DPN|14

24.2K 1.4K 46
                                    

Faris mengangkat wajahnya apabila mendengar laungan kuat daripada Elya.Dipandang pelik wajah Elya yang masih menayangkan wajah selamba itu.

Elya yang sedang berbual dengan entah sape entah itu direnung tajam.'Haih budak nih,dia buat tak nampak je aku?'Getus Faris geram.

'Amboi,siap tersengeh sengeh lagi ni.Elya,kau tengah uji perasaan aku ke apa?.'Faris bangun dan menuju ke arah Elya yang masih tidak menyedari kehadirannya itu.

'Soalan addmath?ceh,macamlah aku tak pandai sampai kena tanya orang lain.'Faris mencebikkan bibir dan buat muka menyampah.Jeles senanya tu.

"Ehem!"

Aku terus berpaling ke arah suara yang berdehem tadi.Saiful memandang pelik ke arah lelaki yang sedang merenung tajam dan berdiri di belakang Elya.'Tak pernah nampak pon?'Saiful berkata dalam hati.

Aku terkaget.Alemak,asal muka dia macam nak marah je?!Renungan tajam Faris aku balas,kejap je sebab renungan dia tajam giler!Tembus ke dasar hati..Ceh!!

Saiful yang sedari tadi memerhatikan mereka mula bersuara apabila dilihat budak berdua tu masih senyap.

"Err Elya,tak nak kenalkan?"Aku tepuk dahi.Aih,terlupa.

Aku lihat muka Faris yang masih bengang itu,apa masalah entah!Baru je aku nak perkenalkan mereka,suara Faris kedengaran.

Faris menghulurkan tangan."Saya Faris,sua..."

"Tunang saya cikgu!"Aku jawap pantas.Mamat ni apahal?saja nak bagi orang tahu ke hape?Jelingan Faris aku buat tak nampak.

"Ouh,tunang kamu.Sampai hati tak ajak saya ye.Anyway saya Saiful."Saiful menyambut salaman Faris walau hati sedikit curiga.

"Takpelah cikgu.Kami balik dulu."Usai Faris berkata,tanganku terus ditarik olehnya.Dah kenapa ni?

Saiful hanya tayang muka pelik dan mengangguk.

Apabila dah agak jauh,aku rentap tangan aku."Hish,apa sentuh sentuh ni?"Aku membentak!

"Cepat kemas.Pemandu saya dah sampai.Kita balik sekarang!"Arahnya tegas!

"Eh,ummi?"Aku menyoal.

"Ummi kata dia nak sambung kelas tambahan.Mungkin lambat.Dia suruh kita balik dulu."Terang Faris mendatar dan terus masuk ke dalam kereta Velfire milik keluarganya.Entah bila dia telefon pon aku tak tahu.

Usai kemas aku terus masuk dalam kereta sebelum kereta itu mula bergerak.Faris masih diam.Mamat ni kenapa?period ke?

"Awak kenapa?"Aku memberanikan diri bertanya selepas suasana sunyi mengusai.Nak berbual dengan pemandu kang kena marah pulak!

"Kenapa apa?"Faris menyoal dalam nada mendatar.

"Ye lah,tetiba angin.Awak ni memang macam ni ek?perangai berubah ubah?"Aku memberi komen akan sikapnya.Aku pelik,Faris yang berada di depanku ini sangat lain dengan Faris 5 tahun dulu.Dia jadi lebih diam,kurang aksi dan banyak rahsia.

"Heh,pura pura tak tahu."Faris berkata sinis.Okey,sekarang aku rasa nak lempar dia dari tingkap kereta yang tengah bergerak ni.Apa masalah mamat ni???

"Awak kenapa hah?apa yang saya pura pura?cakap straight to the point boleh tak?ingat saya faham ke balaghah awak ni?!"Aku menjawab tegas.

"Heh,apa keperluan awak untuk berbual dengan cikgu saiful tadi?penting sangat ke sampai tak boleh tanya saya?apa gunanya saya ni??"Faris bersuara agak tinggi.Bengang sangat dengan aku agaknya!

Aku tergamam.

"Eh,saya cuma tanya soalan addmath je.Yang awak nak marah sangat kenapa?jeles ke?"Okey,aku memang tak reti mengalah.Suka sangat menjawab dan tanya soalan yang pelik.

"Yes.Saya jeles!Sebab awak saya punya!dan saya tak suka kongsi kepunyaan saya,lebih lebih lagi yang saya sayang dengan orang lain.Got it?"Balasan panjang dari Faris buat aku terkejut plus terkaku.

Apekah?

Takat lebur dah dikenal pasti.Oh My Allah!

Aku pandang muka dia apabila rasa terkejutku hilang.Faris memalingkan mukanya ke arah tingkap.Tapi aku masih boleh nampak mukanya yang dah kemerahan.Haiyak!asal nampak cumel sangat ni??

Ala..Dia merajuk dengan aku ke?hish,kalau dia tahu rancangan ummi sebelum ni,makin kuat rasanya dia merajuk ni.

Flashback..

"Adoi,"paha aku yang ditampar oleh ummi aku gosok perlahan.

Aku pandang ummi.Ummi tayang muka bersInar.

"Ummi pon ada calon jugak!"Ummi berkata girang.Aku pulak yang rasa nak pengsan dibuatnya.

Aku pandang abbi,abbi hanya angkat bahu tanda tak tahu.

"Apa ni ummi.Alah.."Aku merengek perlahan

"Along dengar la dulu."Ummi dah buat nada mendesaknya.

"Oke ,siapa?"Aku bertanya dalam nada pasrah.Dengar je la dulu.

"Ala,budak saiful tu.Kamu kan kenal dia.Ummi nampak dia macam sukakan along je."Usai ummi bersuara aku terus membeliakkan mata.

"Ummi,taknak la.Simpang malaikat 44.Haih tak nak la.Dia anggap along adik je.Along pon"

"Alah,cadangan je pon"Ummi buat muka.

"No!tak nak!cased closed."

Dia, PengHafiz Nakal (LENGKAP)Where stories live. Discover now