Bab Terakhir

6.3K 464 43
                                    

Namjoon memarkir traknya di suatu tempat. Mereka berenam turun dari trak dengan perasaan tertanya-tanya.

"Kita buat apa dekat sini?" Soal Jimin.

"Hyung, betul ke ni....?" Jungkook.

"Kita sepatutnya dah sampai kat rumah. Tapi kita buat apa kat sini...?" Yoongi.

"Seolma..." Seokjin.

"Namjoon, jomlah balik! Sini lagi seram dari Lotte World tahu tak?!" Hoseok.

"Macam best je" Taehyung.

Namjoon pula tersenyum nakal.

Kini mereka bertujuh berdiri dihadapan sebuah tapak funfair.

"Dah jom masuk! Kali ni tak perlu risau pasal tiket yang mahal, sebab semua tiket kat sini lagi murah dari Lotte World!" Ujar Namjoon dengan bangga.

"Tapi kan Namjoon, kan kita sepatutnya balik rumah. Tapi..." ujar Hoseok.

"Takkan hari cuti macam ni nak terperap dalam rumah je kan?" Soal Taehyung sambil memeluk bahu Hoseok.

"Betul tu!" Jungkook menyokong kata-kata Taehyung.

"Dah jom!" Jerit Namjoon. Mereka bertujuh melangkah masuk ke dalam funfair tersebut. Semasa mereka melangkah masuk, Seokjin teringat akan sesuatu.

"Alamak!" Jerit Seokjin yang membuatkan para sahabatnya memandangnya dengan panik.

"Kau kenapa, Seokjin??" Soal si Jimin yang kuat panik.

"Aku..." Kata-katanya terhenti yang membuat sahabatnya ternanti-nanti.

"Aku....aku tertinggal kamera pink aku!" Jerit Seokjin.

"Hekeleh! Aku ingatkan apa!" Hoseok.

"Teruklah hyung ni! Buat terkejut orang je!" Jungkook.

"Tapi...kamera pink hyung tu penting tau tak?" Seokjin.

"Kalau kau nak selfie, pakai jelah phone kau tau" Yoongi.

"Tapi..." Seokjin.

"Dahlah jom masuk" Namjoon. Seokjin sudah bermasam muka tanda protes kerana sahabatnya tidak memperdulikannya.

Setengah jam berikut. Bermacam-macam permainan yang telah mereka cuba. Hoseok, si penakut akan ketinggian hanya bermain kuda permainan sahaja. Baginya, itulah paling menarik di funfair.

Semasa berjalan-jalan mengelilingi di tapak funfair, Taehyung perasan dari tadi Seokjin hanya mendiamkan diri.

Dia agak Seokjin merajuk kerana sorang pun tidak memperdulikannya tentang kamera pink. Dan perlahan-lahan Taehyung berjalan di sebelah Seokjin.

"Seokjin, kau lapar tak? Aku rasa laparlah. Jom makan? Aku belanja" Pujuk Taehyung.

"Kau makanlah. Aku kenyanglah" ujar Seokjin. Dia tidak memandang Taehyung sesaat pun.

"Eh tengok tuh! Ada ice cream pinklah! Kau tak nak ke? Jomlah Seokjin, aku belanja" Taehyung menunding jari entah mana sengaja mahu mencuri perhatian Seokjin.

"Taknak. Kau belilah kalau kau nak" Ujar Seokjin. Sah, sah si Seokjin ni kemaruk sangat dengan kamera pink dia tu.

Taehyung hampir putus asa untuk memujuk Seokjin. Sesaat kemudian, dia terlihat satu poster yang tertampal di hadapan kedai(?).

"Seokjin! Seokjin! Seokjin! Tengok ni!" Taehyung menarik lengan Seokjin dan memaksa Seokjin memandang poster tersebut.

"Haa kenapa?" Soalnya.

7012 | BTSOnde as histórias ganham vida. Descobre agora