Bab 23

2.4K 86 0
                                    

Khairil melangkah masuk ke dalam rumah dengan gelisah. Dia tidak tahu bagaimana mahu menyampaikan permintaan Uncle John. Khairil perasan akan televisyen yang terpasang namun kelibat ibu dan Aliyah tidak kelihatan. Dia terus mengambil remote yang berada di atas lantai lalu menutup televisyen. Ketika berpusing, dia melihat Aliyah sedang lena tidur di atas sofa. Bahu Aliyah ditepuk lembut. Aliyah membuka mata seketika dan menutupnya kembali. Khairil mendengus lalu mencempung badan kecil Aliyah ke biliknya.

"Dasar gemuk. Berat lepastu nak suruh orang angkat." Keluhan Khairil didengar oleh Aliyah membuatkan Aliyah terjaga. Dia hanya memandang kosong wajah abangnya itu.

"Pehal serabai? Baru balik eh?" Aliyah menggosok matanya sambil bangun untuk bersila di atas katil.

"Ha ah, dik. Liyah, abang nak bagitahu something ni." Khairil pula melabuhkan punggung di sebelah Aliyah. Lantai bilik yang berwarna biru cair itu dipandang. Adake orang buat lantai warna biru, sempat lagi hantinya bermonolog.

"Ya, ada apa sih lo?" Kacau orang tidur je dia ni.

"Er, remember the one yang serang you guys dekat gym?"

"Yeah, why?"

"Joe, abang Qhalif tu."

"Ya, tahulah abang. Your childhood friend. Eh, ours hahahaha." Khairil menutup mulut Aliyah yang sedap menguap.

"Em, Joe dah meninggal tadi."

"Innalillah hi wainna ilaihi rajiun. Sebab apa do weh?"

"I dont know lah. Tak tanya. Tapi, em Aliyah ingat uncle John?" Khairil memalingkan muka memandang Aliyah. Aliyah hanya mengangkat kening sebelahnya.

"Kenal lah, abang. Aduhai. Apesal? Macam orang amnesia pulak haha." Banyak pulak abang pusing. Duh.

"He wants to see you, tomorrow. Esok Joe akan dikebumikan. Aliyah nak ikut?" Mata Aliyah ditenung lama. Aliyah terdiam sebentar. Otaknya ligat berfikir, sedang membuat keputusan. Khairil yang melihat ekspresi teragak agak Aliyah, bersuara lembut,"Kalau adik takmau ikut, tak apa. Abang boleh pergi sorang."

"Eh eh. Okay, Aliyah ikut. Insya allah. Tapi, kita tanya ibu dulu eh?" Aliyah sudah membaringkan badannya semula. Selimut ditarik sehingga ke paras kepala.

"Okay, thanks Aliyah. Good night." Khairil menyelak sedikit selimut dan mengusap lembut kepala Aliyah.

"Oi, janganlah. Tolong kunci pintu."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Ibu, you're going too, right?" Aliyah yang sedang membasuh pinggan bertanya kepada ibu. Ibu hanya mengangguk kecil sambil meneruskan suapannya.

Sesampai sahaja di tanah perkuburan, Aliyah melihat ramai orang yang sedang membantu meletakkan jasad Joe ke dalam liang lahad. Hanya dua orang sahaja perempuan yang hadir manakala yang lainnya lelaki. Qhalif yang ternampak akan Aliyah, tersenyum hambar dari jauh. Aliyah membalas senyuman itu ala kadar. Dia tidak menyangka Joe yang pernah bermain bersamanya selama beberapa hari sudah tiada. Semoga tenang bertemu Pencipta, Joe.

Setelah Joe selamat dikebumikan, Aliyah pergi ke arah Qhalif. Qhalif dilihat sedang memeluk erat bahu seorang perempuan. Mungkin ibu Qhalif? Fikir Aliyah.

"Assalamualaikum, makcik." Aliyah menghulurkan salam lalu disambut oleh wanita yang kelihatan berumur dalam lingkungan ibu. Wanita itu lantas menarik Aliyah ke dalam pelukannya. Aliyah terpana seketika. Dia hanya mengelus lembut belakang wanita itu sambil menenangkannya. Ibu juga turut memeluk mereka. Seminit kemudian, mereka meleraikan pelukan.

"Mary...Maria, aku rindu kau sangat." Ucap ibu perlahan. Air mata yang bergenang dikesat menggunakan hujung selendang hitam yang dipakainya. Aliyah masih keliru. Ini kawan ibu ke? Tak pernah jumpa pun.

Anugerah Tuhan [completed]Where stories live. Discover now