Bab 8

3.3K 113 2
                                    

"Eh, kenapa disuruh budak tu balik? Biar ajelah tidur sini. Langgar produser ke Khai?" Ujar ibu sambil menyediakan segelas susu buat Qhalif.

"Minum, Qhalif. Mana Qhalif tahu rumah ni? Doktor pernah bawa ya?" Ramah ibu melayan Qhalif sambil menghulurkan brownies yang baru diambil daripada peti sejuk.

"Abang Khai, bu. I'm not a doctor to him, more like virtual brother. Hahaha." Usik Khairil.

"Oh. Auntie. Macam pernah nampak lah auntie ni. Hm, Qhalif rasa macam Qhalif pernah datang sini. Tak tahulah, firasat kot. Abang Khai, boleh tak Qhalif tinggal sini je? Boleh tak auntie?" Qhalif mula membuat muka sedih. Tercebik cebik dia menutur kata sambil minum susu yang terhidang.

"Aaa tu Abang Khai..." Tiba tiba telefon bimbitnya berbunyi.

I got it all....i got it all...i dont even wanna grow up....

Omg, hospital. Mampus aku. Monolog hatinya.

"Er hello. Ya, ya. Pesakit selamat, in fact, he's here at my house. Yaa, I also dont know how he can come to my house. Hey, isnt your responsibility to take care of him? Tak apalah, dah terjadi. It's okay. I think I wanna discharged him. I'll discuss with Prof Jamil later. Thanks. Alaykum salam."

"Panjang lebar bercakap, Khai. Hahaha. Qhalif jangan buat terkejut lagi tau. Kesian orang kat hospital nanti." Usik ibu. Remote control diambil lalu menukar ke siaran Astro Awani.

Gempar. Penculik bersiri telah melarikan diri daripada penjara. Suspek yang ditempatkan di Penor berjaya meloloskan diri ketika melakukan kerja harian......... John Isa, 45 tahun mempunyai hanya lagi 1 tahun hukuman.

"Ibu, pakcik ni bukan yang...."

"Mulai hari ini, Khai jaga adik betul betul. Do as possible as you can! Make sure she doesnt get hurt." Ibunya memberi amaran. Mukanya ketat bagaikan mahu membelasah seseorang.

"Insya allah, bu. Qhalif, jom Abang Khai hantar Qhalif pergi hospital. Esok kita datang lagi sini, ya?" Tangan Qhalif dipimpin. Qhalif hanya membuntuti Khairil ke dalam kereta. Dia pasrah. Semoga Melur sihat. Bisik hati kecilnya.

"Jaga diri, Qhalif. We'll take you soon. Assalamualaikum." Ibu melambai tangan kepada Qhalif yang mengeluarkan kepalanya daripada tingkap kereta.

"Bye bye, Auntie. Waalaikumussalam." Lambai Qhalif.

Sesampainya mereka di hospital, Qhalif dikerumuni dua orang jururawat yang ditugaskan menjaganya.

"Qhalif, jangan buat macam ni lagi ya. Risau Abang Sam tau. Kak Hanis pun dah gila dibuatnya." Risau sungguh muka jururawat lelaki yang seorang ini. Tangan Qhalif beralih daripada Khairil kepada Samsudin.

"Terima kasih, Doktor. Kalau tak, tak tahulah saya. Minta maaf, doktor. Kami janji, tak buat lagi." Rayu Sam sambil dia menyelimutkan Qhalif.

"Dan janganlah kamu membuat janji kecuali dengan mengatakan Insya allah." Tegur Qhalif. Setelah itu, dia terus dibuai lena.

"Er, insya allah. Ya Allah, lupa pula. Eh tidur dah adikku ini." Serentak itu, Sam dan Khairil keluar daripada wad berkenaan.

"Sam, I think I wanna take care of Qhalif sendiri. Apa awak rasa, ok tak? Dia macam obses pula dengan adik saya, so saya bimbanglah keselamatan dia. Hm, macam mana?" Soal Khairil, rasanya itulah cara yang terbaik sekarang. Tapi, pendapat orang sekeliling sangat penting baginya, selepas istikharah.

"Hm tapi doktor, your sister and him, bukan muhrim. Hihi, sorry doktor. Tapi, kalau jaga apa tu orang kata, ikhtilat? And for kesihatan and keselamatan, bolehlah kot. Saya tak pandai sangat bab bab ni, hehe. Kalau Aliyah tu eh ye ke nama adik doktor, Aliyah?"

"A'ah." Jawab Khairil ringkas.

"Ha, kalau Aliyah is the cure for Qhalif apa salahnya. Cuba doktor tanya Doktor Salmah ke Prof Jamil ke. Lagipun, hm, maaf lah kata ya doktor, keluarga si Qhalif tu kan macam tak suka sikit dengan dia. Sorry doktor kalau ada salah cakap." Sambung Sam lagi. Bernas juga ideanya, mungkin Aliyah boleh membantu Qhalif.

"Hm, betul juga tu ya. Terima kasih, Sam. Saya pun haru fikir, hahaha. Padahal baru beberapa hari aje si Qhalif jadi dweller kat sini. Thanks, Sam. I gotta go. Take care and kirim salam semua. Assalamualaikum." Mereka bersalam lalu Khairil menuju ke Honda Accordnya. Sam menghantar Khairil dengan pandangan matanya.

You're such a kind and inspirational person, doc. Monolog Samsudin sendirian.

Anugerah Tuhan [completed]Where stories live. Discover now