Bab 6

6.6K 663 39
                                    

Seminggu sudah pun berlalu. Jam menunjukkan 5 petang. Namjoon sedang bersiap sedia untuk berjumpa dengan seseorang di sebuah restoran yang telah ditetapkan olehnya semalam. Namjoon tersenyum memikirkan sesuatu.

Pantas dia mengambil kunci keretanya di atas meja. Lalu dia keluar dari biliknya. Namjoon pergi ke lif. Staff-staff disitu menunduk hormat kepada Namjoon, namun Namjoon tidak memperdulikannya.

Setelah itu, Namjoon ke keretanya dan memandu keluar dari pekarangan pejabatnya. Beberapa minit kemudian, Namjoon sampai ke destinasi.

Namjoon memasuki restoran tersebut dan melilau mencari seseorang yang dikehendakinya. Ternyata seseorang sedang melambai-lambai ke arahnya. Lalu Namjoon ke arah orang tersebut.

"Dah lama sampai?" Tanya Namjoon sambil menghulur tangannya.

"Baru je. Silakan duduk" Mereka bersalaman lalu Namjoon duduk di hadapannya.

"Macam mana dengan rumah semalam. Okay?" Tanya lelaki tersebut.

"Okay, aku suka. Ada 10 bilik, ada kolam, garaj pun luas. Jiran-jiran pun, okaylah" Terang Namjoon. Namjoon tersenyum teringat akan banglo semalam.

"Jadi, macam mana? Setuju nak beli banglo tu?" Tanya lelaki itu lagi.

"Setuju 100%!" Dengan terujanya Namjoon bersetuju untuk membeli banglo tersebut. Namjoon tersenyum puas. Akhirnya hasrat sahabatnya hampir tercapai.

Lalu seorang waitress datang ke meja mereka untuk mengambil pesanan.

Ketika itu, Seokjin sedang membeli beberapa daging untuk di masak di rumahnya nanti. Setelah setengah jam Seokjin di pasar, Seokjin mengutuskan untuk pulang ke rumah.

Sesampainya dirumah, dia didapati pagar rumahnya terbuka. Semasa Seokjin keluar ke pasar, dia sempat mengunci pagar rumahnya. Ini pasti ommanya sudah pulang dari 'kerja'.

Seokjin memulas pintunya. Mata Seokjin terbeliak melihat 2 susuk tubuh sedang berasmara di atas sofa.

"Omma!" Jerit Seokjin. Lalu mereka tersedar kehadirannya. Lelaki yang bersama ommanya pantas mencari pakaiannya untuk menutup tubuhnya.

"Se..se..Seokjin" Ommanya seolah-olah mati kata. Walaupun Seokjin tahu akan pekerjaan ommanya, namun inilah kali pertama Seokjin melihat adengan yang memalukan dari ommanya.

Seokjin terundur ke belakang. Seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Lalu Seokjin berlari ke tangga sambil memeluk beg plastik yang berisi daging.

Yoongi sedang membaca surat khabar. Niatnya bukannya untuk mengetahui isu-isu terkini, malah sedang mencari kerja kosong. Yoongi membuka penutup pen merah lalu membuat bulatan besar-besar di kertas tersebut.

Manakala Jungkook pula sedang berlatih menari. Itulah hobinya pada waktu lapang. Menari dan menyanyi. Tiba-tiba, pintu rumahnya ditendang kuat. Yoongi dan Jungkook pula terperanjat.

"Jungkookie, tolong buka pintu" pinta Yoongi yang berada di sofa.

"Ne, hyung" Jungkook pintu rumahnya yang hampir usang lalu memulas tombol pintu.

"Hyu...hyung" Jungkook memanggil Yoongi. Yoongi menoleh dan kelihatan beberapa orang yang berupa gangster sedang tersenyum ke arah mereka.

Salah seorang dari mereka memasuki rumahnya tanpa dipelawa.
"Yoongi sshi, sudah 3 bulan ni. Apa cerita?" Tanyanya sambil mengunyah gula-gula getah.

"Erm..bulan depan. Aku janji bulan depan aku bayar" Yoongi memujuk pemungut duit sewa rumah tersebut supaya memberinya peluang untuk membayar duit sewa rumah pada bulan hadapan.

"Bulan lepas kau janji dengan aku nak bayar bulan ni. Bulan ni pulak kau janji nak bayar bulan depan. Apa kau ingat duduk rumah free ke hah?!" Lelaki tersebut menarik baju Yoongi. Tangan lelaki tersebut di angkat seolah-olah mahu menumbuk Yoongi.

Jungkook yang tercegat di pintu rumah berlari ke arah Yoongi untuk menghalang perbuatan lelaki tersebut. Namun, usahanya gagal kerana sekumpulan gangster yang lain mendapatkan Jungkook terlebih dahulu.

"Tolong. Tolong jangan apa-apakan kami. Aku janji aku bayar" Yoongi mendesak lelaki tersebut.

"Janji tengkorak kau!" Lelaki tadi sudah rimas dengan pujukan Yoongi lalu mengheret Yoongi ke luar rumah, serta Jungkook.

Mereka berdua ditolak dengan kuat sehinggakan mereka terjatuh di atas lantai. Tangan Jungkook berdarah kerana terseret di atas lantai manakala seluar di lutut Yoongi terkoyak.

"Ni amik baju busuk kau!" Lelaki tadi menyampak mereka beberapa baju Jungkook dan Yoongi. Yoongi memandang lelaki tersebut dengan muka yang bengis.

"Oh tak lupa juga, gambar hodoh ni" lelaki yang salah seorang daripada kumpulannya mencampak sebuah frame. Frame tersebut pecah kerana terhempas di atas lantai.

Jungkook cepat-cepat mengambil fotonya di dalam frame tersebut. Itulah satu-satunya gambar Jungkook dan Yoongi bersama omma appanya.

Dalam masa yang sama, Hoseok sedang menyanyi sambil mencuci pinggan mangkuk di sinki. Tiba-tiba, makciknya menjerit memanggil nama Hoseok.

Hoseok terperanjat lalu menoleh kebelakang. Tanggannya masih mencuci pingan mangkuk.

"Waeyo?" Tanya Hoseok.

"Kau ada ambil duit aku tak?" Tanya makciknya. Makciknya sudah mencekik pinggang.

"Duit? Takde. Kenapa?" Tanya Hoseok lagi.

"Kau tanya lagi kenapa? Kau tengok ni, dompet aku dah kempis! Ni mesti kau amik yang duit aku kan? Bagi balik duit aku!" Jerit makciknya. Hoseok membuat muka blur. Dia tidak mengerti apa yang disampaikan oleh makciknya.

"Kau tak payah nak buat muka blur sangatlah. Omma, cuba omma tengok kat poket baju ni" Sun Woo yang sedang berdiri di sebelah ommanya menghulurkan jaket Hoseok kepada ommanya.

Makciknya sedang meraba-raba poket baju Hoseok. Lalu makciknya mengeluarkan beberapa keping wang. Hoseok terperanjat.

"Ni apa ni?!" Tengking makciknya sambil menunjukkan beberapa keping wang pada Hoseok. Hoseok terkejut lalu Hoseok menanggalkan sarung tangan getah dan mencampakkannya di atas lantai.

"Ni semua fitnah! Kau! Kau Sun Woo! Pasti ni kerja kau kan! Kau sengaja carik pasal dengan aku!" Hoseok menunding jari kepada Sun Woo. Manakala Sun Woo menjelir lidah padanya. Memang terbukti! Sun Woo yang meletakkan duit makciknya ke dalam poket baju Hoseok.

Lalu satu tamparan hebat di muka Hoseok.

"Kau dah curik duit aku, lagi kau nak fitnah anak aku! Banyak cantik muka kau! Dan sekarang aku nak kau berambus dari rumah ni pencuri! Aku dah tanak tengok muka kau lagi. Berambus!!" Tak pasal-pasal Hoseok dilebel free sebagai pencuri.

Hoseok sudah tidak tahan lagi dengan nasib yang dihadapinya.

"Memang! Memang aku nak berambus dari rumah ni!" Jerit Hoseok kepada makciknya. Inilah kali pertama Hoseok melawan kata-kata makciknya. Sebelum Hoseok hendak ke biliknya, Hoseok sempat mengambil jaketnya di tangan makciknya. Makciknya sedikit terkejut dengan tingkah laku Hoseok.

Lalu Hoseok ke biliknya dan mengambil beberapa helai baju miliknya dan menyumbat ke dalam sebuah beg. Dengan pantasnya Hoseok keluar dari rumah makciknya sambil menghempas pintu rumah makciknya.

"Shit!" Hoseok sempat lagi mencarut. Lalu Hoseok melangkah pergi ke tempat persembunyiannya di bawah bangunan lama.

Chapter ni akan sambung di bab 7.

Happy New Year ^^


7012 | BTSWhere stories live. Discover now