Bab 19

2.1K 97 0
                                    

Khairil berlari laju daripada Department of Psychiatry ke Emergency Ward. Peluh yang membasahi dikesat menggunakan hujung lengan baju kemeja hitamnya. Orang sekeliling yang memerhatikan tidak dihiraukan.

Aliyah..aliyah. Apasal kau lembik sangat, dik? Kerisauan jelas terpancar di mukanya.

"Ibu! Qhalif! Aliyah! Mana? Mana?" Khairil termengah mengah ketika sampai di wad Aliyah. Dia terduduk di atas kerusi yang disediakan. Air mata yang bergenang di sapu Qhalif. Darah Qhalif jatuh ke atas bajunya tanpa disedari.

"Qhalif, jom ikut Abang Khai. Abang Khai sapukan luka Qhalif." Tangan Qhalif digenggam dan dibawa ke arah katil yang kosong emergency ward itu. First aid dikeluarkan lalu dia mencuci kepala Qhalif menggunakan kapas yang disapukan alkohol.

"Abang Khai. Qhalif minta maaf. Qhalif jahat. Qhalif sepatutnya protect Aliyah but...but.... I failed, Abang Khai." Qhalif terdiam. Dia merenung ke arah lantai. Perasaan bersalah datang menerpa. Ibu muncul di sebalik tirai. Matanya mencerlung tajam ke arah Qhalif.

"Qhalif bagitahu ibu, Qhalif bukan anak John Isa kan? Betul kan, Qhalif?" Pertanyaan ibu mengejutkan Qhalif. Dia terkejut dan kaku sebentar. Qhalif cuba bersuara namun suaranya dirasakan tersekat dikerongkong.

"Qhalif Andika John Isa!" Suara ibu semakin keras. Qhalif memandang ke arah lantai. "Just tell me now you are not his son, right Qhalif?" Mata ibu berair. Dia kesal. Dia kesal kerana dia tidak perasan akan muka lelaki ini dulu.

"Ibu, please calm down. This is hospital, ibu. Istighfar, ibu." Khairil cuba menenangkan ibu. Ibu terduduk di atas kerusi plastik di tepi katil. Dia menekup mulutnya sambil tersedu sedan.

"Ibu, ibu tak sangka Qhalif tipu ibu. Tapi, Qhalif tak tipu ibu kan? Qhalif sayang ibu kan? Qhalif sayang Aliyah kan? Qhalif sayang Abang Khai kan? Kan Qhalif? Qhalif jawab pertanyaan ibu ni, nak?" Makin kuat sedu ibu. Khairil mengusap perlahan belakang ibu. Dia juga keliru tidak tahu apa yang berlaku. Dia mahu ibunya bertenang dahulu, barulah dia menanyakan situasi sebenar yang berlaku.

"Khai. Khai, your sister dah sedar. She's in that room." Doktor wanita yang bernama Fatimah seperti yang tertera di tag namanya menegur Khairil yang sedang meletakkan bandage di kepala Qhalif. Dia memandang sekilas ke arah Qhalif dan mengajukan soalan. "Is this Qhalif? Cause your sis ada mention that guy name."

Qhalif mengangkat pandangannya dan mengangguk perlahan. Dia segera menuruni katil dan bergegas ke bilik Aliyah. Ibu berjalan perlahan sambil dipimpin oleh Khairil. Usai sampai di bilik Aliyah, ibu memeluk anak perempuannya seerat hati. Aliyah membalas pelukan ibu dan mengucup lembut dahi ibu.

"Aliyah okay tak? Maafkan ibu sebab ibu tak perasan. Ibu tengah kemas stor masa tu. Ibu tak sedar...." Perlahan ibu berkata kata bagaikan tidak keluar suaranya. Mutiara jernih yang terbit daripada mata segera diseka oleh Aliyah.

"Chill, ibu. Alhamdulillah, Aliyah okay. Qhalif okay tak? Orang risau tau kat Qhalif." Aliyah terperasan akan balutan di kepala Qhalif. Qhalif yang sedar akan arah pandangan Aliyah terus bersuara. "Sikit jelah. Qhalif okay. Aliyah tak patutlah peluk Qhalif tadi. Bukan mahram tahu tak?" Qhalif tersenyum segaris. Dia tidak mahu Aliyah mengesan kehadiran kesedihan dalam getar suaranya.

Aliyah tersenyum. Mukanya merona merah apabila teringat kembali akan peristiwanya memeluk Qhalif.

"Daruratlah." Balasnya sepatah. Pandangan segera dialihkan daripada merenung mata Qhalif. Malu.

"Banyak ah. Kalau Qhalif yang sakit tak apa, Qhalif kan kuat. Tapi Aliyah...."

"Oh, nak cakap orang lembik ah ni?" Aliyah memotong percakapan Qhalif. Sengaja dia mencebik.

"Qhalif tergoda lah Aliyah buat macam tu."

