Bab 14

5.6K 569 35
                                    

Namjoon terjaga. Dia melihat jam di dinding. Jam menunjukkan 8 pagi. Hari ini hari Isnin, 1 April. Jadi harini dia akan mendapat gaji dan harini juga dia berhasrat ingin membeli truck yang dia dan Seokjin bincangkan semalam.

Dia bingkas bangun dari katilnya. Dia berlalu ke bilik air dan mula membersihkan diri.

Seokjin telah bangun dari tidurnya. Lalu dia ke bilik air untuk membersihkan dirinya.

Setelah itu, dia turun ke dapur untuk menyediakan sarapan.

Ketika itu, Yoongi juga bersiap untuk keluar. Dia bercadang ingin berjumpa dengan Mr. Yoo di sekolah Jungkook.

Lalu dia turun ke bawah dan kebetulan tertembung dengan Namjoon di tangga.

"Awal kau bangun?" Tegur Namjoon.

"Aku nak pergi sekolah Jungkook, nak jumpa guru kelas dia" terang Yoongi. Namjoon mengangguk mengerti.

Mereka berdua serentak ke dapur. Terlihat Seokjin sedang menuang susu di dalam gelas.

"Eh Yoongi, awalnya kau bangun?" Tanya Seokjin. Yoongi duduk di kerusi meja makan. Namjoon pula duduk di hadapan Yoongi.

"Nak pergi sekolah Jungkook, nak jumpa guru kelas dia"jawab Yoongi sambil menghirup susu di dalam gelas.

Manakala Jungkook, Hoseok, Jimin dan Taehyung masih terbongkang di bilik masing-masing.

15 minit telah berlalu. Yoongi bangun dan ke sinki untuk membasuh pinggannya.

"Aku rasa aku dah nak pergilah" Yoongi melihat jam di tanggannya.

"Kau nak aku hantar ke?" Ajak Namjoon.

"Takpelah, karang van tu tersemput tengah jalan, lambat pulak aku nak jumpa guru kelas Jungkook" Jawab Yoongi selamber.

"Ala harini last naik van tu, esok takdelah" Namjoon dan Seokjin ketawa kecil. Yoongi menggerutkan wajahnya, dia tidak mengerti.

"Eh dahlah aku dah pergi. Aku naik teksi je. Seokjin, tengahari aku balik" Yoongi berpesan pada Seokjin lalu berlalu pergi.

Namjoon masih mengunyah roti. Tiba-tiba, dia teringat sesuatu. Dia bingkas bangun dan ke biliknya.

Di biliknya, Namjoon ke bilik air dan mengambil baldi yang berisi baju t-shirt Taehyung.

Lalu dia bergegas ke dapur semula untuk bertemu dengan Seokjin.

"Seokjin, aku dah lambat ni. Kau amik baldi ni, baju dalam baldi ni kau tolong sidaikan. Ni baju Taehyung. Kalau dah kering, nanti kau tolong bagikan dekat Taehyung tau. Mungkin aku balik lewat malam ni" Namjoon berpesan sambil menghulurkan baldi kepada Seokjin.

"Asal balik lewat pulak?" Tanya Seokjin kehairanan.

"Sebab nak beli baby baru" Namjoon tersenyum. Seokjin mengangguk lalu mengambil baldi di tangan Namjoon.

Setelah itu, Namjoon bergegas ke garaj untuk ke vannya. Lalu dia menghidupkan enjin vannya dan berlalu keluar dari perkarangan rumahnya. 

Yoongi membuka pintu teksi. Dia melangkah keluar dan memasuki kawasan sekolah.

Dia berjalan ke arah pejabat. Dan mencari bilik guru.

Beberapa langkah kemudian, dia terlihat papan tanda bertanda 'Bilik Guru'. Dia mengetuk dan menolak pintu ke kiri.

