Bab 23

5K 496 48
                                    

Malam itu, mereka berada di balik masing-masing setelah pulang dari kedai makan.

Jimin baring di atas katil sambil kekenyangan. Dia memandang jam di dinding, jam menunjukkan 10:18 pm. Pintu biliknya di ketuk.

"Masuk!" Laung Jimin dari dalam. Pintunya dipulas dan kelihatan Yoongi berada di pintu biliknya.

"Oh Yoongi, asal?" Tanya Jimin sambil duduk di atas katil.

"Ni haa phone kau" Jawab Yoongi sambil menunjukkan phone Jimin berjenama samsung. Lalu Yoongi membaling phone Jimin kepada Jimin.

"Gamawo~" Jawab Jimin keriangan sambil menyambut phonenya. Yoongi mengangguk lalu dia menunutup semula pintu bilik Jimin.

Jimin mengeluh dan menghidupkan semula phonenya. Dia terlihat di skrin phonenya terdapat 3 missed call dari Mr. Park. Jimin mengeluh lagi dan menghempas badannya di atas katil.

Keesokkan paginya. Seokjin dan Namjoon sedang menyiapkan sarapan pagi. Manakala Hoseok, Jimin, Taehyung dan Jungkook sedang menonton televisyen di sofa. Entah apa kena dengan mereka semua tiba-tiba harini bangun awal.

Yoongi turun dari tingkat atas dan menuju ke dapur sambil membawa longgokan pakaiannya. Namjoon yang sedang memotong bawang terlihat Yoongi memasukkan longgokan bajunya tersebut ke dalam mesin basuh.

"Eh Yoongi, kau nak basuh baju eh? Basuh baju aku sekali, boleh?" Tanya Namjoon.

"Haa bak baju kau" Jawab Yoongi. Namjoon cepat-cepat mencuci tanggannya di sinki dan bergegas ke biliknya untuk mengambil pakaian kotornya.

Namjoon turun dari tingkat atas sambil membawa pakaiannya.

"Namjoon hyung? Hyung nak basuh baju ke?" Tanya Jungkook kepada Namjoon. Automatik Taehyung, Jimin dan Hoseok memandang Namjoon.

"Aah" Jawab Namjoon ringkas dan berlari ke arah mesin basuh.

"Kookie pun nak jugak!" Laung Jungkook dari ruang tamu.

"Haa cepatlah!" Yoongi membalas laungan Jungkook. Jungkook dengan pantas berlari di tingkat atas.

"Eh aku pun nak jugak!" Seokjin yang sedang memasukkan perencah ke dalam sup tadi berlari ke tingkat atas untuk mengambil pakaian kotornya.

"Dah alang-alang tu basuh semua baju jelah. Jimin, Hobi, Taehyung! Cepat amik baju korang!" Yoongi menjerit dari dapur sambil memeluk tubuhnya. Mereka masih tercegat di sofa.

"Hana! Dul! Ses! Nes! Daseos!" Yoongi membilang. Jimin, Hoseok dan Taehyung bergegas ke bilik masing-masing untuk mengambil pakaian kotor mereka. Manakala Jungkook memasukkan pakaiannya di dalam mesin basuh. Diikuti dengan Seokjin.

Jimin, Hoseok dan Taehyung serentak ke mesin basuh sambil membawa pakaian kotor mereka.

"Mesin dah penuh, letak kat dalam bakul tu nanti aku cuci" Yoongi menunjukkan sebuah bakul berada di sebelah mesin basuh. Mereka akur lalu melonggokkan semua pakaian mereka di dalam bakul. Setelah itu, mereka menyambung semula aktiviti mereka yang tergendela.

Yoongi melepak di dapur bersama dengan Namjoon dan Seokjin. Mereka berbual-bual sambil melakukan tugas masing-masing.

"Weh Yoongi, aku nak tanya. Asal kau tetiba belikan Jungkook kasut?" Tanya Seokjin tiba-tiba.

"Kenapa? Salah?"jawab Yoongi sambil memeluk tubuhnya.

"Ke duit belanja yang aku bagi haritu dekat Jungkook dah habis?" Tanya Namjon berpendapat.

"Bukanlah... sebenarnya...." Yoongi teringat akan peristiwa di sekolah Jungkook.

Flashback

Setelah Yoongi selesai berjumpa dengan Mr. Yoo, guru kelas Jungkook. Dia ke tandas sebentar. Semasa di dalam tandas, Yoongi terdengar perbualan antara 2 pelajar lelaki yang memasuki tandas tersebut.

"Geram betul aku dengan Jungkook! Time macam ni lah dia tak datang"

"Tulah pasal, omma aku dahlah tak bagi duit. Macam mana aku nak makan?"

"Takpe, esok kalau dia datang, aku tumbuk perut dia sepuas-puas hati aku. Biar dia rasakan!" Mereka ketawa besar dan berlalu pergi.

Yoongi terdiam. Hatinya panas apabila mendengar kata-kata pelajar tadi.

'Patutlah semalam Jungkook taknak ikut aku datang sekolah...' Yoongi berasa kecawa dengan diri sendiri kerana tidak tahu selama ini Jungkook selalu dibuli di sekolah.

Yoongi keluar dari toilet dan membasuh tangannya di sinki. Setelah itu dia keluar dari tandas.

End flashback

"Sebenarnya apa?" Tanya Seokjin. Yoongi tersedar dari lamunannya. Yoongi mengeluh sebelum memulakan ayat.

"Sebenarnya.. selama ni Jungkook selalu kena buli dekat sekolah" Yoongi mengadu sambil menundukkan wajahnya. Hatinya sebak tiba-tiba.

"What?!"

"Apa?!"

"Shuh!! Perlahan-lahanlah sikit! Nanti diaorang dengar!" Yoongi memarahi Namjoon dan Seokjin dengan nada yang perlahan.

"Mian-mian" Seokjin menampar bibirnya dan menampar sekali bibir Namjoon. Namjoon menjeling manja.

"Aku... aku rasa bersalah sangat dekat Jungkook. Aku bukan hyung yang baik... aku... aku tak layak jadi hyung dia. Memang tak layak..." Yoongi mengadu dengan nada yang kecewa.

"Sudahlah tu. Apa yang lepas tu jangan di kenang. Kalau kau rasa kau tak layak jadi hyung dia, memang kau dah terjadi hyung dia pun" Pujuk Seokjin sambil menepuk-nepuk bahu Yoongi.

"Betul tu. Lagipun kira baguslah kau dah belikan dia kasut baru" Namjoon juga memujuk Yoongi. Yoongi mengangkat wajahnya. Dia berasa lega sedikit selepas mengadu dan di pujuk. Namjoon dan Seokjin tersenyum. Yoongi juga turut tersenyum.

Next chapter akan update esok. Sabar juseyo hakhak X)

7012 | BTSWhere stories live. Discover now