DPN|26

21.4K 1.3K 29
                                    

Aku membuka mata.Silauan dari matahari buat mataku spontan terpejam.Dah pagi?Aik,sape pulak yang bukak langsir bilik aku ni?!.

Aku termenung seketika.Rasa macam ada yang kurang.Apa ni,apa ni?

Ya Allah!Aku tertinggal solat subuh tadi!Air mata mula bertakung.Ya Allah,aku berdosa padaMu.

Tiba tiba pintu bilik aku dikuak dari luar.Aku angkat muka.Faris!cepat cepat air mata yang mengalir di pipi aku kesat.

Faris memandang tajam ke arah pipiku.Langkahnya mendekatiku.

Kemudian,tubir mataku terasa diusap lembut oleh jari Faris.Aku gigit bibir.Alamak kantoi!

"Ni kenapa pulak menangis pagi pagi ni?"Faris menyoal dengan nada pelik.

Mendengar soalan dia,air mata yang aku tahan tadi mengalir laju tanpa mampu aku sekat lagi.

Teresak esak aku menangis du depan Faris.

"Eh kenapa ni?kenapa menangis ni?"Gelabah Faris melihat aku yang tetiba menagis pagi pagi ni.

"Saya..saya.. tertinggal solat subuh.."Aku berkata perlahan ke arahnya.

Faris menepuk dahi sendiri.Cengengnya la si comelnya sorang ni!!

"Hai dia ni!ingat apa la tadi."Kata Faris mendatar.Bulat mata Elya memandang Faris.

"Ni semua salah awak!dah la tak kejut tahajjud,subuh pon tak kejut.Nanti awak jug.. "Mulut Elya ditekup dengan tangan Faris.

Hailah dia ni.Pagi pagi lagi dah membebel.

"Awak ni boleh senyap tak?ye ye salah saya.Tapi saya dah nak kejut awak pagi tadi.Lepastu tengok awak lena sangat tak sampai hati saya.Dah la demam tak bagitahu."Faris menjeling ke arah Elya.

"Erk,saya rasa ok je semalam.Cuma pening aja."Dahi Elya berkerut.Pelik dengan kata kata Faris.Bila pulak aku demam?

"Tak demam konon!sampai mengigau ngigau semalam.Awak kenapa sebenarnya?"Nada Faris bertukar tegas buat Elya gelabah.

"Saya mana ada apa apa.Mengigau tu sebab letih sangat semalam kot."Aku memberi alasan.Faris memandangku dengan muka curiga.

"Hm yelah."Aku menghela nafas lega mendengar tindak balas Faris.

"Dah pegi mandi.Dah busuk ni.Lepastu qada balik solat subuh dan buat dhuha sekali."Ujar Faris seraya berdiri.

"Mana ada busuk la."Aku membalas dan kemudiannya mencebikkan bibir.

Aku lihat Faris bangun dan berjalan ke arah meja belajar ku di tepi katil.Mangkuk kecil yang ada di atas itu diambil.

aik,sejak bila ada mangkuk tu?

"Nanti dah siap semua,turun bawah.Saya nak panaskan balik bubur ni."Kata Faris ke arahku.Aku hanya mengangguk dan memerhati langkah Faris keluar dari bilik itu.

Ouh dia buat bubur untuk aku rupanya.Terharu seminit.

Aku bangun dan mencapai tuala untuk mandi.Tiba tiba aku teringat akan mimpiku semalam.

Kenapalah aku kena ingat balik apa yang dah jadi tu?tapi yang lagi peliknya aku bolehkan terdengar suara Faris.

'love you and always do!'

Kata kata Faris itu bermain semula di telingaku.Mengerikan pulak aku rasa.

Sah aku mimpi!

Pintu bilik air ditutup.

~

Faris sedang asyik menonton cerita boboiboy sampai tak perasan akan yang dah turun.

Faris kalau tengok boboiboy memang tak sedar apa dah!

Elya berjalan ke arah sisi Faris yang masih tak perasan kehadiran dia tu.

Baru je mahu menyergah,Faris berpaling mengejut.Aku yang terperanjat terundur ke belakang lalu terjatuh.

"Adoi."Aku gosok bahagian belakang aku yang rasa perit.Faris terus bangun dan meluru ke arahku dengan muka yang panik?

"Awak ni kan.Asal lah careless sangat?selalu macam ni!"Faris membebel.Hish dia ni tak penat ke asyik membebel?

"sakit."Aku bersuara perlahan.Nak meraih simpati sebenarnya.

Faris menolong aku bangun.Aku meringis sakit bila pinggang aku rasa sengal.

"Boleh bangun tak?saya dukung jelah."Aku menggeleng laju mendengar kata kata Faris.Tak nak aku!dah la aku berat,nanti jatuh makin sakit pinggang aku ni.

Aku cuba bangun sendiri.Tpi nampaknya belakang aku ni macam tak nak bgi kerjasama saja.

Tiba tiba aku rasa badan aku terapung.Mamat ni!

"Degil kan?duduk sini diam diam.Saya nak ambik bubur awak kejap."Faris menuju kearah dapur dan seketika kemudian Faris keluar dengan mangkuk bubur di tangan.

Faris duduk di sebelah aku."Nak makan sendiri ke nak saya suap?"

Aku terus rampas mangkuk tu dari tangan dia.

"Saya mampu lagi nak suap sendiri."Aku menjeling ke arah Faris.

"Ingat nak bermanja tadi."Faris gelak.

"huh!"Aku terus makan tanpa hiraukan dia.Dah nak tengahari kot.Baru nak makan sarapan.

Tiba tiba aku teringat sesuatu lantas berpaling ke arah Faris yang dari tadi memerhati aku.

"Awak,saya minta maaf."Tangnnya aku raih dan pegang.

"kenapa pulak"Soal Faris dengan dahi yang dah berkerut.Dipandang tangannya yang berada di dalam genggamanku itu.

"sebab saya tak masak.Kesian awak.Awak pula yang kena masak tuk saya.Saya ni menyusahkan kan?"Aku memandangnya dengan mata berkaca.

Faris merenung tajam ke arah ku selepas aku habis bersuara.

"Dont ever say that again.Awak tak menyusahkan dan takkan pernah mnyusahkan saya."Faris menjawab tegas.

"sudah!makan kenyang kenyang nanti awak asyik merepek je!"Faris buat muka selenga ke arahku.

Ceh,tadi sweet sekarang sinis pulak.Memang betul la mamat ni ada split personality.Pft

Faris,saya tahu yang awak tahu!

Dia, PengHafiz Nakal (LENGKAP)Where stories live. Discover now