"Eh Min Yoongi-sshi" Mr. Yoo tersenyum melihat Yoongi. Dia sudah kenal dengan Yoongi kerana Yoongi adalah satu-satunya hyung kepada Jungkook.

Yoongi menunduk hormat.

"Ada apa encik datang sini?" Mr. Yoo bertanya pada Yoongi.

"Eh sebelum tu, mari duduk dulu" Mr. Yoo membawa Yoongi ke sofa. Mereka duduk bertentangan.

"Erm saya datang sini sebab... saya nak Jungkook diberhentikan sekolah" Jelas Yoongi. Mr. Yoo agak terkejut.

"Tapi boleh saya tahu mengapa?" Pinta Mr. Yoo.

"Kami ada urusan hal peribadi. Jadi Jungkook mesti diberhentikan sekolah" jelas Yoongi lagi.

"Tapi...kalau dah macam tu, saya akur" Mr. Yoo mengeluh. Jungkook adalah pelajar yang agak pintar dalam subjek add math. Jadi ianya agak berat untuknya melepaskan Jungkook.

"Erm encik boleh tunggu sekejap, saya nak ke bilik fail untuk mengambil fail Jungkook untuk diserahkan kepada encik" pinta Mr. Yoo. Yoongi hanya mengangguk dan Mr. Yoo melangkah keluar dari bilik guru.

Ketika itu, Namjoon ke banknya sekejap. Dia hendak melihat baki duitnya dalam bank. Duitnya bertambah. Dia tersenyum lebar.

Setelah itu, dia ke pejabat pula.

Sebelum Namjoon masuk ke dalam biliknya dia sempat memanggil PAnya.

Namjoon masuk dan terus ke kerusinya.

"Ada apa boss panggil saya?" Tanya PAnya.

"Harini saya nak awak tolong carikan Ford F150 King Ranch 4x4 EcoBoost Truck" pinta Namjoon. Tangan PAnya ligat menaip di ipadnya.

"Tapi untuk apa boss?" Tanya PAnya.

"Tak perlu tahu. Erm dan kalau dah cari kita pergi sama-sama. Harini jugak saya nak truck tu" Namjoon memeluk dirinya.

"Er.. baiklah" lalu Namjoon mengarahkan PAnya keluar dari biliknya.

"Hahahahaha! Senang kerja aku!" Namjoon tersenyum bangga. Lalu dia mengeluarkan phonenya dan bermain Hay Day.

Mr. Yoo memasuki bilik guru sambil membawa sebuah fail. Dia duduk di hadapan Yoongi.

"Ini semua fail kepunyaan Jungkook" Mr. Yoo menghulurkan fail tersebut kepada Yoongi.

"Terima kasih. Dah takde apa-apa lagi kan? Kalau macam tu saya pinta diri dulu" Yoongi bangun dan bersalaman dengan Mr. Yoo. Yoongi menunduk hormat dan keluar dari bilik guru sambil membawa fail.

Semasa keluar dia bercadang hendak ke toilet sebentar.

Semasa di dalam toilet. Dia terdengar perbualan antara beberapa orang pelajar lelaki.

"Geram betul aku dengan Jungkook! Time macam ni lah dia tak datang"

"Tulah pasal, omma aku dahlah tak bagi duit. Macam mana aku nak makan?"

"Takpe, esok kalau dia datang, aku tumbuk perut dia sepuas-puas hati aku. Biar dia rasakan!" Mereka ketawa besar dan berlalu keluar.

Yoongi terdiam. Hatinya panas apabila mendengar kata-kata pelajar tadi.

'Patutlah semalam Jungkook taknak ikut aku datang sekolah...' Yoongi berasa kecawa dengan dirinya. Kerana tidak tahu selama ini Jungkook selalu dibuli di sekolah.

Yoongi keluar dari toilet dan membasuh tangannya di sinki. Setelah itu dia keluar dari tandas.

7012 | BTSWhere stories live. Discover now