Bab 8

3.7K 76 0
                                    

"Apa kata Lara dengan Sofea tidur sini aje malam ni. Esok pagi Pak Mat hantar balik." Tan Sri Roslan cuba memujuk Lara untuk tidur di sini sahaja. Sofea pula sedang sibuk bermain dengan anak patung yang baru dibelinya tadi.

"Eh, tak apalah, uncle. Lagipun kami tak bawa baju lebih. Insya-Allah, lain kali saya bawa Sofea datang lagi." Lara memang tidak bersedia lagi untuk tidur di sini. Biarlah dia tidur di rumah kecilnya. Takut pula dia hendak tidur di rumah besar ini.

"Okey, tapi lain kali Lara datang lagi, ya? Seronok kami bila Lara dan Sofea ada. Kalau tak sunyi aje rumah ni." Puan Sri Zainab pula mencelah sambil matanya sesekali mengerling Sofea yang khusyuk bermain.

"Insya-Allah, auntie. Nanti saya bawa Sofea datang sini lagi. Kami minta diri dulu. Assalamualaikum." Lara membantu Sofea mengemas anak patung yang baru dibeli tadi.

"Ma... Pa... Zarif keluar dulu. Zarif balik lewat sikit." Semasa Lara baru hendak melangkah keluar, terdengar suara Zarif.

Zarif lalu di hadapan Lara untuk menuju ke keretanya. Dia hanya mengerling Lara. Tiada langsung senyuman terukir di wajahnya. Begitu juga dengan Lara. Baik dia simpan senyuman dia ni untuk orang yang menghargai senyumannya. Kalau Zarif ni tak payahlah.

Pak Mat disuruh menghantar Lara dan Sofea balik. Lara selesa dan senang berbual dengan Pak Mat. Ada sahaja benda yang hendak dibualkan.

Kereta yang dipandu Zarif meluncur laju menuju ke kelab yang selalu dikunjungi bersama Badrul.

"Kau ni kenapa? Fikir pasal perempuan tu ke? Lara kan nama dia?" Badrul cuba meneka. Besar kemungkinan masalah kawannya itu berkaitan dengan Lara. Tidak pernah dia melihat Zarif begini. Selalunya apa sahaja masalah yang dihadapi, kawannya akan bersikap tenang. Tidak cepat menggelabah. Tapi semenjak Lara muncul dalam hidup lelaki itu, kawannya itu nampak sedikit berbeza.

"Dialah. Aku tak tahulah, bro. Kalau jumpa dia, hati aku ni asyik nak marah aje. Setiap kali aku tengok dia, aku teringat kakak dia. Apa yang kakak dia dah buat dekat adik aku sebelum ni. Aku tak boleh terima dia dalam keluarga akulah, bro. Parents aku punya pasallah ni!" Air Coke habis diteguk. Hatinya tidak dapat menerima kehadiran Lara dalam keluarganya. Begitu juga dengan Sofea.

"Kau cubalah maafkan dia. Lagipun kakak dia dah tak ada, kan? Dan aku rasalah... Lara tu tak sama macam kakak dia. Aku tengok dia bukan jenis yang kau sangkakan tu. Kau tengoklah, dia kerja pun dekat kedai kek aje. Muka cantik macam dia tu seriously senang aje nak dapat sugar daddy. Pakai baju seksi, mekap sikit... confirm... Mesti ada yang tersangkutlah."

"No... No... Aku tak rasa dia baik. Dia nak simpati aje tu. Simpati daripada keluarga aku especially my parents." Zarif masih tidak dapat menerima pendapat Badrul. Dia dapat rasakan Lara ada niat jahat terhadap keluarganya.

"Suka hati kaulah, bro. Tapi kau tak marah kan kalau aku terjatuh cinta dengan dia nanti? Tak salah, kan?" Muzik yang dimainkan semakin rancak dan kuat. Sama juga seperti degupan jantung Zarif ketika itu. Kenapa pula dia nak terasa dengan apa yang Badrul cakap tadi? Memang tak salah pun. Sepatutnya dia rasa lega kerana Lara mungkin tidak mengganggu keluarganya lagi apabila bersama Badrul.

"Lara! Kau boleh tolong hantar muffin kat alamat ni tak? Dekat sini aje." Segera Lara mendapatkan Wati yang sedang sibuk menyusun beberapa biji muffin ke dalam kotak.

"Okey, bos." Lara mengambil kertas yang tertulis alamat sebuah syarikat. Kalam Holdings.

"Kalam Holdings? Bangunan dia dekat hujung sana, kan?" Lara tahu di mana syarikat tersebut. Siapa yang tak kenal dengan Kalam Holdings. Cuma Lara tidak kenal sangat dengan pemilik syarikat tersebut. Yang dia tahu, syarikat tersebut milik seorang Tan Sri.

Cinta Hati SayangWhere stories live. Discover now