DPN|20

24K 1.4K 81
                                    

Bunyi deringan alarm clock dari telefon buat aku terjaga.Hai,sape pulak yang tutup loceng ni?mata digenyeh genyeh perlahan.

Tangan meraba raba iphone aku yang ku letakkan di sebelah.Pukul 4 45 pagi?

Bunyi telefon yang masih tidak berhenti tu buat aku rasa macam nak ambik bantal dan tekup di muka.Bantal tu kan wangi...

Bila bunyi tu tiada tanda tanda nak berhenti,aku terus bangun dan mencari bunyi alarm tersebut.

Dari iphone Faris?buat apenya dia tutup jam pagi pagi buta ni?nak buat tahajjud ka?

Aku gerak Faris perlahan lahan.Hish dia ni,tidur mati ke apa?ke penat sangat semalam?

"Faris bangunlah.."Bahunya aku tolak sedikit kasar.Nanti tolak lembut lembut dibuat tak endah pula.

"Hmm"Faris menggeliat kecil sebelum sambung tidor balik.

Aku mendengus perlahan.Hai,susahnya nak gerak mamat ni!

Iphonenya yang sedang berbunyi tu aku ambil dan tengok sekilas sebelum letak ditelinga dia.Ambik kau!

Faris menepis perlahan Iphonenya itu sebelum perlahan bangun dari sofa.Hish,tidor atas sofa pon boleh lena sampai macam tu sekali?!.

"Awak ni kacau la."Ujar Faris yang masih mamai.Aku meneguk air liur.Asal la suara Faris yang baru bangun tidur ni menggoda sangat?!phuii..

"Iphone awak yang bising dari tadi lagi dok kacau saya nak tidur tahu?!"Aku menempelaknya semula.

Mata Faris yang sepet tadi terus terbuka luas.Terus diambil Iphonennya di tanganku Sebelum cepat cepat bangun dari sofa.

"Eh,nak pergi mana?"Aku menyoal apabila melihat Faris yang dah sedia nak buka langkah.

"Ambik wudhu la."Jawabnya lantas direndahkan sedikit badannya itu separas aku dan didekatkan mukanya ke arah aku.

Aku yang terkejut dengan spontanya menggerakkan kaki ke belakang namun dihalang oleh tangan Faris.

"Time for Allah sayang."Ujarnya seraya tersenyum kecil dan berlalu ke bilik air.

Dan ajaibnya aku terus tak mengantuk!

~

Telekung yang digunakan untuk berqiamullai dan solat subuh tadi aku sidai di tempat penyidai.

Faris yang sedang membelek tafsir alquran itu aku dekati.Nak tidor rasa serba salah sebab dah nak pagi.So,aku nak ajak si Faris berbual.

"Awak memang selalu bangun tahajjud ke?"Aku menyoal sebaik sahaja duduk di sebelahnya.

Belekkan Faris tadi terhenti seketika dan diangkat wajah ke arah ku sekilas sebelum tunduk membelek semula tafsirannya.

Ok aku sedang bengang.Dia tak layan aku?

Aku terus bangun.Nak keluar tenangkan hati yang telah tersakiti ni.Tapi langkah aku terus kaku apabila terasa lenganku dipegang dan ditarik untuk duduk semula.Aku terus duduk dengan muka masam.

"Apa yang awak akan buat kalau awak sayangkan seseorang tu tapi dia buat tak endah je pasal awak sedangkan dia tahu awak sayang dia?"Soalan aku tadi dibalas soalan.Aku mengetap bibir.Apa yang dia maksudkan sebenarnya ni?

"Saya sedihla.Penat je saya sayang dia tapi dia tak care pun pasal saya?melampau!!"Tangan aku genggam dan tunjukkan pada dia untuk menggambarkan betapa aku sakit hati jika itu terjadi pada aku.

"Macam tu jugak Yang Maha Pencipta.Dia sentiasa ingat akan kita tapi apa yang kita balas?kita tak hiraukan dia pon.Dhuha tak buat,tahajjud tinggal,pagi malas malam pon malas!Maka takziahlah untuk diri sendiri."Panjang lebar tazkirah dari Faris.Aku hanya senyap.Sentap.

"Saya pon baru sedang cuba untuk beristiqamah.Tak senang tapi tak juga susah."Faris senyum kearahku.

"Awak selalu bangun tahajjud tak?"Soal Faris pula.

'Alamak,nak jawab apa ni?aku bangun tahajjud pon sebulan sekali tu pon kalau rajin'Aku bergumam perlahan.

"Erk,saya turun dulu ye.Nak tolong kak long buat sarapan.Bye!"Terus aku bangun dan keluar meninggalkan Faris sendiri.

Faris hanya menggelengkan kepala dan tersenyum.Tanggungjawab baru!

~

"Kenapa saya kena teman awak datang sini?"Faris dari tadi tak habis merungut.

"Tak baikla merungut."Aku menegur.

"Bukan merungut,komen je.Saya tak pernah datang sini tau!kenapa la kak long tak ikut?!"Sambil mengomen mata Faris terus meliar ke dalam kawasan pasar tani tersebut.

Pasar tani tu bising dengan suara peniaga yang sedang cuba menarik perhatian pelanggan dan sesi tawar menawar.

Aku hanya senyap dan terus menumpukan perhatian ke arah sayuran yang hendak dibeli tadi.Kak long kata tadi nak buat gulai tempoyak ikan patin,kena cari bunga kantan la pulak!

Lengan Faris aku heret supaya mengikutiku kegerai yang menjual bunga kantan.Aku belek belek dahulu sebelum mula bertanya harga kepada mak cik yang menjual di situ.

"Lima ringgit seikat dik."Aku terkejut.Gila mahal bunga kantan.Seikat tu cuma ada dua je tahu!

Melihatkan reaksi muka aku,Faris terus menyuruh makcik tersebut membungkus dan menghulurkan wang sebelum menarik aku dari gerai tersebut.

"Awak ni,bunga kantan tu mahal la.Patutnya bagi saya tawar dulu,ni main beli je."Aku mengomel kearah Faris yang hanya tersenyum.

"Takpe la,kita anggap je sedekah.Dah ada apa apa lagi ke?"Faris bertanya sambil memandang ke arah ku.

Baru je aku nak jawab,satu suara menegur.Aku dengan Faris terus berpaling ke arah empunya suara.

"Adzim."Faris tersenyum ke arah Adzim sebelum bersalaman.Aku disebelah hanya senyum sebelum aku perasan ada seseorang di belakang Adzim.

Aku terus dekati aunty Piyah iaitu emak kepada Adzim dengan senyuman dan huluran tangan untuk bersalaman.

Namun yang aku tak duga,aunty Piyah memberi jelingan menyampah ke arahku dan merengus kasar.

Eh,dah kenapa?aku ada buat dosa ke dengan aunty ni? Aku berkerut kening seorang diri.

Dia, PengHafiz Nakal (LENGKAP)Where stories live. Discover now