Bab 31

4.6K 427 16
                                    

Tengah hari itu, Seokjin sedang mengemas-ngemas di ruang tamu. Ligat betul dia membersih habuk di atas meja dengan menggunakan bulu ayam.

"Seokjin, tepilah! Tak nampak!" Rungut Jimin sambil menendang-nendang punggung Seokjin yang menghalang pandangannya untuk menonton televisyen.

"Hish! Aku nak mengemas pun susah" Seokjin berdiri di tepi meja kopi sambil mencekik pinggang. Bulu ayamnya masih terlekat di tangan.

Jimin tertumpu semula di kaca televisyen. Dan gelak tawanya mula kedengaran.

"Eh dahlah. Baik aku kemas kat dapur. Pai pai~" Seokjin berlalu pergi dengan lenggang kangkungnya. (betul ke?)

"So?" Yoongi bersuara. Seokjin berhenti melangkah dan menoleh memandang Yoongi dengan wajah yang masam.

"Kau ni bisinglah" Seokjin memarahi Yoongi.

"Kau tu yang bising" Yoongi pula memarahi Seokjin.

"Nak kemas kat dapur pun nak bagitahu" Yoongi.

"Suka hati aku lah!" Seokjin membaling bulu ayam tadi kearah Yoongi.

Bangg!!

"Opocot!!!" Jungkook terlatah. Dia sedikit terkejut apabila bulu ayam tadi mendarat di atas meja kaca.

"Buueeekkkkkkk!" Yoongi menjelir lidahnya kearah Seokjin. Dia seakan mengejek Seokjin kerana balingannya tidak tepat ke arahnya.

"Ceh!" Seokjin menjeling tajam. Dia berlalu pergi dan ke dapur.

"Eh tak sangka kau melatah erk?" Soal Hoseok.

"Hmm? Melatah? Siapa melatah? Kookie ke? Eh mana adalah hyung.." Jungkook sengaja memutar belitkan ayatnya.

"Hahahahaha yang 'opocot' tu apa?" Soal Taehyung pula sambil ketawa.

"Opocot? Mana adalah hyung. Hyung salah dengar kot. Hehehehe eh dah lah, kookie nak sambung main game." Dua ibu jarinya ligat menyentuh kotak berwarna hitam. Sesekali Jungkook menyentuh kotak berwarna hitam di skrin iPhone6 plusnya, ianya mengeluarkan bunyi piano.

Di dapur, Seokjin sedang mengelap pinggan mangkuk yang baru sahaja dicucinya. Setelah itu, dia terasa haus. Lalu Seokjin ke peti sejuk dan mengeluarkan air kotak yang berperisa jus oren.

"Eh? Kosong?" Soal Seokjin sambil menggoncang kotak tersebut.

"Ni anak siapa tak reti nak buang kalau dah tahu dah habis"

"Hish!!" Seokjin merungut.

Dia melangkah ke tingkat atas untuk bersiap kemudian dia turun semula ke tingkat bawah.

"Seokjin, nak pergi mana?" Soal Taehyung.

"Aku nak pergi pasaraya. Barang dapur dah habis" jawab Seokjin.
"Nak ikut!" Riang Taehyung. Seokjin hanya mengangguk. Lalu Taehyung berlari ke tingkat atas untuk bersiap.

"Eh aku pun nak ikut jugak!" Hoseok juga berlari ke tingkat atas.

"Kookie pun! Yoongi hyung, Jimin hyung. Jomlah ikut sekali?" Soal Jungkook. Dia cepat-cepat menarik lengan Yoongi dan Jimin serentak.

Akhirnya, mereka semua mengikuti Seokjin ke pasaraya. Sesampai mereka di lot parkir, masing-masing berpisah. Katanya mahu berjalan-jalan mengikut haluan masing-masing.

