DPN|38

19.9K 1.2K 74
                                    

Aku merenung dalam ke arah cermin di hadapan aku.Pantulan yang terhasil dari cermin tersebut menggambarkan reaksi aku sekarang.

Kosong.

Aci tak kalau aku nak terjun balkoni tingkat dua ni sekarang?

Nau'dzubillah min zalik!

Angin tak waras datang menyapa agaknya.Sebab tu dah jadi separuh bengong aku sekarang ni.

Kata kata dari Faris tadi bagai terngiang ngiang di telinga.

"Awak tak percayakan saya elya"

"Awak tak pernah percayakan saya sebenarnya."Sambung Faris lagi.

"Awak tak pernah cuba nak faham saya.Tak pernah nak berkongsi dengan saya.Saya saja rasa yang saya ni terhegeh hegeh kat awak."Faris diam seketika.

"Jadi jangan salahkan saya sebab semua ni salah awak jugak!"Kata kata Faris buat aku tersentak.

Aku menggelengkan kepala.Tak percaya yang aku dengar kata kata tu dari Faris.

Kenapa?

Kenapa hati aku rasa nak pecah sekarang ni?bukan setakat hati,limpa usus semua lah!

Pin terakhir aku cucukkan di  selendang hitam yang sedang aku pakai sekarang ni.

Dress hitam,

Shawl hitam,

Stokin satu set dengan sarung tangan hitam,

Last sekali cermin mata hitam.

Nak cover mata yang dah sembab sebenarnya.Tak gila aku nak pakai cermin mata hitam malam malam cenggini.

Tak ke kena sumpah dek orang pakai cermin mata hitam memalam?

Terpaksa!

~

Faris melihat jam tangan buat kesekian kalinya sebelum kepala digeleng geleng sambil buat muka.

Perempuan dengan masa bersiapnya.

Aduh!aku janji dengan orang pukol 9 sekarang dah pukol 8.30.Haru betullah! Tukas Faris dalam hati.

Baru aje dia nak bangun pergi panggil Elya,Elya dah turun kebawah.

Dah macam yoyo mata Faris naik turun naik turun melihat outfit Elya.

Full black!

Dia ni nak pegi berkabung ke hape?

Faris buat endah terus pergi ke kereta honda jazznya yang elok terpaling dalam garaj.

Bukan dia tak perasan mata Elya yang dah ditutup dengan sunglass tu!

Faris menahan hati.

Sumpah!Dia tak sanggup sebenarnya nak kecewakan hati gadis kesayangannya.Dia rela dalam terpaksa tahu.

"Apa aku nak buat nanti birthday Elya duh?dah pening kepala nak pikir ni"Faris meraup rambutnya geram.Tetiba otak jadi blank nak fikir birthday suprise untuk Elya.

Amir yang sedari tadi berada di depan hanya tayang muka tak tahu.Dah memang dia tak tahu.Girlfriend pon dia tak pernah ada.

Kecuali seorang ni,

Yang dapat tarik perhatian dia,

Walau banyak kali dia cuba nafikan.

Faris melempar kusyen sofa kepada Amir.Amir yang terkejut trus berpaling dengan spontan menjengilkan mata.

Dia, PengHafiz Nakal (LENGKAP)Where stories live. Discover now