Bab 21

5.1K 515 14
                                    

Setelah itu, Seokjin dan Taehyung masih dalam perjalanan ke Hospital Mental di Bandar Seoul. Semasa dalam perjalanan, mereka hanya membisu, tiada sepatah suara pun yang keluar. Dan hanya radio memainkan peranan.

Sementara itu, Hoseok turun ke bawah. Jam menunjukkan 11 pagi.

"Aik? Mana semua orang ni?"

"Takkan aku sorang-sorang kot dalam rumah?"

"Macam mana kalau ada han..."

"Andwae!!!!" Jerit Hoseok sekuat hati.

"Hoi hoi hoi!! Ape jerit-jerit ni?!" Jimin menjerit ke arah Hoseok sambil menutup telinganya.

"Terkejut aku! Jimin-ah!!" Hoseok berlari ke arah Jimin lalu memeluknya sekuat hati.

"Hish! Apa ni? Lepaslah! Rimas aku!" Jimin tergopoh-gopoh di dalam pelukan Hoseok. Hoseok melepaskannya sambil tersengih seperti kerang busuk.

"Eh jap jap. Takkan kita dua je? Mana Namjoon, Seokjin, Taehyung, Jungkook dengan Yoongi?" Tanya Jimin kepada Hoseok.

"Molla~" Hoseok berlalu pergi dan melihat sajian di bawah tudung saji.

"Woah! Nasi goreng kimchi!!" Hoseok keriangan melihat hidangan tersebut.

"Hobi-ah, bawak sini periuk tu sekali. Kita makan sama-sama. Haa jangan lupa ambik sudu dengan air sekali" arah Jimin kepada Hoseok seperti seorang boss yang mengarah staff-staffnya.

Hoseok akur dan mengikuti arahan Jimin. Mereka duduk di sofa sambil melayan televisyen dan melantak bersama-sama.

Yoongi dan Jungkook turun dari teksi. Mereka berdua berada hadapan kedai kasut.

"Hyung, kita buat apa kat sini?" Tanya Jungkook.

"Teman hyung beli kasut" jawab Yoongi bersahaja.

"Beli kasut pun nak berteman ke?" Tanya Jungkook lagi.

"Kau ni. Membebel jelah. Cuba ikut je apa yang aku cakap?" Yoongi mula mencekik pinggang.

"Yelah~" Jungkook akur dan mereka sama-sama masuk ke dalam kedai kasut tersebut.

Di dalam kedai tersebut, Yoongi membelek-belek kasut di atas rak manakala Jungkook hanya duduk di atas sofa sambil memandang jauh di sepasang kasut yang menarik perhatiannya.

Yoongi memandang Jungkook lalu dia memandang kasut yang diamati oleh Jungkook.

"Jeogiyo, boleh tak saya nak kasut tu bersaiz 7?" Pinta Yoongi sambil menundung jari ke arah kasut berwarna merah hitam kepada seorang gadis yang berada di sebelahnya.

"Baiklah" gadis itu mengangguk dan ke stor belakang untuk mengambil stok kasut tadi.

Setelah itu, gadis itu membawa sebuah kotak dan menunjukkan sepasang kasut tadi kepada Yoongi.

Lalu Yoongi mengambilnya dan membawa ke arah Jungkook.

"Jungkookie, kau rasa cantik tak kasut ni?" Tanya Yoongi sambil duduk di sebelah Jungkook.

"Eh??" Jungkook terkejut kerana kasut yang menarik perhatiannya berada di tangan hyungnya.

"Can..cantik" Jungkook tergagap.

'Hmm kan best kalau aku dapat sepasang...' ngomel Jungkook di dalam hati.

"Cuba pakai" pinta Yoongi sambil meletakkan kasut tadi di atas lantai.

"Tapi kenapa pulak? Ni kan kasut hyung. Kenapa kookie yang kena pakai pulak?" Tanya Jungkook hairan. Apekana dengan hyung ni, sudah mental ke?

"Aku cakap pakai tu..." Ayat Yoongi tidak di habiskan kerana di potong oleh Jungkook.

"Okay-okay" Jungkook akur lalu membuka kasutnya dan memakai kasut yang di pinta oleh hyungnya.

Yoongi tersenyum.

