Bab 24

2.4K 82 0
                                    

"Ali, bangun." Aliyah tersedar apabila seseorang memegang kakinya. Dia mengesat matanya dan keluar daripada kereta itu.

"Kat mana ni?" Kasar Aliyah mendengus. Tubuh lelaki yang memakai one sie Finn the Human itu ditolak kasar.

"Ali. Tolong An." Rayu budak lelaki itu. Aliyah hanya menoleh dan terus meluru ke arah Uncle John sebaik sahaja Uncle John memunculkan diri di tepi kereta.

"Uncle, Aliyah nak balik!" John hanya memandang Aliyah sekilas sebelum mengangkatnya ke dalam rumah.

"Aliyah duduk je sini! Duduk diam diam! Jangan buat uncle marah. Faham tak?" Bungkusan makanan diberikan kepada Aliyah namun Aliyah segera melemparnya semula ke arah dinding. Aliyah memalingkan badannya dan berpeluk tubuh di atas lantai. Air matanya mula bergenang dari tubir mata.

"Aliyah nak ayah..." Rintihnya. Uncle John yang sudah panas hati dengan kelakuan Aliyah segera memalingkan muka Aliyah ke arahnya dengan kasar. Dadanya berombak kencang namun kesabaran masih tidak berada di tahap maksimum.

"Diam, Ali! Ayah Aliyah tu dah mungkir janji. Member apa buat member dia macam ni, ha? Sekarang ni kalau Aliyah taknak makan, sudah! Uncle nak keluar! Ingat, kalau Aliyah bagitahu sesiapa pasal ni, uncle bunuh Aliyah pulak!" Pistol di tangannya sengaja ditunjukkan untuk menaikkan rasa gerun Aliyah. Aliyah hanya menangis sambil menutup matanya. Bunyi tembakan yang dilepaskan Uncle John ke arah ayah masih ligat dalam ingatannya.

"Ayah....adik takut. Ibu...abang...." Sedar tidak sedar dia tertidur beberapa lamanya di dalam bilik yang gelap itu.

"Ayah! Ayah! An minta maaf ayah! An minta maaf! An tak buat salah lagi, ayah!" Aliyah terbangun apabila dia mendengar suara seseorang merayu. Dia hanya mengeraskan diri supaya Uncle John menganggapnya masih tidur.

"Anak sial, kau bangun sekarang! Jangan kacau mak kau nak kerja! Bangun aku kata!" John meleraikan pelukan anak lelakinya daripada ibunya. Isterinya bangun untuk mengambil semula An namun Uncle John lepas pantas mengunci bilik tersebut.

"Mama! Mama! Tolong An, ma...." An hanya bersandar lemah di belakang pintu. Dia meletakkan kepalanya ke atas lutut dan menangis semahu mahunya.

"Hi. Hello. Awak." Aliyah mula menghampiri lelaki itu. Dia bagaikan dapat merasa kesedihan yang dialami budak lelaki itu. Aliyah mengusap lembut bahu An. Dia melihat sekeliling dan ternampak akan bungkusan makanan tadi. Lalu, Aliyah segera mengambilnya dan mengeluarkan sesuatu.

"Hm kejap ya. Haa! Nah ambil ni." Sebungkus roti coklat dan susu kotak dikeluarkannya dan dibuka. Aliyah mengambil tangan An dan meletakkan roti di atas tangannya.

"Terima kasih." Budak lelaki itu mengangkat muka perlahan lahan. Dia hanya melihat kosong roti tersebut. Sebentar kemudian, dia membahagikan roti itu kepada dua bahagian. Satu bahagian diberikan kepada Aliyah. Aliyah hanya mengucapkan terima kasih dan memakannya perlahan.

"Nama awak siapa? Nama saya Aliyah tapi biasa ayah, ibu, abang panggil Ali je." Sekuntum senyuman diberikan kepada An.

"Andika. Panggil saya An." An mengukir senyuman.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Maria, you duduk sini jelah harini. Nak balik Penang jauh kan?" Setelah Uncle John balik, ibu mengajak Maria untuk tinggal di rumahnya semalaman. Walaupun keberatan, namun Maria tetap menerima pelawaan ibu.

"So, An taknak duduk dengan mana lagi ke? Happy ya duduk dengan keluarga Julie?" Sengaja Maria ingin menduga perasaan anak lelakinya itu. Namun, hanya sepi yang membalas persoalannya.

"Takpelah, An. Kalau An masih marahkan mama, mama minta maaf ya." Baru sahaja Maria ingin beredar dari situ, Qhalif terus memeluk tubuh wanita itu. Dia sangat rindu akan ibunya. Lama mereka berdiri di tepi kolam itu, Qhalif meleraikan pelukannya. Tangan Maria diraih lalu diciumnya sepenuh hati.

"An minta maaf, mama. An salah. An yang salah, bukan mama. Mama hantar An pergi belajar, tapi An sibuk bercinta. An minta maaf, mama." Walaupun Qhalif sedikit kesal dengan perbuatan ibunya yang memutuskan pertunangannya secara mendadak, namun dia tahu itu juga salahnya kerana terlalu terburu buru membuat keputusan. Pertunangan yang dirahsiakan akhirnya sampai juga ke telinga ibunya lantas Maria mengambil keputusan untuk memutuskannya atas alasan Qhalif masih lagi tidak matang untuk membuat keputusan sendiri.

"Mama, Andika bukan taknak tinggal dengan mama, tapi boleh tak mama bagi An masa untuk An sembuhkan luka di hati An ni. An ingat nak sambung kitab dekat sini. Ada anak saudara Ustaz Zul buka madrasah dekat Kuantan. An harap mama izinkan An dan insya Allah kali ni An akan betul betul serius untuk belajar." Terang Qhalif. Dia menyusun ayat dengan berhati hati agar ibunya tidak berkecil hati. Maria memandang wajah anak lelakinya itu. Dia hanya tersenyum dan mengangguk kecil.

"Kalau macam tu yang An nak, mama terima je. Mama sayang An. An kena ingat tu." Pesannya.

"An sayang mama jugak."

Anugerah Tuhan [completed]Onde histórias criam vida. Descubra agora