Bab 10

5.6K 132 75
                                    

Aduh... Haus pula. Malas pula nak bangun dan turun ke dapur. Tapi dia tiada pilihan lain. Wajah comel Sofea yang sedang nyenyak tidur diamati. Perlahan-lahan dia menuruni katil.

Mujur lampu tangga terpasang. Kalau tidak pasti gelap gelita. Mahu dia patah balik ke biliknya. Kalau dah gelap, rasa takut pun muncul.

Baru sahaja Lara hendak membuka peti ais, dia dapat rasakan ada seseorang yang berada dekat dengannya. Hantu ke? Takutlah pula. Pintu peti ais cuba dibuka dengan luas supaya ada cahaya sedikit.

Bukkk... Ada seseorang yang menghalang Lara untuk membuka peti ais tersebut.

"Siapa tu?" Lara memberanikan diri bertanya.

"Buat apa dekat sini?" Suara yang cukup Lara kenal. Carl Zarif.

"Saya... Saya nak minum." Lara tidak betah berada dekat dengan Zarif. Hilang terus rasa dahaganya tadi. Rasa nak aje dia naik ke bilik sekarang juga.

"Maksud aku, apa kau buat dekat rumah aku malam-malam buta ni?" Lengan Lara dicengkam. Wajah Lara dipandang walaupun dalam samar.

"Uncle dengan auntie yang ajak tidur sini." Lara masih cuba melepaskan cengkaman Zarif di lengannya.

"Oh, uncle dengan auntie... Sejak bila pula dia orang jadi uncle dengan auntie kau ni?" Zarif mula mencari pasal.

"Eh, apa-apa ajelah. Tan Sri ke, uncle ke, Puan Sri ke, auntie ke, orang yang sama juga. Dia orang yang ajak saya dengan Sofea tidur sinilah. Ingat saya suka-suka nak tidur sini? Lagi-lagi kalau awak ada. Tak aman hidup saya, tau tak?!"

Tiba-tiba lampu terpasang.

"Encik Zarif? Lara?" tegur Mak Jah kehairanan.

Zarif masih tetap memandang Lara. Hanya Lara sahaja yang sudah mengalihkan pandangannya kepada Mak Jah.

"Saya naik dulu, Mak Jah." Lara meninggalkan Zarif dan Mak Jah. Masih ada lagi perasaan marah kepada Zarif. Tak sayang mulut langsung mamat tu, rungut Lara sepanjang melangkah ke bilik.

"Encik Zarif nak apa-apa ke? Mak Jah tolong ambilkan."

Zarif sekadar menggeleng. Dia juga turut sama meninggalkan Mak Jah yang terpinga-pinga keseorangan. Apa sebenarnya yang terjadi antara mereka berdua tadi?

Selepas memandikan Sofea, Lara memimpin tangan Sofea untuk turun ke bawah. Tan Sri Roslan dan Puan Sri Zainab sedang menunggu mereka di meja makan.

"Selamat pagi, Lara. Selamat pagi si comel nenek ni. Sofea dah mandi?" Puan Sri Zainab mencium pipi Sofea.

"Selamat pagi, nenek. Selamat pagi, atuk. Dah mandi dah."

Kini giliran Tan Sri Roslan pula yang mencium dan memeluk Sofea. Sukalah Sofea. Ada orang yang sayang kepadanya.

Mereka bersarapan bersama. Zarif pula entah ke mana. Tenang sikit hati Lara apabila lelaki tu tiada. Lara tersenyum sendiri.

Selepas bersarapan, Lara meminta diri pulang ke rumahnya. Rasa tak sedap hati pula nak menumpang rumah orang lama-lama. Lagipun dia malas jika terserempak dengan Zarif. Tidak senang duduk dibuatnya.

"Kenapa tak tunggu sampai tengah hari? Makan sini dulu." Tan Sri Roslan cuba memujuk Lara.

"Lara ada kerja nak buat dekat rumah tu. Nanti lain kali Lara bawa Sofea datang sini lagi." Diusap rambut Sofea yang duduk di sebelahnya.

"Lara tunggulah Pak Mat balik. Dia pergi ke pasar kejap." Puan Sri Zainab pula cuba menghalang niat Lara.

"Tak apalah, auntie. Lara boleh naik teksi aje. Lagipun jalan pagi-pagi ni elok untuk kesihatan."

Cinta Hati SayangDonde viven las historias. Descúbrelo ahora