Bab 20

2.3K 94 0
                                    

"Qhalif pergilah solat pulak." Ibu yang baru sahaja selesai solat bertukar giliran dengan Qhalif untuk menemani Aliyah. Ibu sedikit hairan melihat mata Qhalif yang sembab, namun dia diamkan sahaja.

"Ibu, tolong suruh nurse cabut air. Orang nak solat jugak." Aliyah meminta. Ibu kemudiannya memanggil seorang jururawat bagi membuka ....... di tangan Aliyah. Usai solat, Aliyah melakukan solat sunat syukur kerana Allah telah memberinya peluang untuk bertaubat lagi.

"Assalamualaikum. Dik, look at what I bring. Pizzzzzaaaaa!" Dua kotak pizza diletakkan di atas meja di tepi katil Aliyah. Khairil membentangkan tikar lipat yang baru sahaja dibawanya dari rumah.

"Wei, macam picnic do." Ujar Aliyah sambil bersila di atas lantai.

"Baru best."

"Solat dah, Khai?" Ibu pula bertanya.

"Udah, buk. Di kantor tadi." Balas Khairil sambil membawa turun kotak pizza tersebut. "Qhalif, jom makan. Qhalif baca doa, okay." Qhalif yang baru sahaja muncul di muka pintu terus bersila bersama sama mereka. Hatinya bahagia apabila bersama ibu, Khairil dan Aliyah.

"Hm. Guys. Guys. Mind to tell what had happened?" Ujar Khairil sambil mengunya beef pepperoninya.

"Orang nak rompak lah kot." Aliyah menjawab malas. Dia tidak mahu memanjangkan cerita.

"Aliyah, just tell them the truth. I dont mind." Qhalif menegur. Dia memberhentikan suapannya.

"Em, tarappapa lah bang. Small matter." Aliyah menjawab sambil menyambung kembali suapannya.

"Okay, fine. Biar Qhalif cerita. Qhalif tak kisah kalau ibu, Abang Khai benci Qhalif lepas dah tahu apa dah terjadi. Tapi, Qhalif harap ibu dengan Abang Khai beri izin untuk Qhalif protect Aliyah." Dalam hatinya, Qhalif berharap agar ibu dan Abang Khai tidak akan membencinya walaupun hakikatnya dia sepatutnya dibenci.

"Abang Khai, remember the moment Qhalif kena masuk wad?" Dia menyoal sambil memandang ke arah Khairil.

Khairil mengerutkan dahi. "Hm, ingatlah."

"My reason?"

"Sebab....Qhalif putus tunang, right? Post traumatic? Major depression. Delusional." Khairil menjawab.

"Maaf, Abang Khai. Qhalif tipu. Tapi, Qhalif tak berniat nak tipu." Dia memandang ke arah lantai. Malu untuk menatap muka Khairil.

"Qhalif, selagi tak kiamat, insya Allah pintu taubat akan sentiasa terbuka. Cerita sahajalah yang betul kepada kami, Qhalif." Ibu pula memberikan kata kata semangat kepada Qhalif.

Qhalif terdiam. Sungguh baik hati ibu walaupun ayahnya telah membunuh cinta hati ibu. Dia terpaku sendirian. Alangkah bahagianya jikalau dia dilahirkan dalam keluarga ini, namun dia juga bersyukur mempunyai keluarga. Tuhan itu Maha Adil.

"It's okay, Qhalif. Family will always support you, alright? Kan, ma? Kan, Abang?" Aliyah melemparkan senyuman. Dia tahu akan perasaan Qhalif yang sedang berdebar debar itu.

"Qhalif..... Betul tekaan ibu, Qhalif anak John Isa. Ayah Qhalif yang bunuh suami ibu, ayah Abang Khai dengan Aliyah. Qhalif minta maaf." Tiba tiba Qhalif merasakan tangannya dipegang erat oleh seseorang. Dia mengangkat pandangan lantas melihat Khairil, ibu dan Aliyah sedang mengukirkan senyuman. Tangannya menggenggam kuat tangan sasa Khairil.

Ibu mula bersuara. "Let's just skip that part, Qhalif. Kami semua dah maafkan Qhalif, sayang."

"It soothes me well, thanks ibu." Dia berjeda seketika. Kekuatan dikumpulkan, doa dipanjatkan.

