Bab 2

9.8K 818 131
                                    

Keesokkan harinya. Seperti biasa, Seokjin akan menyediakan makan tengahari untuknya. Ketika itu, ommanya pulang ke rumah. Seokjin terkejut kerana ommanya tidak pernah pulang kerumah pada waktu tengahari.

"Omma, kenapa omma balik?" Tanya Seokjin. Matanya masih memandang ommanya yang sedang baring di atas sofa.

"Aku penat" ommanya berkasar pada Seokjin. Namun, itu telah terbiasa bagi Seokjin.

"Tolong urut kaki aku jap" pinta ommanya.

Seokjin terus menutup api di dapur dan ke ommanya untuk mengurut kakinya.

"Kuat la sikit" pinta omma. Mata ommanya tertutup seakan mahu tidur.

Seokjin memicit kaki ommanya dengan kuat.

"Hish! Kau ni tak pandai urut ke? Dah! Pergi masak!" Ommanya menengking Seokjin. Seokjin akur lalu ke dapur semula dan menyambung tugasnya yang tergendela.

"Capatlah! Aku lapar ni!" Ommanya menengking lagi.

"Ne, omma" Seokjin menahan kemarahannya. Seokjin mengeluh panjang. Ikutkan hati mahu sahaja ambil air panas yang sedang mendidih dan disimbahkannya pada omma. Namun Seokjin bersabar.

Yoongi pula sedang bertemu bual dengan seorang lelaki untuk dijadikan isu terkini untuk syarikatnya. Yoongi menanyakan sesuatu pada orang tersebut sambil menulis laporan.

"Boleh saya tanya, adakah anda mempunyai hubungan dengan wanita tersebut?" Tanya Yoongi kepada lelaki tersebut.

"No comment" jawab lelaki itu selamber.

"Apa yang berlaku pada malam itu?" Tanya Yoongi lagi.

"No comment" lelaki tersebut sudah rimas dengan pertanyaan Yoongi lalu meninggalkan Yoongi dan kawan sekerjanya, Ji Hoon yang sedang memegang sebuah kamera.

"Encik! Tu...tunggu!" Jerit Yoongi. Jeritannya tidak dihiraukan oleh lelaki tadi.

"Dahlah, jomlah balik" Ji Hoon mengajak Yoongi pulang ke pejabatnya semula.

Sesampai mereka di pejabat. Mereka berjumpa boss mereka di bilik pengarah. Mereka masuk ke dalam bilik tersebut.

"Wah, berita hangat sudah sampai. Jadi macam mana? Dapat tak maklumat?" Tanya pengarah.

"Ma..maaf boss.. kami.." Yoongi tidak dapat menghabiskan ayatnya.

"Ni mesti tak dapatkan? Kau ni kerja macam mana hah?! Kerja senang pun tak boleh nak buat! Isu tu penting tahu tak?! Kalau takde isu tu, syarikat kita akan bankrupt! Kau nak ke berhenti kerja?!" Pengarah memarahi Yoongi.

"Ta..tanak boss" jawab Yoongi sambil tertunduk.

"Kalau macam tu, buatlah kerja elok-elok!" Pengarah separuh menjerit. Yoongi dan Ji Hoon mengangguk lalu keluar dari bilik tersebut. Yoongi mengeluh panjang sambil mengurut-urut bahunya.

"Jomlah lunch, dah pukul 12 ni" Ajak Ji Hoon di sebelahnya. Yoongi mengangguk lalu mereka ke cafe.

Lain pula cerita si Jungkook. Sekarang waktu makan tengahari, jadi Jungkook keseorangan pergi ke cafe. Jungkook tidak mempunyai kawan di sekolahnya melainkan hyungnya, Namjoon hyung, Seokjin hyung, Jimin hyung, Hoseok hyung dan Taehyung hyung.

Jungkook membawa makanannya di tempat meja makan. Di cafe penuh dengan pelajar lain jadi meja makan pun hampir penuh. Jungkook melilau mencari tempat duduk yang kosong.

Jungkook terlihat tempat duduk yang tidak diduduki orang, Jungkook ke sana dan duduk.

Orang yang semeja dengannya tiba-tiba bangun sambil mengumpat. Mereka bangun dan meninggalkan Jungkook keseorangan di meja makan. Jungkook mengeluh. Apalah nasib, kesian Jungkook.

7012 | BTSWhere stories live. Discover now