Bab 7

3.2K 116 0
                                    

"Assalamualaikum, Melur. Melur, Qhalif rindu." Ujar orang di luar. Ketukan semakin kuat. Terkejut Khairil dan Aliyah apabila melihat Qhalif di luar. Berpakaian baju hijau hospital dan berkaki ayam, Qhalif dipimpin security guard, Pakcik Badar.

"Maaf, Tuan. Saya dah halang dia ni tadi. Tapi, dia kata dia kawan Tuan dengan Cik Melur. Saya ingat dia salah orang tadi. Lepastu saya baru teringat Tuan kerja dekat hospital mental. So, saya ingat ni salah seorang pesakit tuan. Sebab tu saya kasi dia masuk. Maaf tuan, cik." Panjang lebar penjelasan Pakcik Badar. Orang tua ini sudah berkhidmat hampir 15 tahun, namun badannya tetap tegap seperti orang muda muda. Bekas tentera lah katakan.

"Melur, Qhalif rindu. Esok Melur balik kan. Qhalif nak ikut boleh?" Ujar Qhalif sebaik sahaja dia dipersilakan masuk ke dalam. Kakinya yang kotor tadi sudah dibilas dengan air oleh Khairil. Dia menuju dan duduk di atas sofa bersebelahan Khairil.

"Qhalif, bahaya tau ni. Mana Qhalif tahu tempat Abang Khai duduk ni. Kalau jadi apa apa kat Qhalif macam mana. Accident ke, kena culik ke. Ni nurse kat hospital tahu ke tak ni? Qhalif lari ke ha." Bertubi tubi soalan diberikan kepada Qhalif.
Namun, hanya sebaris ayat yang diberikan Qhalif.

"Tuhankan ada. Kenapa perlu risau?"

Tuhankan ada. Kenapa perlu risau? Argh. Macam pernah dengar ayat ni. Kat mana sih? Kat usrah kot. Ouch, kepala! Tiba-tiba, kepala Aliyah sakit. Matanya kabur seakan akan mahu pitam.

"Abang....kepala....sakit...." Aliyah merintih.

"Aliyah! Aliyah! Jom jom, masuk bilik."

"Melur! Melur! Kenapa?" Soal Qhalif penuh risau. Dia mendekati Aliyah tetapi dilarang oleh Khairil. Lalu, dia kembali ke tempat duduk dan hanya berharap "Melur" tiada apa-apa.

Badan kecil Aliyah dicempung Khairil penuh hati-hati. Aliyah diletakkan di biliknya, selepas itu, Khairil menyelimutkannya dan menutup lampu biliknya. Pintu bilik Aliyah dikatup rapat.

Have a good sleep, my dear. Don't think too much. Ujar Khairil di dalam hati.

"Aaaaaaaaa!!!!!" Satu jeritan perempuan mengejutkan Khairil lalu dia pantas berlari menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu. Di situ dia melihat ibunya mengangkat kayu golf kepada Qhalif.

"Kau datang sini John suruh ke hah, budak?" Qhalif dikerling tajam. Bijak John. Kau ambil step dulu.

"Ibu! Ibu, stop! This is my patient, Qhalif. Istighfar, ibu. Istighfar." Khairil menenangkan ibunya. Kayu golf yang dihayun tinggi oleh ibu diambil perlahan-lahan. Setelah mendengar penjelasan daripada Khairil, ibu mengurut dada perlahan-lahan.

"Ya Allah, did I scared you, little boy?" Perasaan bersalah menerpa dari setiap arah. Muka sedih Qhalif dipandang lama.

"It's okay, auntie. Even my mom thinks I'm a scary person. She said I'm a lunatic who deserved to be here. No, I mean at the hospital." Jawab Qhalif penuh kesedihan. Dia teringat kembali detik mamanya menyalahkan takdir.

"Iman kau tak kuat! Sebab perempuan je kau nak jadi emo. Depression?! Kau pergi masuk sana. Pergi!"

Tapi, jauh di sudut hati Qhalif, dia tahu mamanya tak bermaksud begitu. Mungkin permainan syaitan semata-mata.

"Errr, apa nama ni...."

"Qhalif, ibu. Dia, hm panjang ceritanya. Qhalif, jom Abang Khai hantar balik ya? Nanti risau semua orang." Pujuk Khairil lembut. Rambut Qhalif yang bersinar hitam itu diusap.

"Taknak." Hanya sepatah Qhalif menjawab. Mana mungkin dia menjauh daripada Aliyah. No, it's Melur. Aliyah atau Melur perempuan itu?

Anugerah Tuhan [completed]Where stories live. Discover now