Bab 14

2.3K 99 0
                                    

Khairil kelihatan tergesa gesa menuju ke dapur. Beg galasnya dicampak ke atas sofa. Tangan ibu disalam. "Yay, alhamdulillah. Abang dapat cuti, bu. Yay yay yay. Jom pergi Penang nak?"

Qhalif yang baru sahaja turun daripada tanggan menghampiri Khairil. Dia menghulurkan tangan untuk bersalam lalu disambut oleh Khairil. Tangan kirinya menunjuk ke arah gelas yang berisi air susu. Ibu faham akan kehendaknya lalu menghulurkan susu itu kepada Qhalif.

"Abang Khai. Penang tu kan, tempat Qhalif mengaji dulu." Gelas ditangan disuakan ke mulut. Habis satu gelas dengan sekali nafas.

"Mengaji? Mengaji Iqra' ke apa?" Tanya Khairil kebingungan. Ayam goreng di pinggan kaca dicubit sedikit lalu disuapkan ke dalam mulut.

"Mengaji kitab lah, Abang Khai. Pondok."

"Pondok?"

"A' ah."

"Maahad?"

"A'ah."

"Oh, wow." Terpana seketika Khairil mendengar jawapan itu. "So, kita geng lah ni kan? Orang kata apa? Set set hafiz, hahahaha." Ya, Khairil juga seorang hafiz selain daripada doktor.

"Tapi, Qhalif tak sempat hafal semua. Dalam setengah Al Quran je, lepastu Qhalif jumpa Melur." Qhalif mengambil huluran tisu daripada tangan ibu. Mulutnya dikesat bersih.

"Oh. Qhalif nak tak cerita sikit pasal Melur kat ibu?" Ibu cuba menarik perhatian Qhalif kerana dia mahu juga tahu siapakah Melur yang dipuja puja Qhalif ini.

"Qhalif nak pergi tengok ikan, boleh tak Abang Khai? Jom. Jom." Tangan Khairil diraih dan diusung ke laman luar. Pertanyaan ibu dibiarkan sepi. Qhalif duduk di tepi kolam sambil memasukkan tangannya ke dalam air.

"Nak bagi ikan makan, Abang Khai?"

"Nah." Botol makanan ikan tersebut dihulurkan kepada Khairil. Khairil hanya memerhati sahaja gelagat Qhalif yang menabur beberapa biji pelet ke dalam kolam. Ikan ikan berenang renang bahagia sambil menikmati juadah mereka.

"Hi semua!" Aliyah yang baru sahaja pulang daripada kedai menuju ke arah abang-abangnya itu. Plastik yang dijinjing dikeluarkan isinya. Tiga batang aiskrim diambil lalu diagihkan kepada abang dan Qhalif.

"Terima kasih, Melur."

"Aliyah lah." Khairil membetulkan.

"Melur lah, Abang Khai. Kan, Melur?" Muka 'Melur' dipandang sekilas.

"Ni Aliyah lah, Qhalif. Melur mana ada."

"Siapa Aliyah?"

"Saya lah."

"Hmm..." Qhalif membuka kertas pembalut aiskrim dan menjamah sedikit. Matanya merenung ikan ikan di dalam kolam. Entah apa yang difikirnya.

"Qhalif, siapa Melur?" Tanya Khairil. Kertas pembalut makanan dibuang ke dalam bakul sampah kecil di tepi gazebo.

"Tunang Qhalif lah. Abang Khai ni." Matanya masih merenung ikan ikan yang ligat berenang.

"I mean, apa istimewanya di mata Qhalif?"

"Sangat istimewa."  Matanya dikalih sebentar memandang Aliyah.

"Qhalif rasa Melur ni istimewa ke pada Qhalif?" Melur bertanya sambil menghulurkan surat khabar kepadanya. Qhalif yang duduk di sebelah Pak Abu, ayah Melur, memandang ke langit sambil berkata,"sangat istimewa."

"Oi, oi. Berangan pulak Qhalif ni. Abang tanya tu." Aliyah menjuihkan bibir kepada abangnya. Qhalif tersenyum segaris sebelum memulakan bicara.

"Qhalif bertunang dengan Melur senyap senyap. Mak Qhalif tak tahu sebab mak memang nak Qhalif habis mengaji dulu baru fikir soal jodoh. Bila mak dapat tahu, mak marah Qhalif sangat sangat. Tapi Qhalif dah sayang Melur sangat sangat, Qhalif tak sanggup nak berpisah dengan Melur. Bila Qhalif dapat tahu mak putuskan pertunangan Qhalif dengan Melur, Qhalif rasa marah sangat sampai Qhalif keluar rumah. Qhalif cari Melur, Melur tak ada. Qhalif cuma perlukan Melur." Air mata yang mengalir sedikit diseka oleh Khairil.

Qhalif senyum. "Qhalif nak mandi, Abang Khai. Bye, Melur." Tangannya melambai ke arah Aliyah. Aliyah hanya mengangkat tangannya separuh sambil memandang Qhalif yang sudah berjalan masuk ke dalam rumah. Syaitan itu akan selalu berusaha merosakkan hati manusia. And, woman is one of the fitnah for the man. Hilangnya harapan pada Tuhan membuatkan syaitan bertepuk tangan. Moga Allah pelihara hati aku, monolognya dalam hati.

Malam itu, riuh kediaman Puan Julie dengan rancangan percutian mereka untuk ke Penang. Gateaway from pressure naaa. Jumaat, sabtu, ahad, isnin. We're coming, Penang!

Anugerah Tuhan [completed]Where stories live. Discover now