Bab 25

3.3K 89 8
                                    

"Qhalif dah register dengan Ustaz Alif, anak saudara Ustaz Zul."

"Oh okay. Good luck." Hanya itu yang mampu Aliyah luahkan. Dia merasa sedih dan bersyukur dalam masa yang sama. Sedih, kerana Qhalif bakal pergi jauh darinya dan bersyukur kerana Qhalif akan menyambung pengajiannya yang tergendala. Dari tadi, Aliyah hanya senyap mendengar perbincangan Qhalif dengan ibu dan Khairil. Dia tidak mencelah, hanya tunduk memandang ke arah lantai.

Hari ini, mereka menghantar Qhalif bagi meneruskan pengajian. Dan semuanya mengharapkan yang terbaik buat Qhalif.

"Take care, dude." Khairil menawarkan bro hug dan cepat cepat Qhalif menyambut.

"Thanks."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
6 tahun kemudian

Angin lembut mengelus lembut pipi Aliyah. Ombak pantai memberikan ketenangan kepada dirinya.

"Esok aku graduate, Alhamdulillah." Senyumnya.

Di rumah, Khairil sedang sibuk melayan karenah anaknya, Aisyah Faiha. Kak Zaharah sedang bertungkus lumus menyediakan persiapan kenduri kesyukuran. Oh ya, Khairil dan Zaharah melansungkan perkahwinan mereka tiga tahun yang lalu. Setahun kemudian, mereka dikurniakan permata hati yang comel iaitu Aisya Faiha.

"Assalamualaikum...assalamualaikum...." Aisya Faiha terus berlari lari anak apabila mendengar salaman yang diberi.

"Comelnya. Anak Abang Khai ke ni?" Lelaki itu menyambut huluran salam tangan kecil Faiha.

"Qhalif! Woah, rindunya dekat Qhalif." Pintu rumah dibuka. Khairil segera memeluk Qhalif yang kini sudah kelihatan semakin matang.

"Fuh, still dahsyat bro hug Abang Khai."

"Eh Qhalif. Tak bagitahu ibu pun nak datang." Ibu yang baru keluar daripada dapur menyapa Qhalif yang kini sudah semakin selesa duduk di atas kerusi.

"Hai, Aliyah."

"Hai, Qhalif."

"Can I talk with everyone for a moment. Eh, hi kak Ara, right?" Qhalif memberikan senyuman kepada Ara. Ara hanya mengangguk kecil dan membalas senyuman Qhalif.

"So, ada apa Qhalif?" Ibu nampaknya sudah tidak sabar mahu tahu.

"Qhalif nak lamar Aliyah jadi isteri Qhalif?"

"Ibu setuju."

"Abang Khai pun."

"Kak Ara pun."

Aliyah hanya menaikkan sebelah keningnya. Dia diam sebentar, sebelum membalas, "Ingat kelakar lah kan, Qhalif?"

Qhalif menggaru perlahan kepalanya. "No, Aliyah. Like seriously. I am freaking serious."

"What even."

Anugerah Tuhan [completed]Where stories live. Discover now