DPN|42

19.7K 1.1K 68
                                    


Lima tahun kemudian.

"Sayang!cuba jangan nakal nakal.Duduk diam tak boleh ke?dari tadi bergerak sana sini"Bebelan dari suami tercinta buat aku yang sedang mengusik barang barang yang penuh dia atas mejanya terhenti.

Ini meja ke tempat pelupusan sampah?

Manalah aku tak geram nak buang semua kertas dia yang berlambak tu kalau dah penuh satu meja?!kalau tersusun takpe juga.Ni bersepah tah apa apa.Kalau simpan ni gamaknya tikus mondok pon ada agaknya.

Tanpa menghiraukan suara sumbang di sebelah,kertas kertas yang berterabur aku kutip dan masukkan ke dalam rak yang aku baru beli semalam.Sakit mata aku pandang meja mamat sebelah ni!

Kerja aku terhenti apabila ada tangan yang menghalang aku mencapai kertas kertas yang menyakitkan mata itu dan menarik aku duduk di atas ribanya.

Aku mendengus.Bukan tak suka,cuma mesti suaranya mengusik akan kedengaran selepas ni.

"Eh,kenapa sayang makin berat ni?"Kan?Mata Faris aku renung dengan perasaan geram.Terus aku berusaha bangun sambil tarik muka namun Faris kembali mengeratkan pelukannya di pinggangku yang semakin lebar itu.

"Ala sayang.Sikit sikit nak sentap."Sengehan nakal masih tak hilang dari wajah kacak Faris yang dah makin kacak itu.

"Awak la yang suka buat saya sentap.Boleh lepas tak?geram tahu saya tengok meja awak yang sangat-sangat bersepah ni? "Aku mula membebel sambil berusaha membebaskan diri dari pelukan erat Faris.

Hish dia ni,tak tahu ke yang aku rimas dan sendat bila dia peluk macam ni?

"Sayang,bukan saya tak suka awak kemas meja saya.Tapi nanti susah la saya nak cari balik file file penting ni.

Awak kan tahu saya ni doktor,kena study tiap tiap hari."Faris menguis nguis jari manis aku yang bersarung cincing perkahwinan kami.

"Lagipun tak sanggup saya nak tengok awak terbongkok bongkok mengemas meja saya ni dengan perut yang dah nak meletop tu.Runsing saya tahu tiap kali tengok awak yang tak reti duduk diam ni."Faris meluahkan ketidak puasan hatinya sambil mengusap ngusap perut aku yang dah membulat besar walaupon baru tujuh bulan.

Setahun yang lalu,bila Faris balik dari Ireland dan rezeki dapat posting di hospital yang dekat dengan kondominium kami, terus diajaknya aku tinggal dengannya di kondominium itu.Mahu privasi la kononnya.Sudahnya aku yang letih sendiri.Nasib hati sayang.

Lima bulan kemudian aku disahkan mengandung.Terus disuruh aku berhenti kerja.Ingat aku nak?

Dia busy dengan on call selalu then nak tinggal aku sorang sorang kat rumah?tak nak aku.

Kemudian atas persetujuan dan perjanjian kedua dua belah pihak,aku berhenti kerja bila kandungan aku genap tujuh bulan.

Dan now,aku tak tahu nak buat apa dekat rumah sorang sorang macam ni.

Akhirnya aku mengaku kalah dan duduk diam di atas paha Faris dan menyandarkan kepala aku ke dadanya.

Biar kaki dia cramp lepas ni!aku ketawa jahat dalam hati.

"Ha kan Bagus kalau fariha saya dengar cakap macam ni.Takde lah gundah gulana jiwa beta ini"Faris buat muka gaya sakit sambil memcengkam baju di bahagian dadanya.Over!

"Mengada!"Pahanya aku cubit perlahan.Terus tangan aku ditolak perlahan oleh tangan Faris dan menggosok tempat cubitan itu sambil merungut rungut.

"Sakit la sayang!"

Aku ketawa kecil.Suka melihat kening lebatnya yang mula berkerut sambil menggosok gosok pahanya.

Lantas tangan aku angkat dan sentuh bahagian tengah keningnya dan melurut perlahan kening itu.

Dia, PengHafiz Nakal (LENGKAP)Where stories live. Discover now