Bab 3

4.6K 104 0
                                    

"Fuad, awak pergi siasat mana dia sekarang. Saya nak tahu segala-galanya tentang dia." Gambar Hana Kamila diserahkan kepada penyiasat peribadinya. Tan Sri Roslan mengupah seseorang mencari maklumat mengenai bekas isteri Carl Naim. Itu cara terakhir untuk dia mengubah kehidupan Naim. Mungkin jika Naim melihat Hana bahagia dengan kehidupannya, Naim akan rasa tercabar. Tan Sri Roslan harap apa yang dibuat ini betul.

Ada perasaan marah dalam hati Tan Sri Roslan terhadap Hana. Bagi Tan Sri Roslan, Hana penyebab Naim jadi begitu. Itu sebabnya dia tidak membenarkan sesiapa pun pergi mencari Hana Kamila. Semuanya menyimpan perasaan benci terhadap Hana lebih-lebih lagi Carl Zarif. Semua keturunan Hana Kamila dibencinya.

"Baik, Tan Sri. Nanti kalau ada sebarang maklumat tentang wanita ni, saya akan beritahu." Fuad mengambil gambar tersebut dari tangan Tan Sri Roslan. Kemudian dia meninggalkan Tan Sri Roslan keseorangan.

Tan Sri Roslan masih teringat akan kisah lama yang berlaku dalam keluarganya. Bagaimana Carl Naim berubah sebegitu teruk sekali. Dan Carl Zarif juga berubah. Tidak berminat dengan mana-mana wanita lagi selepas apa yang berlaku kepada adiknya.

"Hai, Zarif. Jom makan. I belanja you hari ni." Zira yang tiba-tiba datang ke pejabat Zarif membuatkan lelaki itu sedikit terkejut. Dia sebenarnya tidak suka sesiapa pun mengganggunya di pejabat tanpa urusan kerja.

"Encik Zarif... Saya..." Nurul tergopoh-gapah masuk ke dalam bilik. Dia tidak sempat menahan Zira masuk ke dalam bilik bosnya.

"It's okay, Nurul. Awak boleh keluar. I will handle it." Zarif meletakkan pen yang sedang dipegang. Kemudian dia berpeluk tubuh dan memandang tajam kepada Zira.

"Zira... You tahu kan yang I tak suka you datang pejabat I? And you tahu kan I boleh halau you keluar sekarang juga? I just tekan this button, terus pengawal datang." Zarif masih memandang Zira yang masih kaku berdiri di hadapannya.

"Zarif... I cuba call your handphone tapi tak angkat. Tu sebablah I datang sini tengok you. Takut jadi apa-apa dekat you. I'm sorry, Zarif."

Memang Zira ada menelefonnya tadi. Malas dia hendak angkat.

"Jom, I belanja makan." Zira cuba memujuk Zarif. Memang itu pun niat sebenar dia datang. Makan tengah hari bersama Zarif. Sudah lama mereka tidak makan bersama.

Malas hendak mendengar pujukan Zira, Zarif terus mengangguk tanda setuju. Mereka berjalan keluar dari pejabat bersama-sama. Nampak serasi sangat.

"Zarif... Kenapa senyap aje ni? You tak sihat ke?" Zira masih cuba merapatkan diri dengan Zarif. Dia tahu Zarif susah menerima kehadiran wanita dalam hidupnya. Itu yang membuatkan Zira teruja. Dia mahu Zarif jatuh cinta kepadanya suatu hari nanti. Dia akan cuba memikat hati Zarif dengan apa cara sekalipun.

Zarif masih menguis-nguis spageti yang dipesan tadi dengan garpu. Dia sebenarnya tidak berselera.

"I penat. You habiskan cepat makanan tu. I nak masuk kerja balik ni." Mendatar sahaja suara Zarif.

Sambil merungut dalam hati, Zira segera menghabiskan makan tengah hari. Si Zarif ni langsung tak sporting. Geram pula hati dia dibuatnya.

"Jom." Selepas membayar makanan tadi, Zira terus memaut lengan Zarif membuatkan Zarif tersentak.

"Apa ni, Zira? Don't!" Zarif memang tidak suka sesiapa pun memaut lengannya. Dia tidak berminat dengan aksi manja begini. Bukan darurat pun nak pegang semua.

"Malam ni you tak keluar ke?" Zira masih mencuba nasib. Manalah tahu tiba-tiba Zarif tergerak hati untuk keluar malam dengannya. Menonton wayang ke... Candle light dinner ke... Bertuah sangat tu.

Cinta Hati SayangWhere stories live. Discover now