"Ehem...ehem...." Khairil sengaja berdehem. "Please ya, Abang Khai ada di sini." Aliyah tertawa kecil.

"Ibu, kenapa senyap je? Janganlah sedih sangat. Aliyah okay lah, ibu. Adik kuat macam ibu, kan abang?" Dia menoleh ke arah ibu yang dari tadi tidak bersuara. Ibu hanya tersenyum segaris. "Ibu bersyukur Aliyah dan Qhalif baik baik aje. Alhamdulillah."
Aliyah dipeluknya erat sambil mengusap usap kepala Aliyah yang bertudung merah.

"Hm, ibu, abang. Rasa macam nak makan P. I. Z. Z. A. lah." Ibu dan Khairil memandang Aliyah serentak. Mereka memang tahu akan kegemaran Aliyah yang satu itu.

"Yelah, abang gi beli. Alang alang lunch hour kan." Khairil mengenyitkan matanya lalu hilang di balik tirai biru itu.

"Ibu, solat kejap lah. Qhalif tengokkan Aliyah kejap." Beg tangannya diserahkan kepada Qhalif. Qhalif menyambutnya tanpa kata. Dia keliru dengan layanan ibu yang berubah tiba tiba.

"Aliyah.." "Qhalif.." Serentak kedua duanya memanggil nama mereka.

"Okay, Qhalif dulu lah." Aliyah mengalah. Qhalif menuju ke arah pintu dan membukanya luas luas.

"Apa pasal tu, macha?" Aliyah menyoal.

"Elak fitnah." Balasnya sepatah. Qhalif kemudiannya menyerahkan segelas air kepada Aliyah. Aliyah minum sedikit air itu lalu meletakkan kembali di atas meja di tepi katilnya. "Aliyah nak kata apa?" Muka Aliyah dipandanf serius.

Aliyah menarik nafas sedalam dalamnya. "Aliyah dah ingat An. Qhalif ni Andika kan?" Pertanyaan Aliyah tidak mengejutkan Qhalif, malah dia memang tertunggu tunggu akan saat ini. Saat dia merungkaikan kebenaran.

"Maaf, Aliyah. Qhalif dah tipu seluruh keluarga Aliyah. Qhalif cuma nak lindungi Aliyah. Maafkan Qhalif." Dia meraup mukanya. Sekarang, dia tidak perlu menjadi Qhalif sebaliknya berterus terang menjadi Andika.

"Aliyah dah ingat semuanya. Tapi, betulkan Qhalif tak bunuh ayah Aliyah? Kan, Qhalif?" Suaranya kedengaran sedih. Memorinya sudah kembali. Saat di mana kematian ayahnya disebabkan oleh kawan baik ayahnya sendiri.

"John, tak perlulah macam ni, kan? Benda boleh settle wei, kata brother." Aliyah mencuri curi dengar di balik daun pintu kayu yang berwarna coklat itu. Niatnya mahu menunjukkan markah peperiksaan akhir tahunnya terbantut apabila Uncle John, rakan baiknya terus menerpa dan menutup kuat pintu pejabat klinik itu. Aliyah hanya menyorok di balik kaunter kerana tidak mahu sesiapa ternampak akan kehadirannya. Dia kemudiannya bersandar di belakang pintu tersebut untuk mendengar perbualan mereka.

"Please lah, John. Aku taknak anak aku teruskan benda ni. Kau faham kan, kalau anak aku jadi illegal doctor maknanya dia compromise dengan kau. Dia pun akan dapat saham dosa disebabkan kau. Kau faham kan, John?" Ayah masih bernada tenang walaupun hatinya gelisah akan tindakan yang akan diambil John. Ayah tahu John bukan calang calang orang. Dia akan berbuat apa sahaja asalkan hatinya puas.

"So, kau nak mungkir janji lah ni?" Kedengaran suara Uncle John di balik pintu itu.

"Aku nak nego je, John. Please." Ayah merayu.

"So, no Khairil?"

"He's a huffaz, John. Can you understand that?" Ayah menengking.

Bang! Bang! Bang! Kedengaran tiga tembakan dilepaskan dari dalam bilik. Aliyah terkejut lalu menjerit kuat menyebabkan John berlari keluar dan mengambil Aliyah bersamanya.

"Apa Uncle dah buat dekat ayah?!" Dia menjerit jerit di dalam kereta namun John masih setia memandu sejauh jauhnya daripada Bandar Kuantan.

"Qhalif tak bunuh. Ayah Qhalif buat macam tu, kan Aliyah? Qhalif anak pembunuh, kan?" Air matanya bergenang kembali. Aliyah menghulurkan tisu sambil tersenyum sekilas.

"Ayah Qhalif pembunuh, tapi Qhalif tak." Aliyah cuba memujuk.

"But, I'm a murderer's son."

"But, you're not a murderer."

Anugerah Tuhan [completed]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang