DPN|25

21.2K 1.4K 27
                                    

Aku memandang ke arah keluarga aku yang sibuk memasukkan beg baju ke dalam kereta.

Baru tadi kami terima panggilan dari kampung yang nenek sakit.Bergegas ummi dan abi menyimpan barangan untuk keperluan.

Kereta Velfire abi terus menyusur keluar dari pagar rumah meninggalkan aku berdua dengan Faris.

Pftt.Aku kena tinggal berdua dengan mamat ni?Adui la,semua sebab mid year exam la ni!

Aku melangkah naik ke atas meninggalkan Faris di bawah yang masih sibuk menutup pintu.

Tombol pintu aku pegang sebelum terasa tanganku di tarik dari belakang.

Terkejut aku dibuatnya!rasa nak hempuk je nasib ingat status lagi.

"kenapa ni?saya letihla."Aku bertanya mendatar.Memang aku letih sangat hari ni.Walaupun hanya renungan buat aku rasa nak demam!

"Kenapa pucat sangat ni?demam ke?"Tanya Faris sedikit risau seraya tangannya naik memegang dahiku buat aku tetiba kaku.

"Saya..Ok.."Aku menjawab perlahan.Tangan Faris yang berada di dahi aku turunkan perlahan.

"Jangan risau!"Aku ukir senyuman manis sebelum masuk ke dalam bilik dan menutup pintu bilik perlahan.

Faris merengus perlahan.Something not right here.

~

Aku memandang cermin.Pipi yang sedikit pucat aku sentuh perlahan.

Aku bangun dan menuju ke arah katil sebelum berbaring di situ.Kepala aku makin memberat.Tiba tiba peristiwa yang aku ingin sangat lupakan itu tiba tiba menerjah fikiran

2 tahun lalu.

Aku menyusun buku buku ke dalam beg.Hari ni ada extend class jadi kena balik lambat.

Aku berjalan perlahan keluar dari kelas.Abi datang lambat hari ni.Keliling sekolah yang lenggang aku perhatikan.

Tiba tiba rasa macam ada yang sedang memerhati.Bulu roma tiba tiba meremang.Dah la petang ni.

Aku berjalan laju ke arah pagar,keluar je pagar tangan aku terasa direntap kasar menyebabkan aku terdorong ke arah si pelaku.

Aku tergamam!Ya Allah.Tubuh aku menggigil kuat.Terus tubuh itu aku tolak kasar sebelum angkat muka untuk melihat lelaki tak guna tu.

"Kau?!"Aku tergamam.Zaif yang berada di hadapanku itu hanya tayang sengeh kejam.

"kenapa pucat sangat muka ni sayang?"Ujarnya seraya cuba mengusap pipi aku.Aku menepis kasar.

"Kenapa dengan senior Zaif ni hah?kena rasuk ke?!"Aku menjerit bengang ke arahnya.Ya,dia senior tingkatan lima.

Zaif ketawa kuat melihat reaksi aku.Lenganku dicengkam dan dibawa ke arah semak di tepi sekolah.

Aku meronta ronta namun tidak diendahkan olehnya.Aku cuba menjerit sebelum pipiku terasa kebas akibat ditampar.

"Apa salah saya?kenapa buat saya macam ni."Tubir mataku terasa hangat.Aku sangat takut sekarang ni.

"kau tanya aku?!kau yang buat aku macam ni!"Tengking Zaif kuat buat aku bahu aku terhenjut akibat terkejut.

"Aku layan kau baik baik,tapi at the end kau tolak aku macam sampah!"Jeritnya lagi ke arah ku.

"Kan saya dah cakap,kita ni kecik lagi.Tak elok."Aku memberanikan diri menjawab kata-katanya itu.

"Kau diam!kau tengok apa yang aku boleh buat.Kau tolak aku sangatkan!!"Tengkingnya lagi.Langkah kakinya semakin mendekatiku.Aku terundur dengan badan menggigil.

"Abii..Tolonggg!!"Aku menjerit kuat.Zaif terus mencengkam pipi aku.

Badan aku mula terasa lemah.Aku masih meronta ronta sebelum tiba tiba Zaif jatuh terhumban disisiku akibat ditumbuk seseorang.

Lutut aku memggigil kuat buat aku terduduk di situ sebelum teresak.

Badan aku di peluk oleh Zulaiqha dan Raisya yang masih belum balik.

Aku lihat abi sedang memberi amaran kepada Zaif sebelum Zaif berundur dan lari dari situ.

Pandangan aku mula kelam.Perasan risau yang kuat menerjah hati tadi buat aku terasa letih.Segalanya mula gelap.

~

Faris membuka Al quran tafsirannya sebelum mula membaca dengan bertajwid dan berlagu.

Usai membaca Faris simpan al quran itu elok elok di atas meja belajar.Dia sayang sangat al quran itu kerana ianya adalah hadiah terakhir dari mamanya.

Faris membuka pintu bilik.Hajat dihati nak pergi ke dapur untu memanaskan lauk yang sempat ditinggalkan oleh ummi tadi.Perut tiba tiba rasa lapar pulak.Dasar perut belanga!

Faris memandang bilik Elya.Lama.Nak ajak Elya sama tapi takut menggangu Elya berehat pula.Muka pucat Elya tadi membuatkan kerisauannya bertambah.

Kaki mula melangkah ke tangga sebelum telinganya terdengar seseorang meracau dari dalam bilik Elya.

Faris terus membuka pintu bilik Elya.Nasib tak berkunci!Elya yang sedang meracau racau di atas katil di atas katil dihampiri segera.

Mata Elya terpejam rapat namun mulutnya masih meracau racau.Seakan akan ada sesuatu yang mengganggu lena si comelnya itu.

Faris duduk di tepi katil Elya lalu di dekatkan bibirnya ke telinga Elya.

Selawat dan istighfar dialunkan lembut.Racauan Elya mula perlahan dan berhenti selepas itu.

Rambut panjang Elya,Faris usap lembut.Hatinya tak tenang melihat si comelnya gelisah teruk begini.

Dahi Elya dirasa.Agak panas.Kain sapu tangan dibasahkan lalu diletakkan di dahi Elya.

Pipi lembut milik Elya disentuh perlahan.Apa yang awak fikirkan ni?kenapa pendam sorang?kenapa tak share dengan saya?.Soalan soalan itu bermain di benak faris.

Wajah Elya di perhati lama sebelum satu ciuman kasih hinggap di dahi Elya.

"Sleep tight dear.Love you and always do!stay with your side and always do!"Ucap Faris sebelum bangun dari katil dan menuju ke pintu.

Wajah lena Elya di pandang lagi sebelum tangannya menutup pintu bilik itu.Faris menghela nafas kasar.Aku kena buat sesuatu. Setiap perkara pasti ada hikmah.

Dia, PengHafiz Nakal (LENGKAP)Where stories live. Discover now