Bab 22

2.3K 89 4
                                    

"Thanks, abah, Ara." Khairil mengiringi mereka ke kereta. Dia kemudiannya terus ke dapur membantu ibu membasuh pinggan. Selesai semuanya, Khairil terus menuju ke arah bilik.

"Ya Allah!!!!!!!! Aliyah!!! Qhalif!!!!" Qhalif dan Aliyah yang sedang berbual dengan ibu berpandang sesama sendiri lalu bergegas ke tingkat atas.

"Abang kenapa jerit macam perempuan ni?" Belum sempat dia menganalisa apa yang berlaku, Khairil terus memeluk erat adiknya sambil berterima kasih.

"Guys!!!! Thanks!!!! I love you, guys!!!!!" Pipi Aliyah dicubit kuat sehingga timbul kesan merah di pipinya. Aliyah membalas dengan mencubit lengan abangnya dengan kuat. Khairil mengaduh kesakitan lalu menuju ke arah Qhalif untuk memeluknya.

"Oppppsss abang. Sokay, I know you happy sangat but kita dah bro hug tadi kan?" Muka Qhalif sudah berkerut. Nikmat oksigen bakal ditarik seketika sebentar lagi.

"Sokay, another bro hug." Seperti biasa Qhalif berasa sesak nafas dalam pelukan Khairil. Apalah nasibku ini, omelnya dalam hati.

"Hahahahahahahaha padan muka Qhalif. Anyway, jaga this munchkin elok elok tau. Susah kitorang nego harga dengan that seller." Aliyah membelai Persian cat yang dihadiahkan kepada abangnya itu. Petang selepas dia dikeluarkan daripada hospital, dia pergi ke studio kucing bersama sama Qhalif dan ibu untuk membeli kucing Persia itu. Aliyah pernah terdengar hasrat abangnya untuk membeli seekor kucing namun disebabkan dia seorang yang fobia akan kucing, abangnya memendam hasratnya itu sehingga kini. Disebabkan rasa sayangnya yang mendalam terhadap abangnya, Aliyah memberanikan diri untuk membelikan abangnya seekor kucing.

"But, Aliyah. I thought you're an ailurophile? Kau siap anti lagi dengan orang yang pandang rendah kat kau. Ni dah kenapa belikan abang kucing?" Soal Khairil penuh tanda tanya. Tahu sangat perangai adiknya yang sangat takut akan kucing itu.

"Kau pernah dengar tak, demimu lautan api pun sanggup kuredah?" Aliyah pula menyoal.

"Pernah." Jawab Khairil sambil memeluk erat kucingnya itu.

"Okay tu je."

"Kesabitan apakah?"

"Entah. Hahahahahaha." Aliyah tergelak kecil.

"Sengal. By the way, thanks tau. I appreciate it so much." Khairil mengesat air jernih yang terbit dari matanya.

"Cengengnya lah kau." Aliyah roll eyes.

Kring!!! Kring!!!! Bunyi telefon rumah mengganggu perbualan mereka. Mereka tidak turun ke bawah memandangkan ibu berada di bawah.

"Qhalif! Qhalif! Someone wants to talk with you." Qhalif terus menuju ke bawah apabila terdengar akan panggilan ibu.

"Siapa bu?" Qhalif bertanya sebelum mengambil ganggang telefon tersebut. "Entahlah Qhalif." Ibu juga tidak kenal akan gerangan si pemanggil tersebut.

"Hello.." Belum sempat dia memberi salam, lelaki di hujung talian gegas memotong percakapannya.

"An! Andika! Ni ayah. An datang hospital boleh tak? Abang dah nazak, Andika. Tolong ayah, An! Abang nak jumpa sangat dengan kamu." Kedengaran esak tangis dalam nada bicara lelaki itu. "Government Hospital. Please make it faster." Terus talian diputuskan. Qhalif memandang ibunya dan segera memanggil Khairil.

"Kenapa ni, Qhalif? Cakap dengan ibu, siapa yang call?" Ibu dapat mengesan riak risau di wajah anak lelakinya itu. Meskipun Qhlif merupakan orang baru dalam keluarganya, dia tetap pandai membaca fikiran orang. Itulah naluri hati seorang ibu.

"Ibu. Qhalif minta maaf kalau ibu benci Qhalif. Tapi Qhalif mesti pergi jumpa abang Qhalif sekarang. Ayah kata Joe tenat. Qhalif tahu ibu tak suka ayah...."

Anugerah Tuhan [completed]Where stories live. Discover now