DPN|41

19.6K 1.1K 84
                                    

Aku cuba mengikhlaskan diri sendiri.Surat di tangan yang dah hampir renyuk itu dipandang lagi.

Surat tawaran kemasukan ke university.

Bukan aku punya tapi Faris punya.

Aku tak sengaja terjumpa surat ni dalam laci almari bilik Faris.

Kenapa dia sorok kertas ni?

Dah la tawaran untuk sambung medic kat ireland.Jauh gila.

Kalau aku rindu macam mana?mungkin sebab tu kot dia sorok kertas ni dari aku.

Dia tak nak aku sedih.

Surat itu aku simpan kembali dalam laci apabila terdengar suara seseorang dari luar kondominium milik kami.

Mesti Faris dah balik.

"Assalamualaikum Fariha."Senyuman manis milik Faris muncul di depan mata.

Dahi terasa dikucup lembut.Perkara first yang Faris lakukan bila sampai ke rumah.

"Waalaikummussalam."Aku membalas perlahan dengan senyuman tipis.

Fariha.

Sejak habis spm Faris mula menggelarkan aku sebagai Fariha.Fariha yang bermaksud kegembiraan dalam bahasa arab.Faris cakap aku ni kegembiraan dia sebab tu dia panggil aku dengan nama tu.

"Dah makan?"Dia bertanya lagi apabila melihat aku menyepi.

"Dah,awak lambat sangat balik"Aku buat nada merajuk.

Faris tayang muka serba salah.

"Sorry,jumpa papa tadi ada hal nak bincang sikit."

"Its ok"

Dan selepas itu aku hanya senyap.Malas mahu membahas tentang itu atau tentang surat yang aku baru jumpa itu.

Lambat laut Faris sendiri akan bagitahu aku.

~

Suasana majlis kesyukuran malam ini begitu meriah.Ramai betul tetamu yang papa ajak untuk majlis kesyukuran belah Faris ni.

Aku tengah kalut menyusun pinggan mangkuk yang telah dicuci apabila terasa nama dipanggil dari pintu dapur.

Siapa pulak yang datang mencari sampai ke dapur ni?

Malas malas aku menoleh selepas siap membasuh tangan.Muka dimaniskan.

Mana la tahu sedara mara Faris ke?

Rupanya bukan.

Si gadis empat ketul sedang berdiri di hadapan aku.

Semua tayang sengeh tak cukup gigi.

"Dah asal dengn korang ni?"Aku bertanya pelik.

Bersungguh diorng bila aku ajak datang kenduri kesyukuran di villa Faris ni.Eksitednya kemain!

"Weh tak cakap pon kau nak buat majlis kahwin.Terkejut aku bila Faris tetiba bagi kad!"Raisya yang mula mula bersuara.

Aku hanya diam dan sengeh.

Dah hampir dua tahun kami kahwin,namun hnya sesetengah sahabat sahaja yang tahu.

Sebab tu bila papa suggest nak buat kenduri sekali lagi kami hanya angguk tak membantah.

Aku merenung lama sahabat sahabat aku.Menggeleng aku melihat telatah mereka.

"weh nak cakap benda ni"Suara Kamilia mula mencuri tumpuan kami yang sibuk mengulas tentang kad jemputan aku.

Dia, PengHafiz Nakal (LENGKAP)Where stories live. Discover now