Bab 40

4.6K 398 9
                                    

Seokjin memberhentikan traknya di bahu jalan. Setelah itu, Seokjin, Namjoon dan Yoongi turun dari trak tersebut.

"Seokjin, kenapa berhenti kat sini?" Soal Taehyung sambil duduk di belakang trak(?) bersama dengan Jungkook, Hoseok dan Jimin. Sebenarnya kalau ikutkan plan Hoseok dan Jimin pagi tadi, mereka hendak keluar berdua. Namun kelima sahabatnya yang lain turut mahu mengikuti mereka. Katanya bosan duduk di rumah.

"Tadi aku suruh Seokjin berhenti sini jap. Aku nak singgah 7Eleven. Terasa haus pulak" jawab Namjoon sambil menarik kulit di tekaknya menandakan terasa haus. Lalu Namjoon melangkah masuk ke dalam kedai tersebut. Diikuti oleh Seokjin dan Yoongi. Manakala Hoseok, Jungkook, Jimin dan Taehyung terkial-kial hendak keluar dari belakang trak(?).

Setelah itu, mereka berempat memasuki 7Eleven. Semasa Taehyung hendak menolak pintu kedai tersebut ke dalam, dia terlihat satu keratan kertas tertampal di kaca pintu.

"Kerja kosong...?" Taehyung membaca tajuk utama pada kertas tersebut. Dia terasa tertarik pada kerja kosong tersebut lalu menarik kertas yang tertampal di kaca pintu. Kemudian dia melipatnya dan disimpan ke dalam poket seluarnya. Lalu Taehyung melangkah masuk ke dalam kedai tersebut.

Setelah beberapa minit mereka di dalam kedai, barulah mereka keluar dengan pelbagai jenis air di tangan masing-masing. Kemudian, mereka masuk ke dalam trak dan Seokjin mula memandu tanpa arah destinasi.

"Korang, kita nak pergi mana sebenarnya ni?" Soal Seokjin sambil matanya tertumpu di atas jalan raya.

"Molla~" jawab Yoongi sambil melentokkan kepalanya di cermin tingkap.

"Aku pun tak tahu, nak shopping sakan pun aku dah takde bajet. Poket kosong." Ujar Namjoon sambil menepuk-nepuk poket seluarnya.

"Kita lepak kat tempat biasa jelah" jawab Yoongi memberi cadangan.

"Okay jugak. Lama tak datang sana kan?" Ujar Seokjin.

"Tapi sebelum tu, takkan datang sana bawak air je?" Soal Namjoon sambil menunjukkan sebotol air mineral di tangan.

"Habis tu kau nak apa lagi?" Soal Yoongi.

"Pizza...?" Jawab Namjoon.

"Heol pizza! Lama tak makan pizza." Riang Seokjin.

"Okaylah, jom singgah Papa John's sekejap" ujar Seokjin. Lalu dia menekan pedal minyak dengan kuat untuk mempercepatkan perjalanan.

Manakala Taehyung, Jimin, Jungkook dan Hoseok sedang bersuka ria di belakang. Habis rambut mereka menjadi kusut dek angin yang kuat.

Beberapa minit kemudian, mereka sampai ke destinasi penyinggahan. Dan sekarang, mereka perlu mengutuskan siapa yang patut membelinya.

"Dah sampai. Sekarang ni siapa nak pergi beli?" Soal Yoongi.

"Kaulah pergi" arah Namjoon.

"Aku jugak. Bak duit" pinta Yoongi.

"Dompet aku dah takde duit, mintaklah kat Seokjin" Namjoon.

"Yelaa~ semuanya aku. Nah" lalu Seokjin menghulurkan beberapa keping wang kepada Yoongi.

Akhirnya Yoongi jugalah yang terpaksa turun dari trak dan membeli pizza.

"Oh hyung? Nak pergi mana?" Soal Jungkook apabila terlihat hyungnya turun dari trak.

"Beli pizza jap" jawab Yoongi sambil berlalu pergi memasuki kedai Papa John's tersebut.

"Jinjja?! Yeah!! Pizza!!!" Jerit Jungkook keriangan.

Setelah 30 minit yang lalu, Yoongi keluar dari kedai sambil membawa 2 bungkusan plastik. Lalu Yoongi menaiki semula trak dan Seokjin memandu traknya dan ke destinasi utama mereka.

"Lama tak datang sini kan?" Soal Jimin sambil melompat keluar dari belakang trak(?). Diikuti oleh Hoseok, Jungkook dan Taehyung.

