Bab 8

6.2K 663 18
                                    

Taehyung berjalan memasuki kawasan bangunan lama. Dia berjalan sambil menyandang begnya. Beberapa langkah kemudian, dia terlihat 5 sahabatnya sedang duduk di sofa. Dia terkejut, kerana biasanya sahabatnya aku berkumpul di sini pada jam 8 malam. Sedangkan sekarang sejam lebih awal.

Taehyung cepat-cepat mengelap mukanya yang terdapat beberapa percikan darah. Tiba-tiba Seokjin memanggil namanya. Taehyung memandang sambil tersenyum. Yang lain pula melambai-lambai ke arah Taehyung.

Pantas Taehyung berlari ke arah mereka dan melabuhkan punggungnya di atas sofa bersebelahan Yoongi.

"Taehyung, kau buat apa dekat sini?" Tanya Jimin yang sedang duduk bertentangan dengannya.

"Aku... aku..." Taehyung takut hendak memberitahu sahabatnya bahawa dia baru sahaja membunuh appanya.

"Ni mesti lari dari rumahkan?" Tanya Hoseok sambil memandang beg Taehyung. Taehyung terkejut dengan pertanyaan Hoseok.

"Ala relax lah, kitaorang pun sama" ujar Jimin. Dia seakan-akan tidak mengerti apa yang disampaikan oleh Jimin.

"Korang pun lari rumah juga?" Tanya Taehyung inginkan kepastian sedangkan Jimin sudah memberitahunya sebentar tadi.

"Aah, aku lari dari rumah sebab omma aku..." Seokjin tertunduk sambil teringat kejadian yang memalukan dari ommanya. Seokjin mengeluh.

"Dah la tu" Jimin menepuk-nepuk bahu Seokjin.

"Aku pulak sebab makcik aku fitnah aku. Ade ke pulak aku curi duit dia? Semiskin-miskin aku, tak pernah berniat nak curi duit orang tau!. Hish!!" Hoseok membuat muka menyampahnya.

"Bodoh punya Sun Woo! Sebab dia aku kena fitnah" Hoseok masih geram dengan Sun Woo dengan apa yang dia lakukan pada Hoseok.

"Dahlah hyung, tak baik mencarut" Jungkook berpesan pada Hoseok. Lalu Hoseok mengangkat kedua-dua belah tangannya.

"Kau pulak Yoongi?" Tanya Taehyung kepada Yoongi yang berada di sebelahnya.

"Aku..." Yoongi mengeluh panjang.

"Kitaorang kena halau dari rumah, sebab hutang sewa rumah tertunggak" Jungkook menghabiskan kata-kata hyungnya. Walaupun Jungkook nampak steady, namun di dalam hatinya, tiada siapa yang tahu.

"Okaylah tu. Sekurang-kurangnya kita dah ada tempat tinggal baru" Jimin memujuk dirinya dan sahabatnya yang sekarang tiada tempat untuk berteduh lagi.

"Kau pulak Jimin. Asal lari dari rumah?" Tanya Taehyung lagi.

"Dia tak tahan dengan sikap omma appanya. Baru semalam omma appanya balik sini tup tup nak kena pergi Australia balik. Eh kalau aku jadi Jimin, aku pun akan lari dari rumah" Hoseok pula yang menjawab persoalan Taehyung dengan panjang lebarnya. Mereka semua ketawa melihat Hoseok.

Tiba-tiba sebuah phone berdering. Ianya kepunyaan Seokjin. Seokjin membaca si penghantar sms, ternyata ianya dari 'my Namjoonie'.

Seokjin terseyum sambil membaca sms yang di hantar oleh Namjoon. Lalu jarinya mula menaip.

"Hyung, siapa?" Tanya Jungkook.

"Yeoja chingu la tu" Yoongi membalas persoalan Jungkook.

"Banyak la kau. Dari Namjoonlah. Dia cakap 'pukul 8 malam ni macam biasa. Aku nak bagitahu something kat korang semua'. Pastu aku reply 'kitaorang memang ada kat sini dah'" Seokjin menjelaskan apa yang berlaku tadi. Mereka yang lain mengangguk mendengar penjelasan Seokjin.

Phone Seokjin berdering lagi. Ianya dari Namjoon.

"Dia cakap dia akan datang setengah jam lagi" Seokjin memberitahu pada sahabatnya.

30 minit kemudian, sebuah van putih memasuki pekarangan bangunan lama tersebut. Lalu si pemandu menghonkan vannya. Seokjin, Jimin, Hoseok, Jungkook, Yoongi dan Taehyung terperanjat lalu menoleh.

Van tersebut parkir berdekatan sofa yang mereka duduk. Lalu si pemandu keluar dari van.

"Namjoon?!"

"Namjoon hyung?!"

Mereka terkejut kerana yang memandu van tadi adalah Namjoon.

"Hehe waeyo?" Tanya Namjoon sambil tersenyum menampakkan barisan giginya.

"Van siapa yang kau bawak ni?" Tanya Jimin.

"Aku pinjam hehe" Jawab Namjoon.

"Dahlah jom ikut aku. Aku nak tunjuk something dekat korang" Namjoon menarik Taehyung dan Seokjin yang berdekatannya.

"Nak pergi mana pulak?" Tanya Yoongi.

"Adalah. Ikut jelah, ppalli!" Namjoon menarik satu persatu sahabatnya. Mereka terkebil-kebil tidak tahu apa yang sedang berlaku sebenarnya.

Di dalam van, Namjoon duduk di tempat pemandu dan di sebalahnya seperti biasa, Seokjin. Manakala sahabatnya yang lain duduk di tengah van.

"Kya Namjoon! Apa pasal dengan van kau ni? Aku nak tidur pun tak senanglah" Jerit Yoongi yang hendak tidur tapi tidak dapat tidur kerana van yang dibawa oleh Namjoon tersemput-semput.

"Sorrylah kejap lagi sampailah. Nanti dah sampai, kau tidurlah puas-puas" Namjoon masih memandang ke hadapan.

"Kita nak pergi mana ni, Namjoon?" Tanya Hoseok.

"5 minit nanti kau tahulah" jawab Namjoon bersahaja.

7012 | BTSWhere stories live. Discover now