DPN|5

30.7K 1.8K 121
                                    

Deringan jam loceng bingit Kedengaran di seluruh bilik.Seorang jejaka sedang berkelubung di dalam selimut tebalnya,selang sesaat jejaka tersebut bangun dan menyelak selimutnya dengan pantas.Arah mata terus dihala ke arah jam loceng di tepi katil.Keluhan kesal terlepas lalu dia terus meraup rambutnya ke belakang.Jejaka tersebut duduk di tepi katil sambil kedua dua belah tangannya mencekam cadar katil itu.

"Allahu,terlepas lagi solat tahajud."Keluhnya kesal lalu memandang ke arah angka jam tersebut,sekali lagi.5:45 am.

"Ya Allah,apa yang aku dah buat sampai kau dah tak nak 'bertemu' denganku?"Rintih jejaka itu perlahan dengan rasa sebak.Sudah berhari hari dia tidak terbangun untuk solat tahajud.Entahkan terlalu letih atau Allah tidak mahu 'mengejutkannya'.

Lantas tuala di sisi tandas dicapai.Dia mahu mandi dan menuju ke masjid dengan awal supaya sempat melakukan solat dua rakaat sebelum subuh.Sunnah dan ajaran nabi haruslah diilkuti.

~

Hari ni cutiiiii.Heavennya!!aku menggeliat di atas katil.Hish,konpem kena tolak oleh mak mak yang sedang mencari menantu di luar sana.

'Peduli hapa aku,aku ni dah kena pinang tahu!tak perlu nak cover cover!!'

"Alongggggggggggggg!!!!!!!!!" Suara 7 ribu mega watt milik ummi menggegarkan banglo itu.Nasib ni rumah banglo dibuatnya ni rumah papan,bergegar ler.

Aku menggeliat dan menonyoh mata.Ngantuk giler,dah la stress belajar fizik kimia ,bio.Mahu biul dah kepala,ni baru sebulan..Haihhh..

"Ya ummi.Kejap!"Aku melaung dari atas.Pfttt kuat dho suara aku.Alah,macam korang tak pernah buat macam tu kan?

~

Selesai mandi aku turun ke bawah.Aku pakai t-shirt lengan panjang dan skirt labuh.selendang aku sangkutkan di penjuru dapur.Malas pulak rasa nak pakai.

Aku cium pipi ummi yang sedang menyiang ayam untuk bekalan seminggu.

Ummi berpaling ke arah aku."Budak bertuah!"Ummi dah mula nak membebel.Cepat fikir jalan nak lepaskan diri!

"Ummi,lapar.."Aku tayang muka comel.Ummi terus menyambung semula kerjanya yang tertangguh itu tanda malas layan.

"Bawah meja tu ada nasi kerabu.Makan cepat!"Senyuman yang memudar tadi kembali melebar apabila mendengar kata kata ummi.Tanpa lengah aku terus membuka tudung saji.'Uwa,sedapnya!!'

"Ummi,abi dan semua orang pergi mana?"Aku bertanya pabila keadaan rumah yang sunyi.!!

"Abi ada mesyuarat dekat masjid.Adik adik kamu semua tidor lagi."Balas ummi.

"Eh,angah mana?"Aku bertanya pelik.

"Dah balik asrama la semalam.Kamu tu yang tak ambil tahu hal hal sekeliling."Bidas ummi pula.

Aku hanya tersengih sambil menyambung suapan.Adik aku yang kedua tu belajar di Maahad Tahfiz Sains di kelantan.Sekolah tu adalah sebuah sekolah berasrama penuh yang telah melahirkan ramai *hafizah hafizah yang cemerlang dunia dan Insya Allah akhirat juga.

~

Motor Lc 170 diparking di pangkin rumah.Keluhan sedikit dilepaskan.Adzim memandang pokok pokok rambutan yang masih berbunga itu.Daun pokok beralun lembut,tapi tidak bagi Adzim Zulqi.Sedikit rasa ralat dan kecewa menjengah tangkai hati bila perkara yang dikhabarkan padanya tadi terlintas semula di fikiran.

Flashback

"Adzim!!"Laungan seseorang yang memanggil namanya itu memberhentikan langkah Adzim yang baru hendak melangkahkan kaki keluar dari masjid seusai solat subuh.

"Eh,pak cik Ril!"Sapanya setelah melihat gerangan yang melaung namanya tadi.

"Ada apa pak cik?"

"Pak cik ada benda sebenarnya nak cakap ni."Pak cik Shahril kelihatan serba salah.Adzim hanya tersenyum tenang.

"Apa ya pak cik?"Tanyanya semula

Pak cik Shahril menggaru kepala yang tidak gatal.Sejujurnya dia berasa sedikit serba salah kerana dia menyukai tingkah dan peribadi Adzim,namun anaknya lebih bertindak untuk menolak lamaran dari Adzim Zulqi.Tiada jodoh,kata si Elya itulah.

"Sebelum tu pak cik mintak maaf la dulu ye."

"Kenapa Pak cik?pasal lamaran tu ye?"Adzim bertanya apabila Pak cik Shahril diam.

"Ya,maaf ya.Keluarga Pak cik tak dapat terima lamaran kamu tapi bukan sebab kamu tak bagus cuma mungkin kamu takde jodoh dengan anak pak cik."Pak cik Shahril berterus terang.Raut muka Adzim yang sedikit berubah walau cepat disorokkan itu dapat ditangkap oleh Pak Cik Shahril.

Adzim tersenyum hambar sebelum berkata"Takpe lah pak cik,mungkin betul saya tak de jodoh dengan anak Pak cik.Takpelah anak pak cik yang kan ramai lagi,nanti saya masuk meminang yang lain la pulak ye."Sempat si Adzim ni bersoloroh.Nak tutup rasa hati sebenarnya.Pak cik ketawa mendengarnya.

"Saya balik dulu la ye."Tangan dihulur untuk bersalam sebelum kaki terus melangkah keluar dari masjid dengan laju.

Pak cik Shahril hanya memerhatikan kelibat Adzim yang semakin hilang dari pandangan.

~

Daun yang gugur di atas kepala menyentakkan Adzim yang masih termenung jauh itu.Adzim terus bangun dan masuk ke dalam rumah.Dia harus memberitahu perihal ini kepada ibu dan ayahnya pula.





*Hafizah-penghafaz al quran bagi perempuan.

maaf klau pendek dan hambar..

Dia, PengHafiz Nakal (LENGKAP)Where stories live. Discover now