Bab 15

5.3K 110 45
                                    

Lara mencium Sofea sebelum turun ke bawah. Dia hendak bersarapan dulu sebelum ke tempat kerja. Pintu bilik ditutup. Langkahnya terus menuju ke ruang dapur apabila dilihatnya masih tiada sesiapa pun di bawah. Hari ini Lara turun sedikit awal dari biasa. Malam tadi dia tidur dengan nyenyak sekali. Tiada gangguan langsung malam tadi.

"Mak Jah!" Lara mengejutkan Mak Jah yang sedang membasuh pinggan.

"Aduh, Lara. Buat Mak Jah terkejutlah. Boleh kena serangan jantung kalau hari-hari macam ni," bebel Mak Jah. Lara pula sekadar tersenyum meminta ampun. Ketawa dia melihat wajah terkejut Mak Jah tadi.

"Yang lain belum turun lagi. Lara nak makan dulu ke?" Mak Jah mengelap tangannya yang basah. Dia kemudiannya berpaling memandang Lara.

"Eh, tak apalah, Mak Jah. Lara tunggu yang lain turun. Ada apa-apa yang nak tolong ke?" Lara sentiasa ringan tulang membantu Mak Jah. Dia tidak kesah pun membantu Mak Jah. Bukannya dia tidak biasa buat kerja-kerja rumah ni.

"Tak ada apa-apa. Semua dah beres. Ni Mak Jah nak tanya ni... Semalam seronok ke kena dukung naik atas?"

Lara yang baru hendak duduk terus terbatal niatnya. Dia terus mendekati Mak Jah yang sedang berdiri di tepi singki.

"Apa Mak Jah cakap tadi? Kena dukung? Siapa? Lara ke?" Lara memang tidak faham maksud Mak Jah itu. Apa yang berlaku malam tadi? Pagi tadi dia elok sahaja bangun dari katil.

"Malam tadi... Lara..." Satu per satu perkataan keluar dari mulut Mak Jah.

"Mak Jah, apa yang berlaku malam tadi?" Sekarang baru Lara ingat. Malam tadi dia sedang menonton rancangan American Next Top Model. Selepas itu dia tidak ingat apa-apa. Sedar-sedar pagi tadi, dia sudah ada di dalam biliknya.

"Alah Lara, malu-malu pula. Mak Jah nampaklah." Mak Jah sibuk mengambil pinggan mangkuk yang sudah dibasuh tadi. Lara pula dari tadi mengekori Mak Jah ke mana sahaja Mak Jah pergi selagi tidak mendapat jawapan.

"Mak Jah ni... Beritahulah. Nampak apa? Lara ada buat benda pelik ke malam tadi? Alah, malunya." Lara memang tidak ingat apa-apa. Yang Mak Jah ni pun satu. Ceritalah cepat. Buat orang makin gelisah sahaja.

"Mak Jah nampak Encik Zarif tu..." Kata-kata Mak Jah terhenti apabila terdengar suara Tan Sri Roslan dan Puan Sri Zainab di ruang makan.

"Nantilah Mak Jah cerita." Sempat Mak Jah mencubit pipi Lara sebelum berlalu pergi.

"Mak Jah!" Hampir menjerit Lara memanggil Mak Jah. Zarif buat apa dekat aku? Dia dukung aku ke? Aku ada buat benda lain ke dekat dia? Aduh, Mak Jah... Buat orang pening betullah.

Lara berjalan ke ruang makan. Dilihatnya Tan Sri Roslan, Puan Sri Zainab dan juga Zarif sedang duduk di meja.

"Good morning, Lara. Jom sarapan sama," tegur Tan Sri Roslan apabila melihat gadis itu berjalan menghampiri mereka.

"Good morning uncle, auntie." Wajah Tan Sri Roslan dan Puan Sri Zainab dipandang. Senyuman diberikan. Kemudian dia memandang Zarif yang duduk di hadapannya. Zarif begitu sibuk menikmati mi goreng. Langsung tidak diangkat mukanya.

Bagi Lara lebih bagus Zarif begitu. Maknanya bukan Zarif yang dukung dia malam tadi. Ala, Mak Jah ni mesti nak buat-buat cerita. Nak rapatkan aku dengan Zarif kut. Tak berjayalah Mak Jah oi. Ini Lara la... Mana boleh terpikat dengan lelaki macam tu. Lagipun mustahillah Zarif tu nak dukung aku. Baik dia dukung girlfriend cantik dia tu. Lagi bagus.

"Bad, Rabu minggu depan kita ada meeting dekat pejabat papa. Nak discuss more about Penang project." Zarif menemani Badrul bersarapan. Mereka sedang berjalan ke kedai yang selalu mereka kunjungi setiap pagi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 08, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cinta Hati SayangWhere stories live. Discover now