Bab 18

6.1K 530 16
                                    

Jam menunjukkan 5 petang. Sudah tiba masanya mereka pulang. Tapi sebelum itu, mereka sempat mencuci mata seketika.

"Eh Jimin! Tengok tu! Ada claw machine lah!" Hoseok menunding jari ke arah sebuah mesin.

"Aahlah! Cuba jom?" Jimin berlari ke arah mesin tersebut. Begitu juga yang lain.

"Dalam kotak tu ada apa?" Seokjin menunding jarinya ke arah sebuah kotak yang sederhana besar yang terselit di antara teddy bear. Sahabatnya yang lain meneliti kotak tersebut.

"Oh dalam tu ada sebuah camera" Namjoon terbaca sehelai kertas yang tertampal di mesin tersebut.

"Percuma foto bersaiz kad kredit, dan sebuah kamera fujifilm berwarna... pink!! Eh aku nak! Aku nak!" Seokjin terjerit sambil terlompat-lompat apabila terbaca kertas tadi.

"Seokjin hyung kalau nampak segala benda warna pink, semua dia nak. Obses betul dengan warna pink. Entah-entah seluar dalam dia pun warna pink. Hahahahaha!!" Jungkook memegangang perutnya kerana menahan ketawa. Begitu juga dengan Hoseok dan Jimin.

Seokjin memukul perlahan bahu Jungkook.

"Arghh sakitlah!" Jerit Jungkook sambil mengurut bahunya yang dipukul oleh Seokjin.

"Nah" tiba-tiba Namjoon menghulur beberapa duit syiling.

"Biar aku cuba dulu!" Hoseok mengambil satu duit syiling tadi lalu memasukkan ke dalam lubang yang sudah tersedia khas untuk duit syiling.

"Aku memang pakar dalam bab macam ni." Hoseok membuat regangan tangan. Lalu bermulalah aksi mari mendapatkan camera.

15 minit sudah berlalu. Hoseok, Jimin, Taehyung, Yoongi, Jungkook dan Namjoon telah beraksi dalam mari mendapatkan camera. Namun gagal. Kini giliran Seokjin.

Dia mengambil duit syiling di tangan Namjoon. Lalu memasukkan duit syiling tersebut. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya.

Dan bermulalah aksi mari mendapatkan camera. Sahabatnya yang lain sudah berpeluh melihat aksi tersebut. Mereka juga berharap agar Seokjin berjaya dalam perlawanan yang agak sengit itu.

Dan ya! Seokjin berjaya mengangkat kotak tersebut. Dan sekarang hanya perlu membawanya ke dalam sebuah lubang yang agak besar di sebelah kiri.

"Jebal! Jebal! Jebal!" Jerit Yoongi. Dia seperti sudah terlena dalam perlawanan tersebut.

Seokjin sudah tertelan air liurnya. Hanya beberapa step sahaja dia akan mendapatkan camera tersebut. Kini kotak tadi sudah tergantung betul-betul di atas lubang yang agak besar. Dan Seokjin menekan butang berwarna merah. Dan ya! Seokjin berjaya!

Mereka bersorak keriangan seolah-olah melihat perlawanan bola sepak piala dunia. Brazil menentang Portugal. Orang di sekelilingnya memandang mereka seperti orang gila.

Lalu Seokjin mengambil kotak tadi. Dia membuka kotak tersebut dan mengeluarkan camera tersebut lalu menciumnya beberapa kali. Seolah-seolah camera itu adalah piala.

Kembali ke dunia realiti. Seokjin membelek-belek camera tadi. Dia sudah tersenyum lebar hingga ke telinga.

"Eh dah alang-alang ada camera baru ni kan? Jomlah bergambar" ajak Taehyung. Dia menarik-narik lengan Seokjin.

"Okay jom!" Seokjin setuju dengan pendapat Taehyung.

Dan mereka semua berdiri di hadapan Lotte World.

"Tapi siapa nak amik gambar?" Yoongi melihat sahabatnya.

"Erm ahjumma, boleh tolong ambilkan gambar kami tak?" Tanya Jimin kepada Seorang makcik yang lalu di sebelahnya. Ahjumma tersebut mengangguk dan mengambil sebuah camera yang dihulur oleh Seokjin.

Mereka berdiri seperti posisi di dalam gambar tersebut. (Gambar dekat atas ↑). Dan Anjumma tadi menekan butang di atas camera.

"Kamsabnida, ahjumma" Seokjin berlari ke arah ahjumma tadi sambil menunduk hormat. Lalu mengambil cameranya.

Gambar sudah keluar dari camera. Hanya perlu menunggu beberapa minit untuk gambar itu muncul.

Setelah itu, mereka tersenyum lebar apabila melihat gambar tersebut. Sesungguhnya ahjumma tadi pandai mengendalikan camera.

Kalau tak faham bab ni, buat-buat faham jela. Hehe... sebenarnya authornim kehilangan idea bab 18 ni, tu yang update lambat. Pasal gambar tu hahahaha authornim tak pandai sangat bab2 edit ni, tapi boleh imagine kan? XD

7012 | BTSOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz