab 15 yang aku terpublish tanpa sempat siap tulis haha. Ly guys!

"Masya Allah, bestnya surrounding kat sini. Back to nature wooo." Aliyah terkebil kebil memandang sungai di tepi bangunan dua tingkat berwarna coklat lembut itu. Matanya tertancap pada sekumpulan pelajar madrasah yang sedang memancing di tepi sungai. Ada beberapa banin (pelajar lelaki) yang sedang menghidupkan api di tepi gazebo kayu berdekatan sungai. Barbeque mungkin?

"Abang An! Woi, antum semua. Tengok siapa datang ni? Abang An lah!" Salah seorang daripada mereka berlari lari anak ke arah Qhalif. Keterujaan terserlah di wajahnya. Kawan kawannya yang ingin menuju ke kelas mengubah haluan mereka ke arah kereta Khairil.

"Assalamualaikum." Qhalif memberi salam dan menyalami kelima lima anak madrasah itu. Bersih wajah mereka. Hati hati yang sentiasa hidup dengan alunan Al Quran.

"Zaujah enta ke, Andika?" Ustaz Zul menyapa. Dia yang dari tadi memerhatikan Qhalif datang menyapa bekas anak muridnya itu. Sungguh dia rindu akan Qhalif.

"La(tidak), ya ustaz. Keluarga." Qhalif tersenyum. Dia memandang sekilas ke arah Aliyah yang sedang mengeluarkan sesuatu daripada kereta.

"Assalamualaikum, ustaz. Er ustaz...er..."

"Zul."

"Aaa Ustaz Zul. Ana Khairil. Abang Qhalif." Senyuman ikhlas dihadiahkan. Tangan ustaz tua itu diraih lembut lalu disalam.

"Wah, gagah lagi ya ustaz ni. Sudah berapa umurnya?"

"Lagi 3 hari genaplah ana 67 tahun." Ustaz Zul seorang hafiz yang cukup hebat. Kesungguhannya untuk melahirkan para hafiz yang teguh iman dan bertakwa hanya kepada Allah sangat pantas dihargai, malah lebih hebat jasanya daripada cendekiawan dunia. Tidaklah mahu merendahkan martabat ahli dunia, namun ahli agama juga merupakan tonggak pembinaan sahsiah diri yang hebat. Kesungguhan Ustaz Zul itu boleh dilihat di madrasah ini. Kekayaan yang diperolehi ketika bergelar ahli perniagaan dalam bidang perkapalan digunakan bagi membangunkan madrasah tahfiz dan juga rumah anak anak yatim. Ibu tunggal dan orang tua yang tiada tempat berlindung juga ditempat di bangunan berlainan yang terletak beberapa meter daripada bangunan tahfiz.

"Haaaa, adik adik. Akak ada bawa sikit makanan untuk antum semua. Boleh tolong tunjukkan dapur tak?" Aliyah menjinjing plastik makanan sambil meninjau sekeliling mencari dapur.

"Ah, tak usahlah, nak. Bentar, ustaz panggil Nadiah. Nadiah! Nadiah! Mari sini, tolong tetamu kita ni." Laung Ustaz Zul. Seketika kemudian, seorang wanita yang lengkap berpurdah keluar dari rumah kecil di sebelah bangunan tahfiz bersama sama seorang kanak kana perempuan yang juga berpurdah.

"Ya, ayah. Assalamualaikum, kak. Nama ana Nadiah. Ni adik ana, Mardhiah." Tangannya dihulurkan ke arah Aliyah. Aliyah menyambut tangan itu, belum sempat dia mencium tangan Nadiah, Aliyah bertanya, "Umur awak berapa?"

"20 tahun."

"La, sama lah kita. Ish, janganlah ber kak kak. Malu ah. Insecure." Aliyah memeluk Nadiah. Kemudian, dia menyambut huluran salam Mardhiah. Kepala Mardhiah diusap lembut.

"Ni pulak, kam umruki(berapa umur kamu)?

"Isyrah aman(10 tahun)."

"Alololo, how cute."

"Thanks, kakak." Aliyah perasan Mardhiah tersenyum apabila purdah yang dipakainya ternaik sedikit.

"Ni ibu saya, Julie. Nope, not the biscuit's brand." Aliyah memperkenalkan ibunya. Setelah kedua dua beradik itu menyalami ibu, mereka segera membantu Aliyah meletakkan makanan di dapur. Qhalif dan Khairil pergi meninjau bangunan madrasah manakala Aliyah dan ibu membantu Mardhiah dan Nadiah di dapur.

Anugerah Tuhan [completed]Where stories live. Discover now