Dalam pada masa yang sama, Namjoon, Yoongi dan Seokjin turun dari trak. Mereka bertujuh bersama-sama melabuhkan punggung mereka di sebuah sofa yang agak usang.

"Hyung nak pizza!" rengek Jungkook.

"Nah" ujar Yoongi sambil menghulurkan kepada Jungkook 2 bungkusan plastik. Sementara itu, Seokjin yang sedang duduk di bersebelahan dengan Taehyung terlihat satu lipatan kertas yang hampir terkeluar di poket seluar Taehyung.

"Uh? Igae mwoya?" Soalnya sambil mengambil kertas tersebut.

"Kerja kosong...?" Bacanya.

"Ah Seokjin..." Taehyung buntu hendak menjawab persoalan yang tak berapa nak soal oleh persoalan Seokjin. (Kehkeh..faham tak? Banyak betul S nya)

"Ni...tadi, aku terjumpa masa dekat 7Eleven tadi." Jawab Taehyung. Mata enam para sahabatnya tertumpu kepada Taehyung.

"Heol! Lepas ni senanglah kau nak dapat kerja" riang Seokjin disebelahnya sambil memeluk bahu Taehyung.

"Maksud..kau?" Soalnya.

"Yelaa, kan semalam kita semua dah bercadang nak kerja, so kerja kau dah senanglah. Tengok, tawaran kerja kosong depan mata je kot" terang Namjoon sambil merampas kertas di tangan Seokjin dengan pantas. Mujur kertas tersebut tidak terkoyak.

"Jinjjaro?" Soalnya sambil tersenyum nipis.

"Woi Jungkook! Aku nak jugak!" Jerit Hoseok sambil mengambil sekeping pizza daripada Jungkook.

"Entah! Macam dia sorang je" rengek Namjoon. Lalu Namjoon juga mengambik sekeping pizza daripada Jungkook.

"Dah korang yang tak mintak, Jungkook pun makanlah" Jimin membela Jungkook sambil memeluk bahu Jungkook.

"Kan Jungkook kan?" Jimin menyoal kepada Jungkook sambil membuat muat muka comelnya.

"Uh! Hyunglah tak mintak, Kookie pun makanlah" ngadu Jungkook.

"Hey budak ni! Aku cepuk karang jugaklah" marah Hoseok. Lalu sekeping pizza di tangannya disuapkan kedalam mulut.

"Hmm cakap pasal kerja kan, aku ingat aku pun nak kerja jugaklah" Ujar Yoongi menukar topik pizza kepada topik kerja semula.

"Nak ke tak nak, kita semua memang kena kerja" ujar Hoseok seakan memerli Yoongi. Yoongi pula menjeling mata kepada Hoseok.

"Kau dah jumpa kerja kosong?" Soal Jimin.

"Belum. Tapi aku ingat nak try mintak dekat kedai pizza tadi" ujar Yoongi.

"Hyung, jinjja?!" Soal Jungkook teruja. Habis tersembur sisa-sisa makanan di dalam mulutnya tersembur keluar.

"Pengotorlah kau ni! Nasib tak kena aku" marah Namjoon.

"Hehehe mianhae, hyung" ujar Jungkook meminta maaf.

"Lepas ni, kalau hyung kerja kat kedai pizza, hari-hari hyung bawak balik pizza kan? Woahhh! Bestnya!" Riang Jungkook sambil terbayang-bayang sesuatu di kotak pemikirannya.

"Banyaklah kau, hahaha" Taehyung tercuit hati melihat telatah Jungkook.

"Okaylah tu, jarak rumah dari kedai pizza tadi pun takdelah jauh sangat." Sokong Seokjin.

"Eh nanti aku pun nak kerja jugak. Tengoklah esok, mungkin esok aku nak keluar nak cari kerja kosong" ujar Jimin.

"Esok? Eh aku pun nak ikut jugak" ujar Hoseok.

"Okay esok kita keluar" Jimin.

"Habis Jungkook dengan Namjoon ni camne?" Soal Seokjin.

"Hyung, kookie ikut je" jawab Jungkook.

"Tengoklah camne" jawab Namjoon.

"Kau pulak?" Soal Yoongi kepada Seokjin.

"Samalah. Tengoklah camne" jawabnya. Lalu Namjoon menyapai satu lagi plastik daripada Jungkook. Kemudian dia mengeluarkan sekotak pizza lalu membukanya.

"Woahhh!!! chijeu! chijeu! chijeu!" (Cheese) riang Taehyung lalu mengambil sekeping pizza daripada Namjoon. Diikuti juga oleh Seokjin dan Yoongi.


Maaf kalau ada typo hihihihi ><

7012 | BTSWhere stories live. Discover now