Bab 33

4.6K 419 18
                                    

Namjoon terjaga dari lenanya. Dia melihat jam di tangannya menunjukkan 12:30 hari.

"Lamanya aku tidur..." Namjoon bangun dari terbaring di atas sofa. Lalu dia menyapai phone di atas meja, kelihatan bateri hanya tinggal 10%.

Deepp!! Deepp!! Deepp!! Deepp!!

Phonenya berdering menandakan Line masuk. Namjoon pantas menekan ikon Line dan membaca si penghantarnya. Rupanya dari Taehyung di The Bangtan.

'Kau kat pejabat lagi ke, Namjoon?' - TaeV

Namjoon mengeluh seketika. Nampak sahaja perkataan 'Pejabat', moodnya terus melayang.

'Taklah, aku kat tempat kita selalu lepak. Sekejap lagi aku balik rumah' - KanyeNamjoon

Dia menekan butang send. Sesaat kemudian, Taehyung membalas di group di Line.

'Okay, jumpa dekat rumah ✋✋' - TaeV

Namjoon bingkas bangun dan hendak ke kereta BMWnya. Tiga langkah kemudian, dia baru teringat bahawa keretanya sudah di ambil oleh appanya. Apalah nasib, terpaksalah balik naik teksi.

5 minit Namjoon berada di bahu jalan, akhirnya sebuah teksi datang menghampirinya.

Dia memasuki teksi tersebut dan membawanya ke rumah.

15 minit kemudian, akhirnya sampai juga dia di rumahnya.

"Na wasseo!!" Jerit Namjoon sambil memasuki pintu rumah.

"Kalau tak jerit tak sah!" Yoongi seakan memerli Namjoon.

"Hehehehe Seokjin! Aku laparlah" rungut Namjoon sambil menggosok perutnya.

"Eh Namjoon, kau balik naik teksi ke? Mana BMW kau?" Soal Jimin.

"Errr...tayar, tayar pancit. So aku hantar bengkel hehehe" Bohong Namjoon sambil menggaru kepalanya. Dia terus berlalu ke dapur untuk menjamah makanan.

"Harini aku tak masak, tadi kitaorang keluar pergi pasaraya lepastu singgah kedai makan" terang Seokjin dari ruang tamu. Namjoon terangguk-angguk mendengar penjelasannya kemudian dia membuka tudung saji.

"Woah!!!! Daging! Hip hip! Hooray! Hip hip! Hooray!!!" Jerit Namjoon lagi. Dia cuba berlagak okay padahal bermacam-macam masalah yang timbul. Namjoon tidak mahu merisaukan para sahabatnya.

"Hish! Sakit telinga aku!" Rungut Yoongi perlahan.

Seokjin bingkas bangun dan ke meja makan untuk menemani Namjoon menjamu selera atau sebenarnya nak bergossip.

"Passttt....nak dengar cerita tak?" Tanya Seokjin seakan berbisik sambil menaril kerusi di hadapan Namjoon.

"Cerita apa?" Soal Namjoon pula. Dia terus menyuap makanan ke dalam mulutnya.

"Tadi kitaorang terserempak dengan Sun Woo" terang Seokjin.

Puuurrrrffffffff!!

"MWO?!" Namjoon terjerit.

"Hish kau ni! Kot ye pun jangan lah sampai tersembur!!" Marah Seokjin sambil menyapu mukanya yang terkena sisa-sisa makanan yang tersembur dari mulut Namjoon.

"Hehehehehe mian-mian" Namjoon meminta maaf sambil menyapu muka Seokjin dengan kuat.

"Hish! Sakitlah" rungut Seokjin. Namjoon hanya tersengih.

"Be..betul ke?" Soal Namjoon gagap. Dia seperti tidak percaya dengan berita yang di sampaikan oleh Seokjin.

"Betul..." maka berpanjang lebarlah Seokjin menceritakan hal sebenar kepada Namjoon. Namjoon hanya terbuntang matanya mendengar penjelasan Seokjin.

"Betul ke ni? Sun Woo yang aku kenal tu, yang selalu buli Hoseok datang jumpa Hoseok sebab nak pinjam duit? Hish macam tak percaya je??" Namjoon meragui berita Seokjin. Tiba-tiba Yoongi datang duduk di sebelah Namjoon.

"Betullah. Tanak percaya sudah" Yoongi pula yang menjawab. Makin terbuntanglah biji mata Namjoon.

Jam menunjukkan 11 malam. Hoseok masih tidak dapat melelapkan matanya. Dia ayik berguling-guling di atas katil. Perjumpaan dia dengan Sun Woo tengah hari tadi merunsingkan kepalanya.

"Arghh!" Hoseok mengeluh sambil duduk di atas katil.

"Hish!!!!" Dia mengustkan rambutnya. Kepalanya benar-benar sedang runsing.

Dia menoleh ke kiri dan kanan. Dan dia terlihat phonenya berada di atas meja. Lalu dia menyapainya. Dia pantas menaip 'Sun Woo' di kenalan. Tidak semena-mena, Hoseok tertekan panggilan.

"Alamak!! Macam mana ni????" Hoseok mula panik. Dan dia gelebah hendak mematikan panggilan tersebut. Tiba-tiba suatu suara mula kedengaran.

"Yeobsaeyo...?" Sun Woo.

"Err..yeobsaeyo..ni aku Hoseok" Hoseok.

"Ah! Jung Hoseok! Kamsahabnida sebab telefon aku!" Sun Woo.

"Ah nae...ermm..." Hoseok.

"Ada apa kau telefon aku?" Sun Woo.

"Aku nak jumpa kau boleh?" Hoseok.

"Jigeum? (Sekarang?)" Sun Woo.

"Nae..." Hoseok.

"Erm...." Sun woo.

'Jebal! Jangan! Jangan! Jangan!' Hoseok berharap di dalam hatinya agar Sun Woo tidak bersetuju untuk bertemu dengannya sekarang.

"Okay boleh. Aku jumpa kau dengan tasik sekarang" Hoseok terus mematikan panggilannya setelah mendengar persetujuan Sun Woo. Dia seakan-akan baru sahaja menempah maut.

"Haish jinjja!!!"

"Kenapa kau boleh tertekan, saekki!? (anak haram)"

"Arghh!!!! Michinni! (Gila)"

"Kya! Saekki! Haishh!!!" Hoseok memarahi diri sendiri sambil menghempas kakinya di atas katil.

"Argh!!!! Cramp!" Hoseok seperti terkena renjatan elektrik di kakinya. Walaupun begitu, dia tidak habis-habis memarahi diri sendiri.

7012 | BTSWhere stories live. Discover now