Seperti biasa Seokjin akan membeli belah dengan barangan dapur. Manakala Hoseok pula di kedai barangan solek. Taehyung dan Jungkook pula di kedai pakaian. Jimin pula bersiar-siar dan Yoongi pula hanya duduk di bangku bersebelah kuda mainan.

"Hmm malam ni nak masak ayam ke daging?" Soal Seokjin. Dia buntu seketika.

"Aha! Apa kata malam ni masak sup ginseng?" Seokjin bermonolog. Kemudian dia mengangguk dengan persoalannya sendiri tanda setuju dengan pendapat sendiri.

Lalu Seokjin menyapai sebungkus ayam dan memasukkannya ke dalam troli.

Jungkook dan Taehyung sedang membelek-belek pakaian di dalam kedai. Harga yang di tawarnya amat berpatutan. Kebetulan, Namjoon telah memberi mereka wang poket minggu lepas. Jadi tengah ada duit, apa lagi, shopping lah!!!

"Hyung! Baju ni lawa tak?" Soal Jungkook sambil menunjukkan sehela t-shirt bewarna merah gelap ke arah Taehyung.

"Eh lawanya! Ada lagi tak baju macam ni?" Soal Taehyung.

"Takde dah. Jungkook nampak baju ni sehelai je tergantung kat sini" jawab Jungkook. Taehyung agak kecewa dengan jawapan Jungkook.

"Tapi baju ni lawalah" jujur Taehyung dengan nada yang kecewa.

"Tapi ni Jungkook punya. No no no no!" Jungkook memeluk erat sehelai t-shirt tadi. Taehyung mengeluh.

"Yela~" akhirnya Taehyung pasrah dan dia membelek semula pakaian di bahagian rak lain.

Jimin berjalan bersiar-siar di dalam pasaraya. Dari jauh dia sudah terlihat sebuah kedai yang menjual barangan solek. Jimin agak pasti Hoseok berada di dalam kedai tersebut. Jadi dia berhasrat untuk ke Hoseok.

Dia menyusun langkah untuk ke kedai tersebut. Beberapa langkah kemudian, dia terlihat seorang lelaki sedang memerhati Hoseok dari jauh.

'Hmm macam pernah nampak je lelaki ni?'

'Eh jap jap! Bukan ke dia ni Sun Woo?'

'Haish! Asal aku datang sini je, aku nampak kau. Asal aku datang sini je, aku nampak kau. Semaklah' Jimin merungut. Dia masih terlihat Sun Woo sedang berdiri di suatu sudut sambil memerhati jauh memandang Hoseok. Hati Jimin tertanya-tanya. Mengapakah Sun Woo selalu muncul di pasaraya?

Jimin melangkah perlahan ke arah Sun Woo. Sesampai Jimin di sana, Sun Woo masih lagi tidak perasan akan kehadiran Jimin. Dengan perlahan, Jimin menyentuh lembut bahu Sun Woo.

"Sun Woo sshi?" Sun Woo menoleh dan dia sedikit terperanjat kerana kehadiran Jimin. Mereka saling berpandangan.

"Park...Park Jimin sshi?" Sun Woo terketar-tekar menyebut nama Jimin. Jimin hanya tersenyum.

"kau buat dekat sini?" Soal Jimin.

"Erm...aku...aku..." Sun Woo gementar. Dia tidak tahu sama ada perlu memberitahu hal sebenar atau tidak.

"Jimin?" Seseorang memanggil nama Jimin. Jimin menoleh.

"Oh Yoongi?" Jimin dan Sun Woo terkejut dengan kehadiran Yoongi.

"Apa yang kau buat dekat sini? Eh Sun Woo sshi?" Yoongi juga terkejut dengan kehadiran Sun Woo.

"Err...hehehe..hi Min Yoongi sshi" sapa Sun Woo sambil tersengih dan gementar.



Maaflah lama tak update x) sebab.... hehehe masuk wad. Positif denggi. Dan sekarang dah sembuh so boleh update banyak2!!! Hehehehehehe ^^

7012 | BTSWhere stories live. Discover now