DPN|4

31.9K 1.7K 111
                                    

Sedang leka aku melayan group whats app dengan iphone kesayangan aku,satu notification whats app masuk.Aku melihat chat itu.Dari nombor yang tidak di kenali.Aku buka perlahan.Mana la tahu kan mesej tu beracun ke?

From:01123445678

Assalamualaikum<3

Aihh..sape pulak yang tertelan ubat gegat sampai hantar mesej merapu ni kat aku?

To:Senget

Kau ni sape?tak betul ke apa hantar syg syg kat aku?

Brutal aku membalas.Cantik tak nama yang aku letak?gelak sinis aku lepaskan.

Salam dia pon aku tak balas.Bukan apa,kalau nak tahu haram hukum kita menjawab salam dari lelaki ajnabi walau dalam chat.Tak percaya?sila bukak buku tarbiah sentap ye kakak kakak adik adik!Malas nak hurai panjang panjang.

From:senget

Uih,garangnya syg saya ni.Tak kenal ke bkl laki sendiri?

Ok sekarang memang aku rasa nak lempang orang.Bakal laki??

To:senget

Kau sape!!

Bengang aje aku rasa.Notification berbunyi lagi.

From:senget

Your first love maybe?

Balasannya buat aku rasa seram sejuk.Hantu mana ni??

Aku terus tak balas chat tu.Mobile data aku tutup dan terus letak iphone ditepiku.Nak lempar sebenarnya tapi iphone kot!Giler kau lempar iphone!

Jangan la apa yang aku pikir ni betul!

Abaikan!

~

Aku nampak tubuh itu lagi.Mukanya separuh kelihatan.Cantiknya mata dia!kenapa mata tu macam aku kenal je?

Aku pandang diri aku,bunga?aku sedang memegang bunga.Bunga apa ni?Aku cuba mendekati dia,semakin aku mendekat semakin dia menjauh.Suasana taman yang indah itu membuai perasaan aku.Baru aku perasan,aku dimana ni?

Tiba tiba aku terasa basah.Hujan ke?aku pandang atas,takdepon!eh,basah!!

Aku bangun tercungap cungap.Angah yang sedang berdiri di depan katil aku pandang tajam.Gayung ditangannya aku kerling.Kureng punya adik!!!dia jirus aku!!

"Angah apahal?"Bengang aku menyoal.

"Along mimpi apa sampai nak terjoget inang atas katil ni?"Selamba badak je muka dia.

"Suka hati along la nak buat tarian apa atas katil along.Yang angah masuk bilik along kenapa?"

"Dah along tu sedar ke tidak?pukul 6.30 pagi dah along wei"

"What??asal tak kejut awal awal?"Aku merengus geram.Laju kaki turun dari katil dan mencapai tuala yang tersidai di tepi pintu bilik air.

"Tolong salin jadual along!"Aku sempat melaung ke arah angah dari dalam tandas.Esh,tak senonoh betul!

~

Adui apa pasal aku ni?pandai sangat mencalonkan diri nak jadi s/u keceriaan sekarang?aku pandang Hafiz,partner aku dalam keceriaan kelas ni.Masing masing saling mengangkat kening.

"Perhatian perhatian!"Aku melaung sambil menepuk tangan untuk meraih perhatian seisi kelas.Semua berpaling ke arah aku,aku kawal riak wajahku.Adui segan la pulak.

Aku jeling Hafiz tanda menyuruh dia menerangkan plan kami.Hafiz berdehem perlahan.

"Okey semua kami nak korang bawak sepuluh hinggit sorang esok.Bayaran keceriaan."Selesai ucapan itu kelas menjadi gamat.Semua buat suara protes.

"Nak buat apa sampai sepuluh ringgit?"Tanya Alif si pengawas *maktabah sekolah itu.

"Kami nak beli tikar getah nak pasang kat lantai dengan meja,kasi cantik sikit."Terangku,Alif sekadar angguk kepala tanda faham.Kalau tak faham memang nak kena cepuk.

Hafiz pandang ke arah aku Seperti ingin mengatakan sesuatu,aku jongket kening tanda tanya.

"Diorang ni seringgit pon berkira pelik kalau kau nak tahu."Rendah perlahan saja suara Hafiz di telingaku,tak nak bagi budak kelas dengar.Aku ketawa perlahan mendengar kutukannya itu.Sempat lagi oi!

~

Meja makan ruang dapur itu senyap.Semua sedang menikmati makanan dihadapan mata,semua tak pandang kiri kanan dah bila jumpa makanan.

Tapi yang peliknya malam ni asal semua makan cepat aje?ke perasaan aku je?tapi bila aku pandang Aisya adik aku yang ketiga pelik itu datang lagi.Aii,tak pernah pernah dia siap awal kalau bab bab makan ni.

Semua dah naik atas,tinggal aku yang masih terkial kial menghabiskan nasi di dalam pingganku ini.Ummi berdehem tiba tiba,aku mula merasa sesuatu..

"Along."Abi memanggil.Aku mengangkat muka dan kening.

Ummi memandang ke arah aku"Acah Ziana Zain la tu."Ujar ummi,aku mencebik.Dengki le tu.

"Ada apa abi?"Aku bertanya apabila keadaan kembali senyap,nasi di pingganku sudah kosong.

"Abi cuma nak tanya.."Abi buat ayat sangkut,saja nak bagi aku saspen ke?Aku dah tak senang duduk.

"Abi cuma nak tanya along dah pilih ke calonnya?"Kali ni abi terus straight to the point.Aku hela nafas lega.Abi ni punyala saspen,pasal calon je pun.Ah calon?nafasku kembali semput,kalau aku tengah makan nasi sah tercekik!

"calon?"

"yela calon!dah pilih ke belum?.Kami nak malam ni jugak!"Tegas balasan dari ummi.

"Jangan cakap along tak buat piihan lagi ye."Ummi menjengilkan mata ke arah aku yang sedang tersengeh sengeh.Aku menggaru kepala.

"Along dah pilih."Ujarku perlahan.

"Siapa?"Dua dua tayang muka teruja.

"Along pilih—"

Dia, PengHafiz Nakal (LENGKAP)Where stories live. Discover now