Bab 4

4.3K 107 2
                                    

"Mana budak tu sekarang?" Tan Sri Roslan terus mengajukan soalan kepada Fuad sejurus selepas Fuad meletakkan maklumat tersebut di atas meja.

"Dia dekat Bangsar. Tinggal dengan mak saudaranya. Berdua aje."

"Kau pasti tu cucu aku?" Tan Sri Roslan mahukan kepastian.

"Ya, Tan Sri. Nama dia Sofea Yasmin binti Carl Naim."

"Mak saudara dia?"

"Lara Alina binti Abdul Majid. Memang adik arwah Hana. Dia tak kahwin lagi. Baru dua puluh dua tahun. Mereka tinggal di rumah flat. Ni alamatnya." Fuad menunjukkan alamat rumah mereka.

Tan Sri Roslan terus mencapai kertas yang tertera alamat mereka. Gambar mereka juga turut diambil. Semakin kuat perasaan Tan Sri Roslan untuk berjumpa dengan mereka. Berjumpa dengan satu-satunya cucu yang dia ada sekarang. Memang apabila dilihat, wajah budak kecil itu saling tidak tumpah seperti wajah Naim semasa kecil.

"Bila projek tu nak siap? Aku dengar minggu depan," tanya Zarif kepada Badrul Hakim, kawan baiknya sejak sekolah lagi. Mereka sama-sama menuntut di United Kingdom dulu. Zarif menawarkan kerja kepada Badrul di syarikatnya selepas mereka pulang ke Malaysia.

"Yes, minggu depan. Tak sabar nak siapkan projek ni. Ada banyak lagi projek." Badrul kembali menyedut minuman di dalam gelas. Kenyang betul perutnya. Zarif pula sekadar mengangguk.

"Bro, kejap lagi aku nak singgah kedai kek kat sana tu. Hari ni birthday staf aku. Nak beli hadiah, taklah rasanya. Tak tahu aku nak beli apa." Badrul memberitahu Zarif semasa sedang berjalan keluar dari Restoran Selera Utama.

"Tak apalah, aku ikut kau. Aku pun tak pernah masuk kedai kek tu."

"Carl Zarif... mana nak masuk kedai-kedai macam tu," perli Badrul.

"Hai, perli nampak? Bukan macam itulah. Aku mana pernah beli kek ni semua. Kalau beli pun untuk famili aku aje. Staf aku semua aku bagi duit aje. Dia orang lagi suka daripada aku beli kek-kek ni." Bahu Badrul ditepuk. Mereka melintas jalan untuk ke kedai tersebut.

"Itu kau... Ini aku... Beza banyak."

Zarif ketawa mendengarnya. Macam-macamlah Badrul ni. Ada sahaja benda yang hendak dikenakan. Nasiblah dia sudah biasa dengan usikan Badrul. Kalau orang lain, mahu sudah ditempiknya.

Sebaik sahaja mereka masuk ke kedai kek tersebut, seorang pekerja kedai menyapa mereka berdua.

"Ya, encik. Boleh saya tolong?"

"Aduh... Dia lagi." Perlahan sahaja suara Lara. Kenapalah asyik jumpa dengan dia ni? Apalah nasib aku.

"I nak yang ni." Jari Badrul dituju pada sebiji kek coklat yang cantik dihiasi dengan coklat M&M. Lara sekadar mengangguk dan mengambil kek tersebut.

"Eh, kau tengok okey tak ni?" soal Badrul kepada Zarif yang leka dengan telefon bimbitnya sejak tadi.

"Owh... Kerja dekat sini rupa-rupanya," ucap Zarif.

Lara dapat agak yang Zarif sudah perasan akan dirinya. Dia pura-pura tidak mendengar kata-kata Zarif itu.

"Oi, bisu dah ke?" Zarif sengaja menaikkan kemarahan gadis di hadapannya itu. Pandai pula cakap baik dengan Badrul. Dengan aku tak pula. Aku panggil boleh pula dia buat bodoh aje.

"Encik nak tulis apa-apa kat atas kek ni ke? Kalau nak, tulis kat kertas tu, ya." Lara buat tak tahu saja dengan kehadiran Zarif. Ikutkan hati hendak sahaja dibaling kek tersebut kepada lelaki mulut puaka ni. Sabar, Lara... Sabar. Pelanggan kena dilayan dengan baik.

Cinta Hati SayangTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon