DPN|10

29K 1.6K 31
                                    

"Kenapa awak pulak penyebabnya?"Elya bertanya.Macam pelik je kan.

"Sebab saya buat perangai."Faris bercerita sambil tersenyum hambar.

"Saya tak faham la,saya rasa awak dulu bukannya teruk sangat."Elya memberi pendapat.

"Itu apa yang awak nampak."Faris berkata perlahan.Gambar yang berada di tangannya terus disimpan semula kedalam wallet sebelum bangun dan menuju ke pintu.Dia berpaling sekilas ke arah Elya yang masih tercegang.

"Banyak lagi yang awak tak nampak"Faris melangkah keluar dari bilik.

"Banyak lagi yang awak tak nampak"Faris melangkah keluar dari bilik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kolam renang yang berada dihadapan mata direnung kosong.'mama'Rintihnya perlahan.

Flashback

Pintu rumah agam itu ditutup perlahan lahan agar tidak berbunyi.Matanya meliar ke kiri dan kekanan sebelum berhenti ke arah satu figura manusia.Mama!

Reaksi mama yang tenang itu makin membuatkan dia kecut perut.Perlahan lahan mama dihampiri dan disalami tangan mamanya itu.

"Hari ni pon balik lambat?"Lembut saja ayat yang dikeluarkan mama.

"Lepak then main motor je mama."Jawabnya malas.Tiap malam mama bertanya soalan yang sama sampai dia sudah jemu.

"Yih,kenapa buat perangai macam ni?"Faris mendengus.Kenapa dia dilayan seperti budak tiga tahun sedangkan dia sudah berumur tiga belas tahun!Dia rimas!

"Mama tak payah la pura pura tanya.Bukannya mama tak tahu kenapa Yih jadi macam ni kan?"Agak biadap jawapan yang keluar dari mulut Faris.Puan Salma mengeluh perlahan.

"Pasal tu pon Yih nak protes?"

"Mama tahukan yang Yih nak masuk sekolah berasrama penuh.Yih taknakla sekolah tahfiz tu!"Faris mula membentak.Tindakan mamanya menghantarnya ke sekolah tahfiz dirasakan amat tidak adil.Kenapa mesti hanya dia?mengapa tidak abang dan kakaknya?!

"Mama nak yang terbaik untuk Yih!"Tegas Puan Salma.

"Huh!"

"Mama buat semua ni bersebab.Tolong la mama Yih.Ni mungkin permintaan last dari mama."Puan Salma berkata perlahan.Faris buat muka.Dia tahu mamanya sengaja mahu menarik perhatiannya dengan berkata begitu.

"No!!"

Esoknya selepas dia pulang dari melepak dan berlumba motor,dia dikejutkan dengan berita yang mamanya dimasukkan kedalam hospital.Dia terus menuju ke hospital dengan perasaan bersalah.'Mama masuk hospital sebab aku ke?'

"Mama!"Sampai sahaja di hospital,dia terus menerpa ke arah mamanya.Wayar yang berselirat di tubuh mamanya dipandang sayu.

Tangan mamanya dicapai tanpa menghiraukan keadaan sekeliling."Mama Yih mintak maaf,Yih janji Yih tak nakal lagi.Jangan sakit ma."

Puan Salma hanya tersenyum tenang.Muka Faris diusap lembut.

"Mama sayang anak mama.Mama hanya nak Yih buat satu je untuk mama."

"Apa ma?"

"Yih terima tawaran sekolah tahfiz tu ye,mama nak sangat tengok anak bongsu mama ni jadi seorang hafiz."Puan Salma memandang Faris sayu.Faris pantas mengangguk.

"Yih akan terima ma,yih akan jadi Hafiz dan mama akan bangga dengan Yih kan?"

"Sekarang pon mama dah bangga dengan yih."Mamanya tersenyum senang.Nafas yang dihembus semakin perlahan.Faris yang melihat semakin panik.Firdaus dan Fatin yang sedari tadi senyap di muka pintu turut kelihatan panik.

"Mama sayang semua anak anak mama.Abang,saya minta maaf kalau sepanjang saya jadi isteri abang saya banyak susahkan abang."Puan Salma memandang sayu ke arah Dato Ariff yang sudah teresak di tepi katil.

"Abang maafkan semuanya."

Puan Salma tersenyum tenang.Dia tahu masanya dah tiba.Doktor yang baru tiba di wad juga tak mampu berbuat apa apa.

"Innalillahiwainnailaihiraji'in."

"Mama!!!"Faris melaung sekuat hati.

~

"Bbah!"

"Allah!"Sergahan dari belakang menghapus kenangannya yang lalu.Bunyi tawa yang kuat dari belakang buat dia segera berpaling.'ceh,Elya!'

"Awak ni kenapa?kalau saya jatuh dalam kolam ni macam mana?"Bengang aja Faris menyoal ke arah Elya yang masih galak ketawa.

"Macam tu lah"Selamba saja Elya menjawab.

"Hish budak nih!"Satu sekehan hinggap di kepala Elya.

"Adoi sakitlah,ingat kita ni adik dia agaknya."Perlahan Elya mengutuk Faris.

"Tak awak bukan adik saya,awak isteri sayakan."Telinga lintah Faris cepat menangkap.

"ya ya.."Malas malas Elya menjawab.

"Awak kenapa datang sini?pergilah tidur,esok sekolah kan?"Soal Faris pelik.Ya esok sekolah Sebab cuti tahun baru china dah habis,belah Faris hanya akan mengadakan majlis kesyukuran pada minggu hadapan.

"Eleh kata orang!awak tu tak sekolah ke?"Soalan dari Elya buatkan Faris terdiam.'Alemak!nak cakap apa ni?'

"Sekolah la."Sepatah Faris menjawab.

"Kat mana?"Elya bertanya lagi.Haih,banyak tanya betul budak ni!.

"Kat sekolah la.Dah pergi masuk tidur sana!"

"Taknak!"Elya berpeluk tubuh.

"kiss nak?"

"what!!Ok nak tidor.Selamat malam!"Elya terus berlari laju masuk ke dalam rumah.

Faris hanya menggelengkan kepala.Tak sabar dia nak tunggu esok.

Dia, PengHafiz Nakal (LENGKAP)Where stories live. Discover now