DPN|3

34.1K 1.8K 68
                                    

Aku mendiamkan diri dalam bilik usai balik dari padang tadi.Masuk je bilik tadi aku terus ambil wudhuk dan solat dhuha.miga hati tambah tenang.Then bila ada orang panggil, acah acah nak kemas barang sekolah konon sebenarnya dok tergolek macam cipanzi.Eh?cipanzi tergolek ke?lantaklah.

Yelah,esok hari first sekolah kan.Lupa nak bagitahu,aku bersekolah di sebuah sekolah maahad yang bercampur.Dah hampir tiga tahun aku bersekolah disini.Tahun ni aku ada satu peperiksaan yang boleh tahan besar jugak yang dinamakan SMU.Sijil menengah ugama.Yang untungnya ada sijil ni ialah kau tak perlu susah susah nak pergi kursus nikah dah.

Tapi kalau kes aku ni?urg!!

Ketukan di pintu mula menganggu kosentrasi aku.Time aku bengang ni la nak main ketuk ketuk pintu!

Tok tok tok tok tok tok

Dan berlanjutan selagi aku tak buka pintu.

Pintu aku buka.Terjengul wajah adik keempat aku dan kelima aku,Syafina dan Dania.Adik beradik aku ni semua selang dua tahun jadi bayang sendiri la umur berapa.

"Nak apa?"Aku bertanya tegas.Aku memang tegas dengan adik adik aku sampai diorang panggil aku Kak Ros!ala yang citer upin ipin tu..Kureng betul!

Syafina yang aku panggil kakak itu bersuara."ummi suruh turun makan."Lapornya.

"Ala,cakap along dah kenyang lah"Memanglah dah kenyang!tadi aku melantak sebungkus maggie senyap senyap.Biar ummi pikir aku merajuk la.kikiki..nakal betul!

"Okeh!"Terus berlari turun mereka berdua.Aik?senang pulak!selalu bukan main degil!

Aku mengangkat bahu dan menutup pintu.Solat isyak dan terus belayar menemui sang putera hati.Erk?

~

Aku bergegas turun ke bawah.Dah lambat!!mimpi sang putera punya pasal la ni.Badan je nampak muka tak nampak!nak main hide and seek dengan aku ye?

Aku nampak abi tengah mentelaah buku dia atas meja.Abi takpelah,5minit dah sampai kalau naik kereta.Aku dah la naik motor,jauh pulak tu!ummi dah awal awal lagi bertolak sebab tempat dia mengajar sejam dari rumah kami kalau naik kereta!

Aku capai roti atas meja makan dan capai kunci motor.Ready to ride!

"Dah buat pilihan?"Soalan abi buat aku terkaku di muka pintu.

Aku berpaling kearah abi dan tersengeh."Belum lagi.Esok along bagi kata putus ye?"Aku berjalan ke arah abi dan hulur tangan untuk bersalam.

"Assalamualaikum abi!"Abi hanya menggelengkan kepala dan menjawab perlahan salam aku.

~

Aku takde mood! Serius takde mood sangat!Naik naik je tangga dah selisih dengan si Adzim tu.Panas je aku rasa!

"Assalamualaikum!"Qistina si gadis berpurdah menegur.Dia lantas mengambil tempatnya di sebelah aku.

"Waalaikumussalam"Mendatar aje aku menjawab.Qistina yang sedang mengeluarkan semua buku teksnya untuk diletakkan di bawah meja terus berpaling ke arah aku.Curious agaknya!

"Kenapa ni?"Lembut aje suara si Qis ni.Kawan aku yang sorang ni memang lembut pon.Lembut dan sopan gitu.

Aku mengeluh.Aku pandang dia dan aku senyum paksa.'sorry Qis,tak dapat bagitahu awak'

Aku ambil buku catatan dan aku pergi kelas 4 Ekonomi.

Geng aku semua dalam kelas tu,aku je yang degil nak masuk sains punya kelas.Dah aku minat,lantak la..

Najjah yang sedang membelek tafsir al quran berkalih pandang ke arah aku.Belekkannya terhenti.Aku menarik kerusi di hadapan mejanya dan pusingkan kearah Najjah.

"kenapa?"Sepatah dia menyoal.

"Abi aku suruh kahwin!"

"What??!!"Aku yang tengok reaksi dia pula yang terkejut.

"Apa yang korang bising ni?"Raisya pula menegur.Salah seorang Bff aku sejak dari form 1 lagi.

"Aku nak kahwin.Nanti aku bagi kad kahwin aku kat korang ye!"Aku senyum.Nampak sangat fakenya!

"Are you kidding me?"Lantang suara Raisya menyoal.Dia ni memang!mau kecoh kelas 4Ekonomi ni nanti.

"Ye!aku tengah kidding korang la ni.Sila lah gelak!"Geram pulak aku rasa.

"Lah,mati mati aku ingat kau nak kahwin sungguh tadi!"Raisya mengurut ngurut dada tanda lega.Aku dengan Najjah dah buat muka menyampah.

"Shoot la kau!"Aku hempuk kepala Raisya.Aihh,habis terkeluar ilmu dia naya aku.

"Yela yela aku gurau je."

"Abi kau pilih sape?hebat betul laki yang terpilih tu!"Najjah tayang muka kagum.Bukan mereka tak tahu syarat ketat abi tu!

"Si Adzim dengan faisal!"Geram pulak aku dengan dua manusia tuh!

"Kya?"Serentak mereka bertanya.Ceh,hindustan pon korang bantai ke?

"Hmm"

"Gila ah."Raisya menggelengkan kepala."Memang gila!"Sambungnya lagi.

"Tu la yang aku bengang nye!dahla aku penat penat naik tangga sampai tingkat tiga ni, terserempak pula dengan Adzim tu.Panas je aku rasa!memang aku reject awal awal la!"Lancar saja keputusan aku keluar tanpa kesedaranku.

"Kau reject sebab kau masih sukakan faisal kan?ngaku je la."Raisya dan Najjah buat muka nakal.Eee..

"Hish jangan mengarut!"Bentak aku perlahan.

Dia, PengHafiz Nakal (LENGKAP)Where stories live. Discover now