Bab 17

2.1K 87 4
                                    

"Assalamualaikum, mak dah balik ni." Puan Salmah masuk ke dapur dan bersalaman dengan Aliyah dan ibu. Mukanya berkerut.

"Siapa ni? Bukan mak An kan? Tadi mak nampak An kat luar." Senyumannya segaris.

"Eh, bukan mak. Tapi ahli keluarga Abang An lah. Duduk lah mak. Kami tengah masak untuk adik adik ni." Nadiah mempersilakan emaknya duduk di atas kerusi.

Setelah beberapa lama memasak, mereka sekeluarga menikmati makan tengah hari bersama sama dengan penghuni madrasah; pelajar madrasah, anak anak yatim dan juga orang tua tua di halaman tepi surau. Kegembiraan jelas terpampang di wajah mereka. Daging masak kicap, ulam ulaman dan ayam goreng berempah merupakan salah satu medium untuk mengeratkan hubungan mereka.

Usai solat zuhur, Aliyah dan keluarganya menuju ke Escape Penang. Aliyah teruja tidak terkata. Ibu dan Khairil hanya mendengar celoteh Qhalif dan Aliyah yang tidak sabar mahu beraksi.

"Orang nak slide tu."

"Boleh terbang tak, Aliyah?"

"Ada rasa. Qhalif nak jugak ke? Tak takut ke?"

"Tuhankan ada."

"Touché. Uhuk uhuk." Aliyah tersenyum.

Pada keesokan harinya, mereka pulang kembali ke negeri Tok Gajah. Pada hari esok, Aliyah akan membantu ibunya menguruskan gym dan butik manakala Khairil akan bekerja semula setelah bercuti. Qhalif pula terpulang padanya untuk berehat di rumah ataupun mengikuti ibu dan Aliyah.

"Terima kasih, Abang Khai." Qhalif menguman. Tembikai masih penuh di mulut.

"Oi, mulut penuh tu." Aliyah menegur.

"Kenapa pulak terima kasih?" Khairil bingung.

"Ala, semuanya. Abang Khai kan bawa Qhalif jumpa Ustaz Zul." Jawabnya.

"No hal lah. Elele budak ni." Matanya difokuskan kembali ke hadapan.

"By the way, Qhalif. Kenapa semua orang dekat sana panggil Qhalif, An?" Tanya ibu. Soalan ibu tidak dijawab dan Qhalif terus berpura pura tidur. Ibu tidak mengambil hati, malah mengusiknya pula.

"Yelah, siapalah ibu kan."

"Ratu hatikulah." Jawab Qhalif sambil matanya terpejam rapat.

Pagi di rumah mereka berganda kecohnya dengan kehadiran Mak Yam dan Qhalif. Mak Yam cepat melatah membuatkan semuo orang geli hati dengan telatahnya.

"Chicken porridge harini, Mak Yam?" Tanya Aliyah yang sedang mengambil kotak jus oren di dalam peti ais.

"Apa tu, cik?"

"Er, ala Mak Yam. Ayam bubur lah."

"Bubur ayamlah, adik." Tegur Khairil.

"Haaa tu ah. Qhalif, hang nak ikut dak pi kedai?" Qhalif mengangguk sekali. Aliyah memandu Nissan Skyline ibunya ke boutique bersama sama Qhalif. So awkwardddd.

"Ei, awkward kan?" Tanya Aliyah yang sedang memandu.

"A ah, dosalah. Kan bukan mahram tak boleh berdua duaan." Jawab Qhalif yang sedang memegang kunci gym. Kunci itu dihayunkan ke kiri dan ke kanan.

"Hidup macam kunci kan, Aliyah. Sekejap ke kiri sekejap ke kanan. Kiri macam negatif lah. Kanan positif. Iman manusia jatuh naik."

"Selalu kan, Qhalif." Pedal minyak ditekan laju menaiki bukit.

"Kita sekarang tengah iman turun kot." Ujar Qhalif dengan nada bersahaja.

"Qhalif ni suka ah buat gitu. Sentap aku. Hm."

Sesampainya di butik, Aliyah terus ke butik kerana Husain dan Kak Nad sudah membuka gim.

"Orang buka butik jap. Qhalif pergi kat gim jap eh. Sebelah ni je."

Aliyah menunggu ibu dan pekerjanya sampai. Pekerja di butik tidak begitu serasi dengan Aliyah. Tetapi, Aliyah tidak kisah. Dia biasanya akan melepak di gim apabila pekerja butik sampai.

"Ali! Ali! Qhalif buat something. Cepat ah sini." Asraf memanggil dari luar butik. Aliyah terus memandangnya dan bergegas keluar. Dia yang terperasan akan Khairil dan ibu terus mengisyaratkan mereka untuk menjaga butik sebentar. Sesampainya di gim, Zaharah yang memakai skirt pendek paras dan seluar separas lutut sedang menjeling tajam ke arah Qhalif.

"You boleh tak jaga sikit mulut you tu. You ingat you Tuhan lah boleh judge orang sesuka hati?" Qhalif diherdik tajam olehnya, namun ekspresi Qhalif tetap kosong seperti tiada apa apa yang berlaku.

"Kenapa ni, Qhalif? Qhalif buat apa kat customer ni?" Muka Qhalif dipandang lama, meminta penjelesan. Aliyah resah kalau kalau Qhalif melakukan sesuatu yang tidak baik kepada Zaharah. Teringat kali pertama dia bertemu dengan kak Zaharah ini. Errrr, seram!

"Qhalif cuma kata, lain kali pakailah seluar yang panjang dan longgar. Kitakan orang Islam." Jawapannya sedatar. Aliyah mengeluh, tidak tahu mahu berbuat apa.

"Kenapa ni, Aliyah, Qhalif?" Khairil yang baru sahaja memasuki gim bertanya. Muka Zaharah dipandang lama lalu dia mencebik. Ei perempuan ni. Apesal kat sini, pulak?! Monolognya dalam hati.

"Oh you. Hm, patutlah. Family you lah ni. Orang tak bertamadun memang macam ni eh?" Wajahnya Khairil dipandang sekilas, lalu dia tersenyum sinis.

"Qhalif cuma suruh pakai seluar panjang je, Abang Khai." Qhalif masih mengulang jawapan yang sama. Lalu, dia berlalu ke arah treadmill dan memulakan larian.

"Laa, Qhalif cuma menasihati saudara sesama Islam. Oh ya, tambahan, sila pakai tudung ya, Puan Zaharah." Dengan itu, Khairil melangkah keluar menuju ke kenderaannya. Zaharah mendengus geram lalu berlari ke arah Honda Accord Khairil.

"Kak Zaharah, sorry!" Aliyah menjerit namun kata katanya tidak dihiraukan.

"I'll sue you. Tengoklah nanti." Zaharah menjeling tajam lelaki di depannya sambil menyilangkan tangan.

"I'll wait for the letter, Ma'am."

Anugerah Tuhan [completed]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang