DPN|43

25.9K 1.2K 56
                                    

Rambut lebat Elya ,Faris usap lembut dan perlahan. Sedikit demi sedikit tangan mula turun ke muka si isteri yang masih nyenyak tidur itu.

Hanya Allah saja yang tahu betapa lajunya degupan jantungnya tadi apabila melihat Elya yang tiba tiba rebah tak sedarkan diri.

Kalau jadi apa apa pada Elya dan anak mereka, sumpah Faris akan rasa menyesal seumur hidup.

Tangan yang masih mengelus wajah itu ditarik dan mula meraup wajah sendiri. Satu keluhan kecil dilepaskan.

Lantas fikiran bagai dicengkam sesuatu.

Aku mengeluh. Lagi. Dan lagi.

'Ya Allah, sungguh tak layak dan hina aku ini. Baru diberi sekecil ujian sudah mengeluh setinggi gunung. '

Faris mula beristighfar di dalam hati. Wajah tenang Elya yang sedang nyenyak itu di pandang sekali lagi.

Ucapan syukur mula berlagu di bibir.

Tuhan, nikmat yang manakah dari engkau yang aku dapat dustakan?

Selimut tebal yang membaluti Elya ditarik ke bawah sedikit. Mahu memberikan rasa nyaman kepada si isteri.

Baru saja Faris ingin bangun, terasa pergerakan yang perlahan dari katil perbaringan isteri kesayangannya itu.

Lantas satu senyuman muncul di bibir apabila melihat mata bundar milik Elya mula celik.

Terus dilabuhkan semula punggung ke pinggir katil bersaiz king tersebut. Terus didekatkan tubuh kearah Elya yang masih lagi dalam keadaan terbaring dengan mata yang dah terkebil kebil memerhati.

Faris yang melihat pula rasa geram. Geram nak cium.

Ceh, isteri sakit pon sempat lagi Faris ni!

Aku cuba bangun perlahan lahan apabila mula dapat menstabilkan diri dengan keadaan sekeliling.

Faris yang hanya beriak tenang di hadapan aku pandang sekilas. Apa pasal rapat rapat ni? Rimas tahu?!

Faris yang berkeadaan sedikit menghimpit itu aku tolak perlahan. Selimut yang menutupi separuh tubuh aku itu juga aku tolak. Hish. Panas la.

Faris menjauhkan sedikit dari kedudukan apabila melihat riak rimas di wajah Elya.Sedaya upaya mengelak dari melakukan. Perkara yang boleh membuat Elya terasa hati.

Aku menjatuhkan kaki perlahan ke sisi katil. Dengan keadaan perut yang memboyot itu sedikit sebanyak menyukarkan pergerakan aku untuk bangun dari katil tersebut. Lantas tangan terus diletak di bahagian bawah perut untuk menampung manakala sebelah lagi dijadikan penguat.

Faris yang tidak senang dengan tingkah isterinya itu pantas bangun dan menolong Elya untuk berdiri.

"Awak nak pergi mana ni? "Faris menyoal perlahan sambil merenung wajah aku Elya yang asyik menunduk dari tadi.

Sepi.

"Awak tolonglah jangan buat perangai macam ni. Nanti pitam lagi kan naya"Kata kata dari Faris buat aku terasa. Seolah mengatakan yang aku menyusahkan dirinya.

Tangan Faris yang masih erat memegang pinggang dan bahu aku cuba rungkaikan.

Tak berjaya.

"Lepaslah! "Aku sedikit meringis. Masih lagi cuba menepis tangan Faris yang masih erat memegang pinggang dan bahu itu.

"Hey, kenapa ni? "Faris cuba menunduk mencari wajah kesayangannya. Semakin lama semakin kebawah wajah itu namun tangan masih galak menolak.

Tolakan tersebut makin perlahan. Tak ada guna menolak tangan yang mempunyai tenaga lebih banyak daripada diri sendiri.

Dia, PengHafiz Nakal (LENGKAP)Where stories live. Discover now