"Macam mana? Muat?" Tanya Yoongi.

"Muat. Tapi..." Jungkook tidak berani menghabiskan ayatnya. Kalau boleh dia hendak bertanya mengapa dia pula yang harus mencubanya?

"Jeogiyo, saya ambil kasut ni" pinta Yoongi kepada gadis tadi. Lalu Yoongi memasukkan kasut yang selalu di pakai oleh Jungkook ke dalam kotak kasut tadi. Jungkook bertambah hairan.

Pantas Yoongi ke kaunter untuk membuat pembayaran. Walaupun harganya agak mahal namun sekali-sekala beli barang mahal apa salahnya?

Setelah itu, mereka keluar dari kedai tersebut.

"Hyung, kasut ni.. jungkook yang punya ke?"Tanya Jungkook sambil memegang lengan Yoongi.

"Yela takkan makcik tu pula" Tunjuk Yoongi kepada seorang makcik yang sedang berjalan di hadapan mereka.

"Jinjja?! Gomawo hyung!!!" Jungkook terjerit sambil memeluk erat hyungnya.

"Eee apa ni? Malulah sikit orang tengok." Yoongi cuba melepaskan pelukan Jungkook. Lalu Jungkook melepaskan pelukannnya dan pantas Yoongi berlalu pergi.

"Hyung! Saranghae!!" Jerit Jungkook di belakang. Yoongi pula tersenyum.

"Eee hajima!" Jerit Yoongi pula.

Seokjin dan Taehyung sudah sampai ke destinasi mereka. Dan sekarang Taehyung hanya melihat ommanya dari luar bilik. Dia tidak berani masuk ke dalam bilik tersebut.

Seokjin pula duduk di sebuah bangku sambil bermain phonenya. Dia menghantar sms kepada Namjoon.

"Namjoon, kau kat mana?" Sms tersebut di hantar kepada Namjoon. Pagi tadi, sebelum Seokjin turun untuk membuat sarapan pagi, dia sempat kebilik para sahabatnya untuk di periksa. Dan semasa Seokjin memulas pintu bilik Namjoon, Namjoon sudah tiada di biliknya. Dia agak Namjoon sudah keluar.

Dan seorang jururawat di situ menegur Tehyung.

"Kenapa tak masuk je?"

"Erm... saya..." Taehyung tergagap.

"Saya takut kalau dia apa-apakan saya" dan lancar sekali Taeghyung berkata. Jururawat tadi terlihat sebuah beg kertas di tangan Taehyung.

"Encik nak hadiahkan kepada wanita itu ke? Kalau macam tu, saya boleh tolong bagikan" jururawat tadi tersenyum kepada Taehyung.

"Be..betul ke" tanya Taehyung. Dan jururawat tadi tersenyum kepada Taehyung. Dan pantas Taehyung menghulurkan beg kertas yang berisi baju kepada jururawat tadi.

"Te..terima kasih. Tapi, jangan bagitahu wanita itu saya yang hadiahkan" pinta Taehyung.

"Baiklah" jururawat tadi mengambil beg kertas tadi sambil mengangguk mengerti.

"Kalau macam tu, saya balik dulu" Taehyung menunduk hormat dan berlalu pergi kepada Seokjin.

"Dah jom balik" pinta Taehyung dan mereka sama-sama keluar dari hospital tersebut.

Di dalam truck mereka masih membisu. Dan Taehyung memulakan bicara kerana dia agak rimas asyik mendiamkan diri.

"Seokjin, jom pergi suatu tempat ni nak?" Tanya Taehyung sambil memandang wajah Seokjin.

"Mana?" Tanya Seokjin ringkas. Matanya masih menumpu di atas jalan raya.

"Tempat rahsia kita?" Jawab Teahyung sambil tersenyum. Seokjin menoleh memandang Taehyung.

"Eh dah lama kita tak ke sanakan?" Seokjin juga tersenyum.

"Eh pandang depanlah!" Taehyung menepuk bahu Seokjin agar dia menumpukan perhatiannya di atas jalan raya.

Mereka membisu semula melaya persasaan masing-masing. Dan Taehyung menukar arah laluan untuk ke sebuah bangunan lama yang menjadi tempat kebiasaan mereka untuk melepak.

7012 | BTSWhere stories live. Discover now