Bab 3

7.6K 788 26
                                    

Malam itu tepat jam 8 malam. Mereka berkumpul di tempat biasa mereka. Iaitu di bawah bangunan lama yang tidak dapat disiapkan mungkin kerana faktor wang atau sebagainya.

Di situ, terdapat beberapa sofa buruk yang masih boleh digunakan lagi. Di situlah tempat mereka berkumpul saat gembira, sedih. Dan juga di situlah tempat mereka melepaskan perasaan.

Suasana begitu sunyi. Mereka duduk leka bermain perasaan. Kemudian, Hoseok mula berbicara.

"Aku geram betullah dengan makcik aku tu!" Hoseok membuat muka bengangnya. Yang lain memandang Hoseok.

"Asal?" Tanya Seokjin.

"Pasal telur dadar hangus, itu pun nak ungkit pasal omma aku" Hoseok mula mengadu. Taehyung di sebelahnya memeluk bahu Hoseok.

"Eh Taehyung hyung, asal dengan muka hyung?" Tanya Jungkook.

"Oh takde pape" Taehyung menutup mukanya yang lebam.

"Appa kau eh?" Tanya Jimin.

Taehyung mengangguk. Dia mengeluh. Akhirnya dia menceritakan pada rakannya apa yang berlaku pada dirinya siang tadi.

"Aku harap aku dapat jadi macam kau Taehyung. Sekurang-kurangnya, appa kau balik rumah" Jimin pula mengadu.

"Dahlah tu, Jimin." Suga cuba memujuk Jimin.

Dan akhirnya mereka semua mula mengadu antara satu sama lain termasuk Namjoon. Walaupun dia dapat terlepas daripada persoalan Mr. Lee tadi, dia tetap mengadu kerana dia tidak suka bekerja sebagai pengurus syarikat.

Suasana kembali sepi selepas mereka melepaskan perasaan. Beberapa minit kemudian, Hoseok bersuara semula.

"Kan bagus kalau kita dapat lari daripada semua masalah ni" Hoseok mula termenung pada unggun api di hadapannya.

"Tulah, aku teringin sangat nak tinggal bersama-sama sampai mati" Seokjin menambah.

"Hmm lepastu tak payah kerja" Suga.

"Dan takpayah berlajar lagi dah" Jungkook juga bersuara.

Mereka seakan-akan mahu lari daripada realiti. Mereka sudah tidak tahan lagi dengan masalah yang dihadapi.

Setelah itu Namjoon berfikir sejenak. Dia mula tersenyum. Jimin mula hairan, mengapa denyan Namjoon.

"Kau kenapa?" Tanya Jimin.

"Oh takde pape" Namjoon berbohong.

"Eh dah nak pukul 10 malam ni. Jomlah balik. Nanti makcik aku bising." Hoseok memandang jam di tangannya.

"Aahlah. Jomlah gerak" Suga menambah.

Akhirnya mereka pulang kerumah. Perjalanan antara rumah mereka dengan tempat persembunyian mereka tidaklah memakan masa. Hanya 10 hingga 15 minit jika berjalan kaki.


Happy Birthday Taehyung!! ^^

7012 | BTSWhere stories live. Discover now