"Qhalif tipu. Qhalif bukannya ada major depression. Memang Qhalif stress and depressed sikit bila mak Qhalif putuskan pertunangan Qhalif dan Melur, tapi lepastu Qhalif berfikir panjang. Qhalif tak patut berhubungan sebelum nikah. Qhalif menyesal sangat. Tapi mak Qhalif, dia ingat Qhalif terlalu depressed dan disebabkan Qhalif memang tak suka duduk dengan mak, Qhalif just go with the flow, berlakon delusional so I can somehow jauh daripada mak. Lepastu, mak hantar Qhalif kat sini. Qhalif tahu Qhalif penipu. Qhalif minta maaf, Abang Khai. Qhalif dah menutup peluang orang yang lebih berhak berada kat sini. Qhalif jahat." Suaranya mula mengendur. Dia menundukkan pandangan kembali.

"Chill, dude. Qhalif tak jahat lah. Qhalif tersilap langkah. Dan Abang Khai harap sangat Qhalif tak akan tersilap langkah lagi. Qhalif dah boleh berfikiran secara rasional, right? So, Abang Khai harap......" Belum sempat Khairil menghabiskan ayat, Qhalif lebih pantas memotongnya.

"Abang Khai. Tak habis lagi cerita Qhalif ni." Dia tertawa kecil seketika.

"Entah Abang. Kalau ye pun nak jadi kaunselor, lek ah lu." Sambung Aliyah pula.

"Diam ah kau."

"Kau ah diam."

"Diam lah dedua. Ibu nak dengar cerita Qhalif ni."

"K fine, ibu." Lantas mereka berdua menekupkan tangan ke mulut.

"Acah do korang." Qhalif mengusik.

"Cepatlah cerita." Kata Aliyah sambil makan pizza yang ketiga.

"Sebenarnya, Qhalif nak protect Aliyah."

Uhuk..tersedak Aliyah apabila mendengar namanya disebut.

"Wei minah ni memang suka tersedak ke apa. Tak baca basmallah ke. Nah air." Air dihulurkan kepada Aliyah.

"Okay sambung."

"Ibu mesti ingat masa ayah Qhalif masuk penjara, dia ada cakap sesuatu dekat ibu, dekat Aliyah. Ibu ingat tak?"

"Aliyah tak ingat lagi lah. Ibu ingat ke?" Aliyah menyoal.

"Yang John akan recruit Khairil jadi illegal doctor?"

"Yup. Waktu dekat wad, Qhalif ternampak Abang Khai. Qhalif macam familiar, so Qhalif tanyalah seorang pakcik kat wad tu, siapa Abang Khai. Bila Qhalif tahu tu Abang Khai, terus Qhalif teringat Aliyah. Moreover, I heard from the news ayah dah lari penjara, that's why Qhalif cuba untuk protect Abang Khai dan Aliyah."

"But, he will not bring any harm to us kan, Qhalif?" Nada resah kedengaran daripada ibu. Ibu takut masa lalu akan diputar kembali. Dia tidak mahu kehilangan orang yang dicintainya lagi.

"Insya allah, tak, ibu. Qhalif akan pastikan tu takkan berlaku." Janjinya pada ibu dan keluarga ibu akan dikotakan. Dia berharap Allah akan melindungi mereka semua. "Banyak lagi Qhalif nak tanya dan cerita tapi Qhalif tak sanggup pula rasa. Qhalif harap ibu, Abang Khai dan Aliyah akan maafkan Qhalif walaupun Qhalif tak layak sebab Qhalif anak....."

"Qhalif dah lah tu. Ibu maafkan lah dan ibu pasti Khai dan Aliyah pun akan maafkan Qhalif. Qhalif anak ibu, tu yang Qhalif nak cakap kan? Jom habiskan makanan ni." Kotak pizza dihulurkan kepada Qhalif. Dia tersentuh akan layanan ibu walaupun dia tahu agak perit untuk ibu berhadapan dengan seseorang yang mengingatkannya kepada pembunuh suaminya.

"Terima kasih, ibu, Aliyah, Abang Khai." Kata kata syukur dilafazkan perlahan.

Anugerah Tuhan [completed]Where stories live. Discover now